|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan
Pakar Berkenaan Minyak Kelapa Dara |
|
|
 |
 |
 |
-
Hj.Ishak Basiran
-
Mechanical Engineer
P.Urusan Desaku Maju Marketing,
Desaku Trading, Mudah Niaga &
Teknologi Desa Hijau Sdn Bhd. |
-
Dr.AH.Bambang Setiaji, MSc
-
Pakar Minyak Kelapa Dara
Nusantara
Dosen Fakulti Kimia Matematik dan
Ilmu Pengetahuan Alam Universiti
Gadjah Mada Indonesia |
-
DR.Bruce Fife
-
(Doctor Natropati-USA)
|
|
 |
Pihak
Bio-Asli mengucapkan setinggi-tinggi terima
kasih kepada pakar-pakar sains yang telah dan
terlibat dalam penyelidikan sehingga masyarakat
dunia mendapat manfaat dari kelebihan Minyak
Kelap Dara |
|
|
Sumber rujukan kami adalah dari internet serta
buku-buku berikut yang telah di terjemahkan dan
dikembangkan oleh DR. Bambang Setiaji dari judul
asal karya The Healing Miracles of Coconut Oil
karya DR. Bruce Fife, ND.2001
-
I. May, C.D., 1980. Food allergy:
Perspective, principles, and practical
management. Nutrition Today Nov/Dec
P28-31
-
Konlee, M: 1997. Return from jungle: an
interview with Chris Dafoe. Positive
Health News No. 14 Summer Issue
-
Price, W.A. 1939. Nutrition and Physical
Degeneration. Keats Publishing 1998 edition
-
Prior, I.A.M. 1971. The price of
civilization. Nutrition Today. July/Aug.p.
2-11.
-
Okoji, G.0. et.al. 1993. Childhood
convulsions: a hospitalsurveyon traditional
remedies. Af.j. Med. Sci. 22(2):25
-
Price, W.A. 1939. Nutrition and Physical
Degeneration. Keats Publishing. 1998
edition. Chapters 5 and 6
-
Anonymous. 1998. Bad teeth and gums a risk
factor (or heart diseases SHavard Heart
Letter9 (3):6
-
Millman, C. 1999. The route of all evil.
Men’s Health. 14(10):102
-
Prior I.A. 1981. Cholesterol, coconuts, and
diet on Polynesian atolls: a natural
experiment: the Pukapuka and Tokelau Island
studies. Am. J. of Clin. Nutr. 34
(8):1552
-
Stanhope, J.M., et al. 1981. The Tokelau
Island migrant study. Serum lipid
concentrations in two environments. J.
Chron. Dis. 34:45
-
Ibid
-
Hegsted, D.M., et al. 1965. Qualitative
effects of dietary fat on serum Cholesterol
in man. Am. J. of Clin Nutr. 17:281
-
Hashim, S.A., et al.1959. Effect of mixed
fat formula feeding on serum cholesterol
level in man. Am. J. of Clin Nutr.
1:30
-
Bray, G.A.. et al. 1980. Weight gain of rats
fed medium-chain Triglycerides is less than
rats fed long-chain triglycerides. Int.
J. Obes. 4:27
-
Geliebter, A. 1983. Overfeeding with
medium-chain tryglycerides diet results in
diminished deposition of fat. Am. J. of
Clin. Nutr. 37:104
-
Baba. N. 1982. Enhanced thermogenesis and
diminished deposition of fat in reponse to
overfeeding with a diet containing medium
chain triglycerides: Am. J. of Clim Nutr
35:678
-
Greenberger, N.J. and skillman, T.G., 1969.
Medium.chain triglycerides: physiologic
considerations and clinical implications.
N. Engl. J. Med. 280:1045
-
Fino, J.H. 1973.Effect of dietary
triglyceride chain length on energy utilized
and obesity in rats fed high fat diets. Fed.
Proc. 32.993
-
Sindhu Rani, J.A., et al. 1993. Effect of
coconut oil and coconut kernel on serum and
tissue lipid profile. Ind. Coco. J.
XXIV (7):2
-
Kurup, P.A., and Rajmohan, T, 1994.
Consumption of coconut oil and coconut
kernel and the incidence of atherosclerosis.
Coconut and Coconut Oil in Human Nutrition
Proceedings, Symposium on Coconut and
Coconut Oil in Human Nutrition. 27 March.
Coconut Development Board. 1 Kochi. India.
1995. p. 3
-
Thampan, P.K 1994. Facts and Fallacies
About Coconut Oil. Asian and Pacific
Coconut Community. p.31
-
Kaunitz, H. and Dayrit, C.S. 1992. Coconut
oil consumption and coronary heart diases
Phillipine Journal of Internal Medicine
30:165
-
Mendis, S. and Kumarasunderam, R. 1990. The
effects of daily consumption of coconut fat
and soya-bean fat on plasma lipids and
lipoproteins of young normolipidacmic men.
British Journal of Nutrition 63:547
-
Enig, M. G. 1999. Coconut: In support of
good health in the 21st century.
36 session Asian Pacific Coconut Community.
-
Thampan. P.K. 1994. Facts and Fallacies
About Coconut Oil. Asian and Pasific
Coconut Community. p. 31
-
Hornung, B., et al. 1994. Lauric acid
inhibits the maturation of vescular
stomatitis virus. Journal of General
Virology 75:353
|
|
|
|
Kenyataan
Pakar |
|
|
|
6 perkara di mana kulit anda akan benar-benar
kelihatan Muda
-
1-Kawal dari pendedahan
cahaya matahari yang berlebihan.
-
2-Elakkan dari amalan
‘Diet Yo-Yo’.
-
3-Penggunaan minyak
kelapa dara.
