Login Ahli   Home | Produk | Yahoo Messenger  | Hantar Email | Tel. Syarikat       
 
English Version

KOPI KELAPA

DARA

     

      Beli

 

. Kopi Kelapa Dara
. Kelebihan - Penyakit
. Cara guna & kesan
   rawatan awal
. Tip Penggunaan
   Para Suami
. Tip Penggunaan
   Isteri Anggun
. Krimer Kelapa Dara
. American Ginseng
. Ginkgo Biloba
. Horny Goat Weed
. Saw Palmetto
. Tribulus Terrestris
. Testimoni
. Sijil Analisa Makmal
. Sijil Halal KKD

 

 

AMERICAN GINSENG

   
 

PENGENALAN

 

Ginseng berasal daripada perkataan schin seng, jen-seng, atau ren-shen, yang bererti tubuh manusia. Ini adalah disebabkan kesamaan bentuk akarnya dengan tubuh badan manusia. Selain daripada itu, ginseng juga dikenali sebagai ‘Green Gold’ disebabkan harganya yang mahal. Ginseng diberi nama Latin atau saintifik yang berbunyi Panax oleh ahli botani. Panax dalam bahasa Latin bermakna penyembuh sempurna bagi semua penyakit (cure all). Panax berasal daripada famili Araliaceae dan mempunyai hubungan yang rapat dengan famali Panacea. Selain daripada kaum Cina, orang tempatan Amerika Utara (North Native American) juga menggunakan ginseng sebagai ubat. Terdapat banyak ginseng semulajadi atau lebih dikenali sebagai ginseng liar yang tumbuh di benua Amerika Utara dan dikenali sebagai Panax quinquefolium.

 

STRUKTUR FIZIKAL DAN HABITAT GINSENG

 

Ginseng ialah tumbuhan yang berumur panjang yang boleh tumbuh sehingga beratusan tahun. Badan herba itu adalah pendek dan seluruh badannya terbenam dalam tanah. Pada kebiasaannya habitat semulajadi ginseng adalah di lurah-lurah yang curam dan berteduh di hutan tebal. Sebatang ginseng yang matang akan mempunyai lima daun di tangkainya. Ginseng akan berbunga pada setiap musim bunga. Kuntum bunga ginseng berwarna kelabu dan ianya akan bertukar menjadi gugusan buah yang berwarna merah tua pada penghujung musim panas. Ginseng akan terus tumbuh sehingga saiznya mencapai 7-21 inci. Badan ginseng adalah 100% akar yang berwarna kuning cerah. Ginseng mempunyai akar yang bercabang dan panjang.                                                           

 

KANDUNGAN GINSENG

 

Bahagian yang paling bernilai bagi sebatang ginseng adalah bahagian akarnya yang berbentuk seperti tubuh badan manusia. Akar ginseng mengandungi 16 jenis ‘ginesenasida’, triester, panaxtriol , karbohidrat, selulosa, mineral, dan lain-lain lagi yang dapat mengaktifkan kelenjar hormon serta mengawal fungsi otak dan badan. Pada tahun 1960-an, pengkaji-pengkaji di Moscow dan Tokyo menemui satu sebatian di dalam ginseng dan mereka menamakannya sebagai ‘terpenidol glycosides’. Mereka menjalankan satu eksperimen dengan menggunakan tikus dalam kajian, didapati sebatian tersebut dapat membekalkan lebih tenaga kepada tikus tersebut. Pengkaji-pengkaji mengesan sebatian itu terdiri daripada molekul gula dan molekul ‘terpenoid’. ‘Terpenoid’ ialah sejenis hormon yang terdapat pada tumbuhan yang serupa dengan hormon pada haiwan. Kemudiannya, terpenodol glycosides telah dinamakan sebagai ‘ginesenosides’. ‘Ginesenosides’ yang memainkan peranan membuat ginseng terkenal dengan nama ‘ubat segala penyakit.’

 

JENIS-JENIS GINSENG

 

 

American ginseng

Asiatic ginseng

Nama sainstifik

Panax quinquefolium L.

