|
Merujuk
kepada kajian yang
dijalankan di makmal
mendapati kebanyakan
professional dalam bidang
penjagaan kesihatan
mencadangkan ginkgo untuk
masalah kesihatan berikut :
1)
Dementia (penyakit
otak) dan Alzheimer
– Digunakan
secara meluas di Eropah
untuk merawat Dementia (sakit
sawan kronik) disebabkan
kemampuannya untuk
memperbaiki aliran darah ke
otak dan ciri-ciri
antioksidannya. Ginkgo juga
telah diakui terbukti mampu
memperbaiki pemikiran,
pembelajaran dan ingatan
dalam diri individu yang
menghidap Alzheimer.
– Kajian
klinikal mendapati ginkgo
boleh membekalkan fungsi
berikut kepada pesakit
Alzheimer iaitu :
a) memperbaiki
pemikiran, pembelajaran dan
ingatan (fungsi kognitif)
b) memperbaiki
aktiviti hidup seharian
c) memperbaiki
kelakuan sosial / sifat
sosial
d) mengurangkan
tekanan perasaan
- Beberapa
kajian mendapati ginkgo
berkesan sebagai ubat utama
untuk Alzheimer dalam
melambatkan simptom dementia
pesakit. Tambahan pula,
ginkgo kadang kala digunakan
sebagai pencegah kerana ia
boleh melambatkan serangan
Alzheimer pada sesiapa yang
berisiko menghidapnya (sebagai
contoh ; sejarah keluarga
Alzheimer).
2)
Masalah Mata
- Flavonoid
yang dijumpai dalam ginkgo
boleh membantu
memberhentikan atau
mengurangkan masalah retinal
(iaitu masalah bahagian
belakang mata). Kerosakan
retinal mempunyai beberapa
penyebab yang berpotensi
termasuk diabetes dan
macular degeneration
iaitu sakit bahagian dalam
mata yang merosot – keadaan
ini biasanya dihidapi oleh
warga tua yang mana garisan
dalam mata yang dikenali
kawasan macula retina
mengalami penipisan dan
dalam sestengah kes boleh
menyebabkan pendarahan.
-
Macular degeneration
biasanya
dipanggil age-related
macular degeneration
atau ARMD.
-
Merujuk kepada American
Academy of Ophthalmology,
macular degeneration
adalah penyebab utama
kehilangan pusat penglihatan
(kebutaan) di Amerika
Syarikat pada hari ini bagi
kebanyakan rakyat yang
berumur melebihi 50 tahun.
3) Intermittent
Claudication
- Disebabkan
ginkgo dilaporkan
memperbaiki aliran darah,
herba ini telah dikaji pada
pesakit Intermittent
Claudication (kesakitan
yang disebabkan oleh aliran
darah yang tak seimbang ke
kaki). Penghidap penyakit
ini sukar berjalan tanpa
mengalami kesakitan yang
amat sangat.
- Satu
analisis berkenaan 8 kajian
yang telah diterbitkan
menunjukkan bahawa individu
yang mengambil ginkgo mampu
berjalan secara kasar 34
meter lebih jauh daripada
yang mengambil placebo (ubat
tanpa kesan fisiologi).
Bahkan, ginkgo didapati
adalah efektif sebagai ubat
utama dalam merawat
kesakitan jarak perjalanan (pain-free
walking distance).
Bagaimanapun, latihan
berjalan biasa adalah lebih
baik daripada ginkgo untuk
memperbaiki jarak berjalan.
4) Lemah
daya ingatan
- Ginkgo
dikenali secara meluas
sebagai herba otak. Para
penyelidik yang menjalankan
analisis terhadap semua
kajian yang telah
diterbitkan dan berkualiti
tinggi berkenaan ginkgo dan
kerosakan ingatan halus /
mild memory impairment (individu
tanpa Alzheimer atau bentuk
lain penyakit otak),
menyimpulkan bahawa ginkgo
adalah secara signifikannya
lebih efektif daripada
placebo dalam menguatkan
ingatan dan fungsi kognitif.
- Ginkgo
biasanya ditambah dalam bar
pemakanan, air minuman
ringan dan buah-buahan untuk
menguatkan ingatan dan
menambah perlaksanaan
kognitif, walaupun terdapat
perdebatan sama ada kuantiti
kecil ginkgo yang didapati
dalam produk tersebut adalah
efektif.
5) Tinnitus
- Kerosakan
saraf dan sesetengah
penyakit saluran darah boleh
menyebabkan tinnitus (penyakit
telinga yang menyebabkan
penghidapnya mendengar bunyi
deringan, desiran, dengungan
atau bunyi lain di telinga
atau kepala tanpa kehadiran
bunyi luaran).
- Sesetengah
penyelidik telah menjalankan
kajian sama ada ginkgo
melegakan simptom bagi
penyakit pendengaran.
Walaupun kualiti kebanyakan
kajian adalah lemah,
pengulas membuat kesimpulan
bahawa ginkgo secara
perlahan-lahan melegakan
kenyaringan bunyi tinnitus.
- Bagaimanapun,
kajian yang dijalankan
terhadap 1121 orang dengan
tinnitus mendapati ginkgo (diberi
3 kali sehari untuk 3 bulan)
adalah tidak begitu berkesan
daripada placebo bagi
merawat simptom tinnitus.
Daripada penemuan yang
konflik ini, nilai perubatan
bagi ginkgo untuk tinnitus
adalah tidak tentu.
Kesimpulannya, tinnitus
adalah masalah yang sukar
diubati.
6) Kegunaan
Lain
- Para
profesional dalam bidang
penjagaan kesihatan
mencadangkan ginkgo untuk
merawat pelbagai penyakit
ringan lain termasuk
muntah-muntah, kebingungan,
tekanan / kesedihan, pening
kepala, tekanan darah tinggi
dan erectile dysfunction
(masalah berkaitan sistem
seksual).
- Satu
kajian klinikal mendapati
ekstrak ginkgo boleh
mengurangkan kesan sampingan
menopause sebagaimana
osteoprosis dan penyakit
kardiovaskular. Wanita
enggan menggunakan terapi
pengganti hormon farmasi (HRT)
disebabkan kesan sampingan
seperti pendarahan tak
teratur dan peningkatan
risiko kanser payudara.
Beberapa kajian melaporkan
bahawa ekstrak ginkgo
mempunyai aktiviti
estrogenik dan boleh jadi
sesuai sebagai satu
alternatif untuk HRT.
- Satu
ekstrak ginkgo telah
dilaporkan secara
signifikannya boleh
memperbaiki ukuran fungsi
seperti koordinasi, tahap
tenaga, kekuatan, mental,
mood dan sensasi dalam 22
individu dengan pelbagai
sclerosis (pengerasan tisu).
|