-
Penggunaan minyak kelapa dara
sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk
mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia bukan sahaja
menghalang pembentukan radikal bebas yang
membinasakan, serta bertindak melindungi dari
tindakbalas radikal bebas tersebut malah ia juga
mampu mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan
masalah kulit lain yang disebabkan oleh factor
penuaan dan pendedahan berlebihan kepada cahaya
matahari.
-
Minyak kelapa dara mampu
mengekalkan tisu ‘connective’ kulit menjadi
kuat dan lembut, dimana ia membantu menghalang kulit
dari kendur dan berkedut. Dalam keadaan tertentu ia
mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang
dijangkiti penyakit.
-
Minyak kelapa dara bukan
sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit,
tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki
kulit, dan ini tidak dapat dilakukan
oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan
mengembalikan keremajaan pada kulit anda dengan
menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati. Minyak
kelapa dara akan meresap jauh hingga ke
lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu
berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut
serta sihat ‘bercahaya’.
-
Jika anda inginkan kesan
pemulihan maksima, anda perlu memilih minyak yang
benar-benar berkualiti, bebas dari sebarang bahan kimia, tidak dinyah warna serta tidak terhidrogen.
Kesemuanya ini terdapat dalam minyak kelapa dara.
-
4-Rehatkan otot-otot muka
anda.
-
5-Pengambilan Omega-3
yang banyak.
-
6-Elakkan merokok.
-
Dr
Joseph Mercola
-
(pengarang Total Health Program)
-
dan Rachael Droege

|
|
| |
Minyak kelapa
adalah makanan penting yang bermanfaat bagi abad ke
21.
Dengan terdapatnya maklumat klinikal dan saintifik tentang
sifat-sifat antimikrobialnya yang menyihatkan dalam minyak
kelapa dara secara khusus dan minyak kelapa secara umum,
menjadikannya sangat menarik.

Prof.Dr.Mary G.Enig Director,
Nutritional Science Division,
Enig Associates, Inc. 11120
New Hampshire Avenue
500 Silver Spring, MD
20904-2633 U.S.
“Minyak
kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia”.
Dr. Bruce Fife (Doctor Naturopati – USA)
“Minyak kelapa
dara mempunyai sifat-sifat anti virus, anti bacteria, anti
kulat dan anti parasit semulajadi yang membantu mengawal
berbagai penyakit”.
Dr. John J. Kabara (Universiti Michigan –USA)
“Minyak kelapa
dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan
yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat
kesihatan serta khazanah penyelidakan yang benar-benar
berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda
menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada
pelan harian pemakanan anda”.
Dr. Mark Atkinson,
Holistic Medical Physician
MBBS Bsc (Hons) FRIPHH FCMA BETD SAC DIP
(Clinical Nutrition)

“Minyak kelapa
dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia”.
Dr. Bruce Fife (Doctor Naturopati – USA)
 |
|
|
Kesan
Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu-ibu
Yang Menyusukan Anak. |
| |
Lemak susu ibu
mengandungi asid lemak (fatty asid) yang unik. Ia terdiri
daripada 45 hingga 50 peratus 'saturated', sekitar 35 peratus
'monounsaturated', dan sekitar 15 hingga 20 peratus
'polyunsaturated'. Dari keseluruhan 'saturated fatty asid' yang
dihasilkan dalam mammary gland, 18 peratus darinya adalah
antimikrobial fatty asids, lauric asid dan capric asid.
Antimikrobial fatty asids ini memberikan bayi yang disusukan
perlindungan dari berbagai virus seperti HIV dan herpes,
bakteria seperti chlamydia dan helicobater, protozoa seperti
giardia lamblia.
Apabila ibu-ibu
yang menyusukan anak mengambil makanan dari lemak kelapa (terutama
minyak kelapa dara, kelapa parut dan santan kelapa) paras
kandungan lauric asid dan capric asid akan bertambah secara
ketara didalam susu. (lihat The American Journal of Clincal
Nutrition, diterbitkan pada tahun 1998). Ini bererti kandungan
jumlah perlindungan antimikrobial lauric asid dan capric asid
dalam susu ibu berkenaan akan bertambah, yang akhirnya
memberikan lebihan perlindungan kepada bayi yang disusukan.
Menurut beberapa
kajian, tanpa tambahan lauric asid dari pemakanan, susu ibu
masih mengandungi sekitar 3 peratus lauric asid dan 1 peratus
capric asid yang dihasilkan oleh mammary gland ibu berkenaan,
dan tahap kandungan lauric asid dan capric asid yang dihasilkan
berbeza diantara setiap ibu yang menyusukan anak.
Walau
bagaimanapun apabila lauric asid diambil melalui pemakanan
seperti lemak kelapa dalam kelapa parut, kandungan lauric asid
di dalam susu ibu bertambah secara ketara sehingga tiga
kali ganda berbanding kandungan asal, sementara kandungan
capric asid bertambah hampir dua kali ganda. Keadaan ini dapat
memberikan bayi yang disusukan perlindungan yang lebih dari
berbagai virus virus, bakteria dan protozoa.
(Francois CA,
Connor SL, Wander Rc, Connor WE. Acute effects of dietary fatty
acids on the fatty acids of human milk. American Journal of
Clinical Nutrition 1998;67:301-308)
|
|
|
Khasiat meminum minyak kelapa dara bagi
ibu-ibu yang menyusukan anak dan sedang mengandung. |
| |
Susu ibu secara semulajadi mengandungi
komposisi fatty asid yang sangat menakjubkan. Ia
terdiri dari 45-50% ‘saturated’, sekitar 35%
‘monounsaturated ’ dan 15-20% ‘polyunsaturated’.