Panax ginseng

Warna

Putih

Merah

Habitat

Southern Ontario ke Georgia dan Wisconsin

Utara China dan Korea Utara

Kesan ke atas fisiologi badan

'menyejukkan' badan

'memanaskan' badan

Kandungan ginsenosides

3-4 kali lebih daripada Asiatic ginseng

1 kali

 

 

American ginseng dikatakan boleh menyejukan badan berlawan dengan Asiatic ginseng yang akan memanaskan badan adalah berikutan daripada kepercayaan orang Cina tentang Prinsip Kekutuban iaitu berkenaan dengan Yin Yang. American ginseng mempunyai kandungan ginsenosides yang lebih tinggi daripada Asiatic ginseng maka ianya dikatakan mempunyai nilai perubatan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah jenis ginsenosides yang terkandung di Asiatic ginseng tidak didapati di American ginseng.

  KEGUNAAN DAN KEBAIKAN GINSENG
 

Ginseng digunakan untuk meninggikan daya ketahanan fizikal dan mental manusia, meningkatkan tenaga, menstabilkan fisiologi badan, merendahkan paras kolesterol dan mencegah penyakit kanser. Selain itu, peranan tradisional ginseng adalah meningkatkan keharmonian seks. Ginseng juga menguatkan fizikal badan untuk melawan keletihan. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan ginseng yang kerap menbawa manfaat untuk penyakit Alzheimer’s (penyakit hilang ingatan / nyanyuk), menangani penyakit diabetes (merendahkan kandungan gula dalam badan), mengatasi masalah penuaan (aging process), menguatkan sistem keimunan dan lain-lain lagi. Berikut merupakan keterangan lanjut tentang kebaikan ginseng :

1) Mengurangkan tekanan kehidupan

Kajian-kajian yang lepas dan berterusan hingga masa kini membuktikan ginseng berkesan membantu tubuh  manusia dalam menangani masalah tekanan hidup. Dalam kajian yang dijalankan dalam makmal di Korea, Rusia, Bulgaria, Amerika Utara dan London yang menggunakan tikus sebagai eksperimen, menunjukkan tikus di bawah tekanan akan menjadi lebih lengah jika diberi dos ginseng yang ditetapkan. Buku yang berjudul "Ginseng, The Magical Herb of the East" yang dikarang oleh Stephen Fulder, menyatakan pengambilan ginseng membolehkan seseorang di bawah tekanan kembali kepada normal dengan lebih cepat. Pengkaji China dan Korea mendapati bahawa ginseng meninggalkan kesan positif kepada kelenjar adrenal dan aktiviti minda.

2) Tekanan, kecergasan dan daya ketahanan

Pada tahun 1980-an, segolongan pengkaji dari Universiti California mendapati bahawa ginseng dapat meningkatkan keefisienan penghasilan tenaga dalam badan. Selain itu, didapati ginseng menstabilkan kadar metabolisme badan dengan menggalakkan pencernaan makanan, penghasilan tenaga dari makanan tercerna dan menyingkirkan toksik dalam tubuh manusia. Kandungan ginsenosides dalam ginseng memperbaiki sistem saraf dalam tubuh manusia dengan mengalirkan lebih banyak darah ke otak dan mengaktifkan neurotransmitter di otak.

3) Kardiovaskular

Ginseng dibuktikan memberi kesan positif kepada sistem kardiovaskular dan sistem saraf pusat. Menurut Fulder, orang Cina menggunakan ginseng sebagai salah satu cara untuk menstabilkan tekanan darah selepas diserang penyakit jantung secara tiba-tiba. Doktor-doktor dari Rusia dan Jerman juga berpendapat ginseng berkesan untuk merendahkan tekanan darah tinggi. Kandungan ginseng seperti ginserosides, triester, panaxatrial dapat mengaturkan tekanan darah manusia dengan menurunkan kadar kolesterol, merangsang sistem saraf dan tonik. Selain itu, ginseng Amerika yang bersifat Yin dipercayai lebih berkesan berbanding dengan ginseng Asia dalam tujuan merendahkan paras kolesterol di dalam tubuh manusia. Menurut kajian yang dijalankan oleh pengkaji di universiti Wisconsin, mereka mendapati ginseng Amerika merupakan bahan yang paling berkesan untuk merendahkan kadar kolesterol dalam  badan haiwan.

