Login Ahli   Home | Produk | Yahoo Messenger  | Hantar Email | Tel. Syarikat       
 
English Version

KOPI KELAPA

DARA

     

      Beli

 

. Kopi Kelapa Dara
. Kelebihan - Penyakit
. Cara guna & kesan
   rawatan awal
. Tip Penggunaan
   Para Suami
. Tip Penggunaan
   Isteri Anggun
. Krimer Kelapa Dara
. American Ginseng
. Ginkgo Biloba
. Horny Goat Weed
. Saw Palmetto
. Tribulus Terrestris
. Testimoni
. Sijil Analisa Makmal
. Sijil Halal KKD

KRIMER KELAPA DARA

 

PENGENALAN

Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang dihasilkan dari buah kelapa ‘organik’ yang segar, (bukan dari kopra) dengan kaedah yang tidak melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia, suhu yang tinggi, tidak terhidrogen walaupun sebahagian, tidak juga menggunakan sebarang bahan pencair (‘solvent’) untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Di antara ciri-ciri lain Minyak Kelapa Dara ialah, ia mengandungi asid laurik yang tinggi, sekitar 50-57% , dan asid kaprik sekitar 6-7%. Tidak mengandungi trans fatty acid kerana ia tidak melalui proses penghidrogenan walaupun sebahagian, dan masih mengekalkan kandungan anti oksida asli. Tidak  melalui proses nyah bau dan nyah warna, dan masih mengekalkan bau aroma dan warna yang asli.

        

Oleh kerana penghasilannya sebagaimana perlakuan di atas, ia mempunyai jangka hayat yang lama (sekurang-kurangnya 2 tahun) berbanding  jangka hayat minyak biasa yang cuma menjangkau maksimanya 1 tahun. Sementara bagi minyak kelapa biasa, semua perlakuan di atas dilakukan untuk menghasilkannya.

CIRI-CIRI

Sementara ciri-ciri khusus Minyak Kelapa Dara Bio-Asli selain dari ciri-ciri di atas ialah, ia dihasilkan dari buah kelapa asli yang tidak diubahsuai secara genetik, diproses tidak melebihi dari 24 jam selepas dipetik, buah kelapa dipetik dari kebun yang tidak menggunakan bahan baja sebatian, dan tidak juga menggunakan sebarang bahan racun serangga.

Secara saintifiknya Minyak Kelapa Dara terdiri dari sekitar 50 % lauric acid dan 6-7 % capric acid. Kedua-duanya adalah tergolong dalam kategori ‘medium chain fatty acid’ yang mempunyai fungsi kebaikan tambahan untuk membentuk  monolaurin dan monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin dan monocaprin adalah monoglycerides yang bersifat   antiviral,   antibakterial dan antiprotozoal yang digunakan oleh tubuh badan manusia atau haiwan untuk memusnahkan ‘lipid coated’ virus seperti HIV, Herpes, cytomegalovirus, influenza.

Beberapa   bakteria      pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Hasil beberapa kajian juga menunjukkan bahawa  bahawa kedua-duanya juga menunjukkan kesan antimikrobial yang baik. Terbaru telah ditemui akan keupayaan monolaurin membunuh ‘lipid coated DNA dan RNA viruses’ termasuk HIV dan herpes, juga lain-lain mikroorganisma termasuk gram positif bacteria.

Di dalam ‘An Ilsi North America Special Conference’ telah di takrifkan bahawa fatty acid yang terdapat di dalam Minyak Kelapa Dara sebagai ‘Functional Food’ yang membawa maksud bahawa ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Secara mudah dalam makanan terdapat  beberapa komponen yang bila diambil (dimakan/diminum) oleh manusia ia boleh digunakan oleh tubuh samada untuk membina tenaga, membina sistem daya tahan tubuh atau untuk kesihatan, membina sel-sel tubuh, serta beberapa fungsi minor yang lain. Bagi makanan yang  dikelaskan sebagai  ‘functional food’, jumlah bahagian  atau jumlah komponennya yang  boleh digunakan oleh tubuh untuk kesihatan mengatasi atau lebih banyak daripada jumlah komponen untuk tenaga dan lainnya.

KELEBIHAN

Minyak kelapa dara mampu mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid. Yang menggembirakan, minyak kelapa dara tidak mengandungi ‘trans fatty acids’ yang didapati merbahaya pada tubuh yang selalu terdapat pada minyak tumbuhan. (‘Trans fatty acids’ boleh meningkatkan paras bahaya kolesterol yang menyebabkan arteries tersumbat, sakit jantung dan type II diabetes).

Sehingga kini, melalui penyelidikan telah dibuktikan bahawa minyak kelapa dara mampu mengurangkan risiko sakit jantung, memperbaiki sistem penghadaman, mempertingkatkan tenaga harian, membantu mereka yang mengidap diabetes dan kelesuan yang teruk,  berkesan dengan baik sebagai pra cuci kondisioner rambut (pre wash hair condisioner), menurunkan berat badan dan mengembalikan keremajaan kulit, mengatasi psoriasis, ruam, eczema serta menghalang kulit berkedut.

KENYATAAN PAKAR

“ Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia.”

Dr. Bruce Fife : Director of the Southern Colorado  Chapter  of   the Weston A. Price Foundation.

“Minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat anti virus, anti bacteria, anti kulat dan anti parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit”.

Dr. John J. Kabara, Ph.D, Professor Emeritus, Department of Chemistry and Pharmacology (Universiti Michigan –USA)

“Minyak kelapa dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidakan yang amat berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda”.

Dr. Mark Atkinson : Holistic Medical Pyysician MBBS Bsc (Hons)FRIPHH FCMA BETD SAC DIP (Clinical Nutrition)

“Minyak Kelapa Dara adalah salah satu ‘functional food’ yang sangat penting untuk abad ke 21. Dengan terdapatnya data serta maklumat klinikal dan saintifik berhubung dengan khasiat kesihatan dan sifat-sifat antimicrobial yang ada pada lauric oil secara amnya dan minyak kelapa secara khususnya, menjadikannya sangat menarik.”

Prof. Mary G. Enig: Director,Nutritional Science Division, Enig Associates, Inc. 11120 New Hampshire Avenue 500 Silver Spring, MD 20904-263USA