Daripada keseluruhan jumlah saturated fatty acid
tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah
antimokrobial fatty acid yang terdiri dari
lauric acid dan capric acid. Kedua-dua
antimicrobial fatty acid tersebut memberikan
bayi yang disusukan perlindungan daripada
berbagai jenis virus, seperti
HIV dan herpes,
bacteria seumpama Chlamydia dan
heliocobater, serta protozoa seperti giardia lamblia.
Paras kandungan antimikrobial fatty acids
tersebut mungkin serendah 3-4% Namun
apabila sesaorang ibu yang menyusukan anak
mengambil minyak kelapa dara dalam makanan,
paras lauric acid dan capric acid akan bertambah
dengan ketara dalam air susu mereka.
Mutakhir ini kajian telah menunjukkan
apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai
sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric
acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar
tiga kali ganda, manakala
kandungan capric acid akan bertambah
sekitar dua kali ganda. Bagi
sesetengah ibu di beberapa negara,
paras kandungan lauric acid dan capric acid
didalam susu mereka boleh mencecah sekitar 21% (bagi
lauric acid) dan 6% (bagi capric acid).
Keadaan ini akan memberikan bayi mereka lebih
perlindungan terhadap virus, bacteria dan
protozoa. (lihat hasil kajian dalam The
American Journal of Clinical Nutrition –
diterbitkan pada tahun 1998). 
Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan
ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam
makanan, mereka juga akan mendapat khasiat
tambahan , kerana ‘saturated fat’ yang merupakan
‘medium chain fatty acid’ dalam minyak kelapa
dara mudah dihadamkam dan ditukar
kepada tenaga, disamping kemampuannya
mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma,
mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan
teruji
dalam mengatasi masalah thyroid.
Terdapat beberapa perakuan pengguna bahawa
minyak kelapa dara membantu memudahkan
mereka melahirkan anak dan dapat membantu
memulihkan kesan kulit retak (pada perut)
selepas bersalin.
|
|
|
KUALITI SUSU IBU DAN MCFA |
| |
Susu yang kaya dengan MCFA
sangat penting untuk petumbuhan dan perkembangan anak yang sehat. Atas
alas an tersebut, MCFA ditambahkan pada kebanyakan susu atau makanan
bayi. Bagaimanapun, asam lemak ini tidak persis sama dengan yang
ditemukan secara alami pada air susu ibu. Pada satu satu ketika para
pengeluar susu akan menggunakan minyak kelapa atau minyak kernel sawit
asli. Namun minyak medium-chain triglycerides (minyak MCT) digunakan
pada beberapa produk susu kerana minyak MCT merupakan produk industri
yang mengandung 75 peratus asid kaprilat dan 25 peratus asid kaprat
dengan sedikit asid lauric dan MCFA sebagai antimicrobial paling penting.
Perbandingan asam lauric dengan MCFA lain pada minyak kelapa adalah sama
dengan pebandingan yang terdapat pada air susu ibu. Alasan MCT
digunakan untuk mengganti minyak kelapa yang lebih mahal hanyalah kerana
alasan ekonomi atau adanya perhatian pada kesehatan. Walaupun asid
kaprilat dan asid kaprat itu baik, namun aia tidak sebaik asam laurat
dan tidak sebagus kombinasi ketiganya, seperti yang terdapat secara
alami.
Kalau kandungan asid
lemak dan kualiti susu dapat diubah, maka bagaimana dengan air susu ibu.
Air susu ibu tidak diragukan lagi sebagai pilihan makanan paling baik
untuk bayi. Namum tidak semua air susu ibu sama kualitinya kerana ia
banyak dipengaruhi oleh kesehatan ibu. Kalau ibu tidak makan bahan yang
berkhasiat, tubuh akan mengambil dari jaringannya sendiri. Kalau ibu
kekurangan bahan berkhasiat yang penting, maka susu yang dihasilkannya
juga akan kurang. Sebaliknya kalau ibu makan makanan yang mengadungi
racun (seperti asid lemak trans) susunya akan mengandung racun juga.
Oleh itu makan makanan dengan bijak sangat penting bagi wanita yang
hamil dan yang menyusui bayinya.
Kelenjar susu
menghasilkan sedikit MCFA sebagai komponen utama pada air susu ibu.
Hikmah mengapa MCFA ada didalam susu ibu adalah kerana sistem pencernaan
bayi yang belum matang akan mudah menyerap dan menggunakannya. Ia
memberi bahan berkhasiat dan tenaga terhadap bayi, yang diperlukannya
untuk membesar dan berkembang dengan baik. MCFA juga mempunyai sifat
antimikrobial yang memberikan perlindungan kepada bayi terhadap virus
seperti HIV dan herpes, bakteria seperti Chlamydia dan H. Pyrolis, kulat seperti candida dan protozoa seperti
giardia.
Penelitian pada binatang
mahupun manusia telah menunjukkan bahwa MCFA menjadi komponen sangat
penting dalam air susu ibu untuk pertumbuhan dan perkembangan keturunan
dengan baik dan benar. Adalah diakui bahawa sememangnya terdapat
perbezaan nyata diantara makanan yang mengandungi LCFA (minyak sayur)
dengan makanan yang mengandungi MCFA (minyak kelapa) dalam kelangsungan
hidup dan kadar pembesaran. Bayi yang ibunya menerima MCFA membesar
lebih cepat, lebih sehat dan mempunyai kadar kelangsungan hidup sebesar
68 peratus berbanding dengan 32 peratus. Hal ini berlaku terutama bagi
bayi yang lahir kekurangan berat badan.