4) Menguatkan sistem keimunan

Fulder telah menjalankan satu eksperimen dengan memberikan sekumpulan haiwan memakan ginseng. Selepas itu, dia telah menyuntik haiwan tersebut dengan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Keputusan mendapati bahawa haiwan tersebut kekal sihat. Ini telah membuktikan bahawa ginseng dapat menguatkan keimunan seseorang. Di Jepun, pengkaji mendapati ginseng dapat menguatkan sistem keimunan dengan mengukuhkan daya ketahanan sel darah putih yang bertindak sebagai antibodi untuk melawan sebarang mikroorganisma yang menyerang badan kita. Ginseng memperbanyakan sel darah putih dengan merangsang proses penghasilan sel darah putih di sumsum tulang.

5) Merawati kanser

Didapati ginseng mampu melindungi badan kita dari kesan sampingan dadah dan terapi radioaktif dalam proses mengubati penyakit kanser (sinaran radioaktif digunakan untuk membunuh sel kanser). Pengkaji-pengkaji Korea dan Rusia menunjukkan pesakit yang memakan dos ginseng yang ditetapkan berkemampuan menahan peningkatan penggunaan dadah anti kanser. Ahli-ahli sains menjalankan satu eksperimen seperti berikut:

Tikus yang diberi ginseng berjaya merendahkan paras klorohidrat, ubat pelali dan alkohol dalam badannya. Ahli sains juga mendapati bahawa tikus tersebut menyembuh dengan lebih cepat dan apabila dipancar dengan sinaran-X, daya resisten bertambah dua kali ganda. Selain itu, tikus tersebut lebih cenderung untuk hidup selepas disuntikkan dengan racun, bakteria dan dadah anti-kanser.

6) Diabetes

Oleh sebab ginseng berkesan mewujudkan satu sistem metabolisme yang sihat dan bersih, maka ianya dapat mengubati penyakit diabetes. Diabetes ialah ketidakseimbangan paras gula di dalam darah. Ginseng boleh meningkatkan paras glukosa dalam darah jika badan kekurangan glukosa akibat suntikan hormon insulin yang berlebihan. Sebaliknya jika aras glukosa dalam tubuh haiwan meningkat dengan mendadak ginseng boleh merendahkannya. Inilah fungsi ginseng sebagai penyeimbang aras glukosa dalam badan. Walau bagaimanapun, perlu dijelaskan bahawa ginseng hanya berperanan sebagai pembantu ubat dan bukannya pengganti ubat.

7) Menambah keharmonian suami-isteri

Ginseng telah dibuktikan berjaya meningkatkan potensi seksual lelaki. Pengkaji mendapati ginseng mengandungi bahan tertentu yang merangsang penambahan keaktifan hormon seks sekali gus menambah kekuatan lelaki dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Di Rusia, doktor mendapati bahawa ginseng dapat mengubati pesakit yang menderita akibat masalah kemandulan. Di samping itu, ginseng juga berkesan kepada kaum wanita dengan memantapkan kitaran haid mereka iaitu tetap pada masanya.

8) Penuaan

Ginseng melambatkan proses penuaan yang umum dengan menjanakan proses pengaliran darah yang sihat. Ginseng mencegah penyakit kardiovaskular dan juga berkesan meringankan keletihan. Maka, ginseng boleh dikatakan sebagai perangsang yang selamat dan boleh digunakan secara berterusan. Di negara China purba iaitu seawal dinasti Shang, penduduk pada masa itu telah tahu menggunakan ginseng untuk mengurangkan kesakitan pada sendi atau dikenali sebagai arthritis.