Terakhir satu kajian yang
melibatkan seramai 46 bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang
sangat rendah, mengesahkan bahawa minyak kelapa apabila ditambahkan
pada makanan mereka mendapati mereka mendapat tambahan berat badan
dengan kadar lebih cepat. Yang menakjubkan penambahan berat badan adalah
dihubung-kaitkan dengan pertumbuhan fisik bukan kadar penyimpanan lemak.
Kesimpulannya dengan mengkonsumsi minyak kelapa dalam makanan mereka
bayi, berat badan mereka bertambah lebih cepat dan mereka mampu
mencernanya dengan baik. Sedangkan minyak sayur akan hanya melalui
saluran pencernaan tanpa dapat dicerna yang akhirnya sehingga tidak
dapat memenuhi keperluan zat yang diperlukan untuk perkembangan. MCFA
tidak hanya memudahkan bayi menyerap lemak yang diperlukankan namun ia
juga memperbaiki penyerapan vitamin, mineral dan protein yang boleh
dilarutkan oleh lemak.
Lemak pada air susu ibu
mempunyai komposisi asid lemak yang unik. Komponen utamanya adalah
lemak jenuh, yang terdiri sekitar 45-50 peratus kandungan lemak total.
Lemak lain yang paling banyak adalah mono-takjenuh yang menyusun
sekiktar 35 peratus lemak susu. Lemak poli-takjenuh terdiri hanya 15–20
peratus dari lemak total. Lemak jenuh pada air susu ibu berada dalam
bentuk MCFA. Sayangnya, banyak ibu yang hanya menghasilkan sedikit air
susunya, sehingga dapat menimbulkan kesan yang tidak baik pada
kesehatan anak.
Kalau air susu tidak
mengandung cukup MCFA, bayi biasanya menderita kekurangan zat dan
menjadi rentan terhadap penyakit menular. Maka air susu ibu harus
mengandung sebanyak MCFA yang dihasilkan oleh alam. Hal ini dapat
dilakukan dengan diberi banyak makanan yang mengandungi MCFA. Ibu yang
menyusui akan menghasilkan susu yang kaya dengan bahan zat yang dapat
meningkatkan kesehatan. Kalau susu lembu dan produk hasilan dari susu
lainnya hanya mengandung sedikit MCFA, makanan yang paling kaya dengan
MCFA adalah minyak tropika, terutama sekali minyak kelapa.
Asam lemak sebagai
antimikrobial adalah cukup rendah, hanya sekitar 3 peratus, namun
apabila ibu yang menyusui memakan produk kelapa seperti kelapa parut,
santan, minyak kelapa dan lain-lain maka kandungan MCFA dalam susu akan
meningkatg secara signifikan. Misalnya, memakan 40 gram (sekitar 3
sendok makan) minyak kelapa setiap kali makan secara teratur dapat
menambah asid laurat pada ibu yang menyusui dari 3.9 % sampai 9.6 %
setelah 14 jam. Kandungan asid kaprilat dan asid kaprat juga bertambah.
“Ini memberikan manfaat penting”; kata Mary G, Enig, Ph.D, seorang ahli
ilmu kimia lipid dan Fellow of the American College of Nutrition, “Air
susu telah meningkatkan jumlah antimicrobial pelindung asid laurat dan
asid kaprat, yang memberikan perlindungan lebih besar terhadap bayinya.
“Kalau ibu mengkonsumsi minyak kelapa setiap hari pada saat menyusui,
kandungan MCFAnya akan lebih besar. Persiapan ibu sebaiknya dimulai
sebelum bayi dilahirkan. Wanita hamil menyimpan lemak yang selanjutnya
akan digunakan untuk menghasilkan susu. Setelah bayi dilahirkan asid
lemak yang disimpan di dalam tubuh ibu dan juga dari makanan harian akan
digunakan dalam produksi susu. Kalau ibu terus mengambil MCFA dengan
banyaknya, terutama asid laurat dan asid kaprat (dua bentuk MCFA (sebagai
antimicrobial), maka susunya akan memberi manfaat maksima terhadap
bayinya.
Kalau ibu tidak mengambil
makanan yang mengandungi MCFA dan tidak makan pada saat menyusui, maka
kelenjar susu hanya akan mampu menghasilkan sekitar 3% asid laurat dan
1% asid kaprat. Akibatnya bayi akan kehilangan nutrisi dan juga
perlindungan antimikrobial.
|
|
|
Minyak Kelapa Dara Pure amat
sesuai untuk
bayi
anda |
|
|
Minyak Kelapa Dara Pure ini sangat sesuai bagi
kegunaan luaran bayi anda yang berumur dari 1
hari hingga 6 tahun. Bahagian yang penting yang
perlu disapu ialah kepala (rambut ), sendi-sendi,
punggung dan bahagian yang mudah terkena
serangan ruam lampin, kerengsaan kulit,
juga bahagian leher dan dada bayi, (bahagian
yang mudah mendapat ruam susu), kulit kering dan
melecet. Anda tidak perlu bimbang kerana Minyak
Kelpa Dara Pure ini tidak mengandungi sebarang
toksin ataupun bahan kimia dan tidak merbahaya
jika terkena mata bayi anda. Kandungan tinggi,
sekitar 50% lauric oil dan capric oil yang
terdapat dalam Minyak Kelapa Dara akan bertindak
sebagai pelindung dan perawat kulit bayi anda.
Ia akan meresap jauh kedalam kulit (sehingga
connective tissue) dan membunuh segala virus,
bakteria dan protozoa. Kulit bayi anda akan
kelihatan sihat, lembut dan segar selalu.
Sebaiknya gunakan minyak ini setiap kali selepas
memandikan bayi anda atau selepas menukar lampin
bagi mencegah
kudis dan ruam pada bayi.
(klik komen pengguna) |
|
|
Kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun
(1 sudu teh 2X sehari )
Bagi yang berumur 13 hingga 100 tahun (2
sudu teh 2X sehari )
|
|
|
Bagi kanak-kanak yang berumur diantara 7 hingga
12 tahun boleh menggunakan minyak ini untuk
kegunaan luar dan dalam badan. Di mana ia sesuai
untuk diminum 1 sudu teh selepas sarapan pagi
dan selepas minum petang. Manakala bagi mereka
yang berumur 13 hingga 100 tahun anda disarankan
meminum 2 sudu teh selepas sarapan pagi dan 2
sudu teh selepas minum petang. Minyak ini akan
bertindak membantu menguatkan sistem imunasi
tubuh dengan keupayaan tubuh menukar lauric asid
dan capric asid kepada monolaurin
dan monocaprin yang bertindak
membunuh virus, bakteria dan protozoa dengan
cara ia menghancurkan lapisan lipids dan
phospholipids virus tersebut. 'Saturated fat'
yang terdapat dalam minyak kelapa dara adalah
jenis 'medium chain fatty acid'. Dalam tubuh ia
dihantar terus ke liver dimana ia terus diubah
kepada tenaga, berbanding lain-lain jenis fat
yang disimpan didalam sel tubuh (sebagai lemak
badan) Dengan lain perkataan ia lebih
mudah dihadamkan dan dipergunakan oleh tubuh
untuk menghasilkan tenaga. Anda akan lebih
bertenaga dan kekal cergas.
Minyak Kelapa Dara Pure juga amat sesuai
dijadikan sebagai losyen pada kulit untuk setiap
peringkat umur, tanpa mengira usia.
Menurut Dr Joseph Mercola (pengarang Total
Health Program) dan Rachael Droege (kedua-duanya
merupakan pakar kesihata). Kandungan lauric oil
dan capric oil yang terdapat sekitar 50% dalam
MInyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai
pelindung dan perawat kulit anda. Ia akan
meresap jauh kedalam kulit dan membunuh segal
virus, bakteria dan protozoa. Penggunaan minyak
kelapa dara sebagai losyen adalah kaedah yang
ideal untuk mengembalikan keremajaan kulit anda.
Ia bukan sahaja menghalang pembentukan radikal
bebas yang membinasakan, serta bertindak
melindungi dari tindakbalas radikal bebas
tersebut malah ia juga mampu mengekalkan kulit
dari membentuk jeragat dan masalah kulit lain
yang disebabkan oleh factor penuaan dan
pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari.
Minyak kelapa dara mampu mengekalkan tisu ‘connective’
kulit menjadi kuat dan lembut, dimana ia
membantu menghalang kulit dari kendur dan
berkedut. Dalam keadaan tertentu ia mampu
memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang
dijangkiti penyakit. Minyak kelapa dara bukan
sahaja memberikan kelegaan sementara kepada
kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan
memperbaiki kulit, dan ini tidak dapat
dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia
berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit
anda dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit
yang mati. Minyak kelapa dara
akan meresap
jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan
menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya
kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’.
Jika anda inginkan kesan pemulihan maksima, anda
perlu memilih minyak yang benar-benar berkualiti,
bebas dari sebarang bahan kimia, tidak dinyah
warna serta tidak terhidrogen. Kesemuanya
ini terdapat dalam minyak kelapa dara.
|
|
|
Menghilangkan kesan rekahan pada perut selepas
bersalin dengan berkesan |
| |
Kandungan lauric oil dan capric oil yang
terdapat sekitar 50% dalam MInyak Kelapa Dara
akan bertindak sebagai pelindung dan perawat
kulit anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit
dan membunuh segala virus, bakteria dan
protozoa. Penggunaan minyak kelapa dara sebagai
losyen adalah kaedah yang ideal untuk
mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia bukan
sahaja menghalang pembentukan radikal bebas yang
membinasakan, serta bertindak melindungi dari
tindakbalas radikal bebas tersebut malah ia
juga mampu mengekalkan kulit dari membentuk
jeragat dan masalah kulit lain yang disebabkan
oleh faktor penuaan dan pendedahan berlebihan
kepada cahaya matahari. Minyak kelapa dara mampu
mengekalkan ‘connective tissue’ kulit
menjadi kuat dan lembut, dimana ia membantu
menghalang kulit dari kendur dan berkedut. Dalam
keadaan tertentu ia mampu memulihkan kulit yang
rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit,
membantu melega dan menyamankan gejala ekzema,
psoriasisn serta jangkitan kulat. Minyak kelapa
dara bukan sahaja memberikan kelegaan sementara
kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan
dan memperbaiki kulit, dan ini tidak dapat
dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia
berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit
anda dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit
yang mati. Minyak kelapa dara akan meresap
jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan
menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya
kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’.
Penggunaannya sangat mudah. Sapukan Minyak
Kelapa Dara pure setiap hari pada perut atau
mana-mana bahagian kulit yang berkedut, muka
berjeragat dan bahagian tumit merekah setiap
hari atau mana-mana bahagian yang perlu. Amalkan
sehingga 6 bulan, InsyAllah kulit anda akan
kembali licin dan segar. Perkara ini telah
dilalui oleh isteri saya sendiri di mana kami
telah berjumpa pakar sebelum ini untuk
menghilangkan kesan parut pada betis, peha dan
perut. Disebabkan kos yang mahal dan perlu
menjalani pemeriksaan setiap bulan disamping
terpaksa membeli ubat krim sapu, akhirnya kami
berhenti separuh jalan sahaja. Setelah saya
mengetahui kehebatan minyak kelapa dara ini,
saya menjalankan percubaan untuk mengunakannya
dengan sabar. Alhamdulilah kini perubahan yang
sangat ketara berlaku pada isteri saya dan kami
terus menggunakannya sehingga pulih sepenuhnya.
|
|
|
Memulihkan retak pada tumit
kaki |
| |
Minyak kelapa dara bukan sahaja mampu memulihkan
kulit yang dijangkiti penyakit, tetapi
berkemampuan juga memulihkan dan memperbaiki
kulit yang rosak. Keadaan ini tidak
dapat dilakukan oleh sebarang jenis
losyen. Ia mengandungi khasiat penjanaan
semula dan pelembab yang berperanan menyembuhkan
kulit, mengembalikan keremajaan pada kulit
dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang
mati, . Minyak kelapa dara
akan meresap
jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan
menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya
kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’,
amat berkesan terutama pada tumit yang merekah,
kematu dan keras. |
|
|
Kelebihan apabila disapu pada kulit kepala
dan rambut. |
| |
Kelemumur pada kulit kepala dan rambut sangat
merimaskan, gatal dan berbau tidak menyenangkan.
Lebih malang lagi kelimumur akan mengakibtkan
rambut kita kurang sihat dan sekiranya
berterusan ianya akan menjejaskan kesuburan akar
rambut. Akibatnya rambut kita akan menjadi kurus
dan akhirnya gugur dan kesudahannya menjadi
botak. Inilah yang berlaku kepada diri saya
sendiri. Disebabkan masalah inil saya berusaha
mencari penawarnya, sehingalah saya bertemu
seorang rakan dimajlis rewang kenduri yang botak
licin satu ketika dahalu tetapi sekarang tumbuh
terpacak sedikit. Dia memberi tahu saya supaya
mengunakan minyak kelapa yang beliau pakai. Pada
ketika itu kami tidak mengetahwi yang itu ialah
minyak kelapa dara sehinggalah saya menghadari
hari terbuka di Mardi. Bila saya melihat Minyak
Kelapa Dara keluaran Mardi dan bertanyakan
spesifikasi barulah saya tahu minyak yang saya
pakai itu ialah Minyak Kelapa Dara. Bermula dari
saat itu saya terus mengkaji dan belajar
menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang lebih
berkualiti yang sekarang ini saya namakan
Minyak Kelapa Dara Bio-Asli. Mema ng benar ia
sangat mujarab untuk masalah kelemumur dan
keguguran rambut di sebabkan kandungan lauric
asid , capric asid dan berbagai lagi jenis fatty
asid yang bertindak membunuh kulat kelemumur dan
meresap jauh kedalam kulit kepala untuk merawat
sel-sel yang rosak. Alhamdulilah hasilnya sangat
memuaskan dan kini ianya menjadi minyak rambut,
muka dan minuman saya setiap hari.
- Membantu
menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala.
- Menghapuskan
kelimumur pada kulit kepala dan mencegah dari mengalami kekeringan kulit
dan seterusnya menghalang kulat kelemumur dari membiak serta rambut
menjadi subur dan bertambah hitam.

- Membantu
pembentukan tisu kulit kepala dan merawatnya.
- Melindungi kulit
dari radiasi ultraviolet matahari.
- Menyuburkan kulit
kepala dan rambut dari gugur.

|
|
|
RAWATAN RAMBUT |
| |
Apa yang dilakukan minyak
kelapa dara terhadap kulit boleh juga dilakukan untuk rambut. Minyak
kelapa dara boleh digunakan sebagai kondisioner rambut yang baik. Pakar
kecantikan telah mengenal minyak kelapa dara dan mereka memperakui
bahawa minyak kelapa dara ini dapat memberikan kesan efektifnya seperti
kondisioner rambut di salun perawatan yang bernilai diantara RM 40
hingga RM 50. Sedangkan dengan minyak kelapa dara ia boleh dilakukan
dirumah dengan kos yang terlalu murah. Manfaat lain dalam menggunakan
minyak kelapa sebagai kondisioner rambut adalah kerana ia akan membantu
mengendalikan kelemumur. |
|
|
Uji kaji keanjalan kuit |
| |
Pada saat usia semakin meningkat, keanjalan kulit semakin berkurangan.
Kulit menjadi keras dan berkerut, ini merupakan faktor penuaan dan
kemerosotan fungsi kulit. Perubahan fizikal kulit menjadi semakin ketara
menjelang usia 45 tahun.
Seperti yang anda sedia maklum kulit merupakan
organ homeostasis ( pengekalan atau
mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang
malar.). Kulit terdiri dari 2 lapisan iaitu lapisan epidermis ( luar ) &
lapisan dermis ( dalam). Kulit berfungsi sebagai
-
Perlindungan
-
Mencegah dehidrasi ( gangguan
dalam keseimbangan cairan dalam tubuh)
-
Rangsangan luar
-
Menyimpan lemak
-
Sintesis
Vitamin D
-
Menghasilkan bau dan penyamaran
-
Kawalaturan suhu
Eksperimen ini menunjukkan pendekatan beberapa peringkat umur secara
fungsional kulit yang terbentuk sebagai hasil kemerosotan radikel
bebas. Lakukan eksperimen ini dan perhatikan kedaan kulit kemudian
bandingkan dengan usianya. Uji sama ada kulit berfungsi secara
fungsional lebih muda atau lebih tua dibanding usia biologis.
Cuba
cubit kulit di bawah lengan dan tahan selama 5 minit. Kemudian lepaskan
dan hitung masa yang diperlukan untuk ianya rata kembali. Semakin cepat
waktunya, semakin muda usia fungsional kulit.
Uji kaji
keanjalan kulit
|
Waktu (masa) |
Usia Fungsional (tahun) |
|
1-2 |
20-30 |
|
3-4 |
30-44 |
|
5-9 |
45-50 |
|
10-15 |
60 |
|
35-55 |
70 |
|
56 atau lebih |
70 ke atas |
Sekiranya ingin mencegah degenerasi(kemerosotan) dan inginkan keremajaan
kulit , gunakanlah minyak kelapa dara untuk menggantikan krim & lotion.
Uji kaji yang di buat terhadap seorang yang berusia 50 tahun mendapati
kulitnya rata semula hanya dengan mengambil masa 1-2 saat selepas
menggunakan minyak kelapa dara. |
|
|
|
|
|
MINYAK KELAPA MELINDUNGI dan MENYEMBUHKAN KULIT |
| |
Adalah dimaklumi bahawa
losyen ideal adalah losyen yang tidak hanya memperlembut kulit, namun
melindunginya terhadap kerusakan, meningkatkan penyembuhan dan
memberinya penampilan yang lebih muda, dan sehat. Minyak kelapa dara
memenuhi kriteria tersebut. Minyak kelapa dara merupakan losyen kulit
alami yang tersedia yang dapat mencegah pembentukan radikal bebas
perusak dan memberikan perlindungan terhadap radikal. Keupayaannya
sehingga boleh membantu mencegah kulit dari pertumbuhan jeragat dan
kerusakan lain yang disebabkan oleh penuaan dan terkena cahaya matahari
yang berlebihan. Ia membantu menjaga jaringan connective agar tetap kuat
dan longgar sehingga kulit tidak mengendur dan berkedut. Bahkan ia juga
boleh memperbaiki kulit yang rusak atau yang sakit.
Orang-orang Polinesia,
yang secara tradisional hanya mengenakan sedikit kain pada tubuhnya,
selama beberapa generasi terkena cahaya matahari yang panas membakar,
namun mereka mempunyai kulit sehat indah tanpa cacat dan tanpa kanser.
Ini disebabkan kerana mereka memakan kelapa dan menggunakan minyaknya
pada tubuh mereka sebagai losyen. Minyak ini diserap ke dalam kulit dan
di dalam susunan sel jaringan connective, membatasi kerusakan yang
boleh diakibatkan kerana cahaya matahari yang berlebihan. Kulit mereka
tetap tidak rusak walaupun ketika terkena cahaya matahari yang panas
selama beberapa jam.
Perbedaan diantara minyak
kelapa dengan krim atau losyen lain adalah bahawa produk krim dan losyen
lain diproses untuk memberikan pemulihan langsung, tetapi bersifat sementara.
Sebaliknya minyak kelapa tidak hanya memberikan pemulihan yang segera
namun boleh juga membantu dalam proses penyembuhan dan perbaikan.
Kebanyakan losyen tidak memberikan manfaat yang lama terhadap kulit dan
banyak losyen sebenarnya mempercepat proses penuaan. Mengapa harus
mengambil resiko kerosakan kulit kekal kalau dengan mudah bisa
menggunakan minyak kelapa dara untuk membantu mengembalikan penampilan
menjadi lebih muda?
Minyak kelapa dara boleh
membuat kulit terlihat lebih muda. Permukaan kulit mengandungi lapisan
sel mati. Pada saat sel mati ini hilang, sel baru mengambil alih
tempatnya. Ketika usia beranjak tua, proses ini lambat dan sel mati
cenderung menumpuk, sehingga memberikan tekstur kasar dan jeragat pada
kulit. Minyak kelapa dara dapat menghilangkan sel mati dipermukaan luar
kulit. Dan membuat kulit lebih halus yang mencerminkan kesehatan yang
lebih merata, menciptakan penampilan lebih sehat dan lebih muda. Kulit
“bercahaya”kerana mencerminkan kulit bertekstur lebih baik dan merata.
Penghapusan sel kulit mati yang berlebihan dan penguatan jaringan yang
mendasari merupakan dua manfaat utama dalam penggunaan minyak kelapa
dara sebagai losyen kulit. Bahkan kadang-kadang anak muda boleh
mengalami kulit kering merekah secara berlebihan, kemudian menghasilkan
ketebalan yang tidak normal dan seringkali mengganggu lapisan kulit yang
mati. Dengan minyak kelapa dara tidak hanya memberikan pemulihan
langsung, namun juga memberikan perbaikan jangka panjang. Ramai orang
telah mengalami hasil yang luar biasa dengan berbagai macam gangguan
kulit. Banyak orang telah mencoba tidak menggunakan bahan lain. Kalau
kekeringan dan pecah-pecahnya parah, dianjurkan sebelum tidur malam
diberi sedikit minyak kelapa dara yang cukup pada daerah yang terluka
kemudian membungkusnya dengan plastik agar tidak meleleh kemana-mana.
Dipagi hari bukalah plastiknya dan cucilah minyak kelapa dara yang
meleleh berlebihan. Lakukan ini setiap malam sampai keadaannya pulih
seperti sediakala.
KESIHATAN KULIT.
Mungkin ada
yang bertanya, apakah minyak kelapa dara bila disapukan atau diminum
akan dapat membantu menjaga agar kulit tetap muda, sehat dan bebas dari
penyakit? Sebenarnya asam lemak antiseptik pada minyak kelapa dara mampu
membantu mencegah infeksi kulat dan bakteria pada kulit ketika
mengambilnya dalam makanan dengan kadar tertentu maupun dipakai secara
langsung pada kulit. Ini terbukti pada apa yang berlaku terhadap
orang-orang Polinesia yang menggunakan dengan teratur jarang sekali
diganggu oleh infeksi kulit atau jerawat.
Kulit
bertindak sebagai penutup yang melindungi dari luka seperti halnya
sekelompok pasukan pengaman yang fleksibel. Ia menghambat gangguan dari
jutaan bakteria penyebab penyakit yang menyentuh tubuh setiap hari.
Kalau pasukan pengaman tidak ada di kulit, tubuh akan menghadapi
kesukaran untuk bertahan hidup, bahkan organisma yang biasanya tidak
berbahaya akan dapat mematikan.
Satu-satunya
cara organisma-organisma berkenaan untuk masuk kedalam tubuh selain
melalui lubang alami, seperti hidung, dan mulut, adalah dengan
menembusi kulit. Walaubagaimanapun ini hanya akan berlaku jika
pertahanan kulit terganggu, dan akibatnya akan dapat menimbulkan infeksi.
Jerawat, herpes, boils, atlete’s foot dan kutil hanyalah beberapa
gangguan infeksi yang mempengaruhi kulit dan tubuh.
Kulit
berfungsi bukan semata-mata hanya sebagai penutup kulit, tetapi
berperanan juga sebagai tembok untuk menghalang gangguan bakteria
penyebab penyakit yang menunggu kesempatan untuk dapat masuk kedalam
tubuh. Koyakan kecil, bahkan satu calar kecil, akan memudahkan banyak
bakteria masuk ke dalam tubuh, yang mengakibatkan penyakit dan mungkin
juga kematian. Untungnya, kulit tidak hanya memberikan hambatan fizikal
namun juga hambatan bahan kimia. Lingkungan bahan kimia pada permukaan
kulit sehat sangat tidak toleran terhadap bakteria berbahaya. Akibatnya,
organisme yang mengakibatkan penyakit tidak dapat hidup di kulit tubuh.
Oleh itu kebanyakan goresan tidak berakhir dengan infeksi kerana secara
relatif kulit bebas dari bakteria berbahaya. Namun kalau satu luka
disebabkan oleh objek seperti kuku kotor yang dipenuhi dengan
mikroorganisma berbahaya, mereka melewati hambatan fizikal dan hambatan
kimia kulit maka itulah yang sering mengakibatkan infeksi. Perlu diingat
bahawa hambatan kimia paling besar bagi organisma penyebab infeksi
adalah lapisan asam kulit. Kulit sehat mempunyai pH sekitar 5, yang
membuat sedikit asam. Keringat yang mengandungi asam urat dan asam
lastat, sedangkan minyak tubuh akan meningkatkan lingkungan asam. Kerana
alasan ini, keringat dan minyak memberikan manfaat bagi tubuh. Bakteria
baik boleh bertolak ansur dengan asam yang ada di kulit, namun bacteria
jahat tidak akan mampu bertahan, jadi jumlahnya akan hanya tinggal
sedikit.
Minyak yang
dihasilkan tubuh dinamakan sebum. Sebum di hasil dan dikeluarkan
oleh kelenjar minyak (kelenjar sebaceous) yang ada di sekitar akar
rambut dan juga tempat lain. Minyak ini sangat penting untuk kesihatan
kulit kerana dapat melembutkan dan melumasi kulit maupun rambut serta
mencegah kulit agar tidak kering dan pecah-pecah. Sebum juga
mengandungi medium chain fatty acids (MCFA), dalam bentuk medium chain
triglycerides (MCT), yang dilepas untuk memerangi bakteria berbahaya.
Kulit
merupakan rumah bagi banyak organisma, yang kebanyakannya tidak
berbahaya, bahkan banyak diantaranya bermanafaat dan merupakan bakteria
yang esensial untuk memberi kesihatan kepada kulit. Ia masuk ke dalam
sebum , memecah triglycerides menjadi asam lemak bebas.
Triglycerides hanyalah merupakan tiga asam lemak yang disatukan oleh
molekul gliserol. Sebum dan juga semua lemak makan seperti minyak jagung,
minyak kedelai dan lai-lain, adalah terdiri dari triglycerides. Bakteria
ini masuk ke dalam molekul gliserol yang menyatukan asam lemak. Ketika
gliserol dilepaskan, asam lemak dibebaskan dan menjadi individu yang
berasingan. Kesemuanya itu yang dinamakan asam lemak bebas. MCFA yang
saling diikat oleh triglycerides tidak mempunyai sifat antimicrobial.
Bakteria ini
merubah MCT dalam sebum pada kulit menjadi asam lemak bebas yang
boleh mematikan virus dan kulat penyebab penyakit. Kombinasi pH dengan
MCFA memberikan lapisan kimia di atas kulit yang mencegah infeksi dan
mikroorganisma penyebab penyakit.
Kebanyakan
mamalia menggunakan sifat antimicrobial MCFA untuk melindungi dirinya
dan infeksi. Ketika ada pada tubuh, asam lemak ini menyusun minyak yang
dikeluarkan oleh kulit. Di alam liar, binatang dilindungi oleh alam dan
mempunyai naluri untuk mudah sembuh dari luka. Gigitan dan goresan
merupakan kejadian biasa,terutama disebabkan oleh binatang pemangsa.
Luka yang ditimbulkan oleh binatang pemangsa ini seringkali menyebabkan
infeksi pada mangsa. Secara naluri, binatang yang terluka akan menjilati
lukanya untuk membersihkannya dan menyebarkan minyak tubuh kedalam
jaringan yang terluka. Minyak ini memberikan anti infeksi terhadap
lukanya dan melindungi binatang dari infeksi. Dengan demikian, ketika
jari tergores secara naluri haiwan berkenaan akan membawa bagian jarinya
yang luka ke mulut.
| | |