English Version
   

   

   

 

Lupa id & kata laluan.?

Cara daftar downline ?
  603 - 3213 8046  Sofi
  019 - 3880098    Siti
  016 - 6202284    Diana
  019 - 7725338    Jun
  Fax : 603-3213  6563

  Hantar email

 
 
 
 
 

 

Kenyataan Pakar Berkenaan Minyak Kelapa Dara

 
Hj.Ishak Basiran
Mechanical Engineer

P.Urusan Desaku Maju Marketing, Desaku Trading, Mudah Niaga &  Teknologi Desa Hijau Sdn Bhd.

Dr.AH.Bambang Setiaji, MSc     
Pakar Minyak Kelapa Dara Nusantara

Dosen Fakulti Kimia Matematik dan Ilmu Pengetahuan Alam Universiti Gadjah Mada Indonesia

DR.Bruce Fife
(Doctor Natropati-USA)

 

Pihak Bio-Asli mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pakar-pakar sains yang telah dan terlibat dalam penyelidikan sehingga masyarakat dunia mendapat manfaat dari kelebihan Minyak Kelap Dara

Sumber rujukan kami adalah dari internet serta buku-buku berikut yang telah di terjemahkan dan dikembangkan oleh DR. Bambang Setiaji dari judul asal karya The Healing Miracles of Coconut Oil karya DR. Bruce Fife, ND.2001

 

  • I. May, C.D., 1980. Food allergy: Perspective, principles, and practical management. Nutrition Today Nov/Dec P28-31
  • Konlee, M: 1997. Return from jungle: an interview with Chris Dafoe. Positive Health News No. 14 Summer Issue
  • Price, W.A. 1939. Nutrition and Physical Degeneration. Keats Publishing 1998 edition
  • Prior, I.A.M. 1971. The price of civilization. Nutrition Today. July/Aug.p. 2-11.
  • Okoji, G.0. et.al. 1993. Childhood convulsions: a hospitalsurveyon traditional remedies. Af.j. Med. Sci. 22(2):25
  • Price, W.A. 1939. Nutrition and Physical Degeneration. Keats Publishing. 1998 edition. Chapters 5 and 6
  • Anonymous. 1998. Bad teeth and gums a risk factor (or heart diseases SHavard Heart Letter9 (3):6
  • Millman, C. 1999. The route of all evil. Men’s Health. 14(10):102
  • Prior I.A. 1981. Cholesterol, coconuts, and diet on Polynesian atolls: a natural experiment: the Pukapuka and Tokelau Island studies. Am. J. of Clin. Nutr. 34 (8):1552
  • Stanhope, J.M., et al. 1981. The Tokelau Island migrant study. Serum lipid concentrations in two environments. J. Chron. Dis. 34:45
  • Ibid
  • Hegsted, D.M., et al. 1965. Qualitative effects of dietary fat on serum Cholesterol in man. Am. J. of Clin Nutr. 17:281
  • Hashim, S.A., et al.1959. Effect of mixed fat formula feeding on serum cholesterol level in man. Am. J. of Clin Nutr. 1:30
  • Bray, G.A.. et al. 1980. Weight gain of rats fed medium-chain Triglycerides is less than rats fed long-chain triglycerides. Int. J. Obes. 4:27
  • Geliebter, A. 1983. Overfeeding with medium-chain tryglycerides diet results in diminished deposition of fat. Am. J. of Clin. Nutr. 37:104
  • Baba. N. 1982. Enhanced thermogenesis and diminished deposition of fat in reponse to overfeeding with a diet containing medium chain triglycerides: Am. J. of Clim Nutr 35:678
  • Greenberger, N.J. and skillman, T.G., 1969. Medium.chain triglycerides: physiologic considerations and clinical implications. N. Engl. J. Med. 280:1045
  • Fino, J.H. 1973.Effect of dietary triglyceride chain length on energy utilized and obesity in rats fed high fat diets. Fed. Proc. 32.993
  • Sindhu Rani, J.A., et al. 1993. Effect of coconut oil and coconut kernel on serum and tissue lipid profile. Ind. Coco. J. XXIV (7):2
  • Kurup, P.A., and Rajmohan, T, 1994. Consumption of coconut oil and coconut kernel and the incidence of atherosclerosis. Coconut and Coconut Oil in Human Nutrition Proceedings, Symposium on Coconut and Coconut Oil in Human Nutrition. 27  March. Coconut Development Board. 1 Kochi. India. 1995. p. 3
  • Thampan, P.K 1994. Facts and Fallacies About Coconut Oil. Asian and Pacific Coconut Community. p.31
  • Kaunitz, H. and Dayrit, C.S. 1992. Coconut oil consumption and coronary heart diases Phillipine Journal of Internal Medicine 30:165
  • Mendis, S. and Kumarasunderam, R. 1990. The effects of daily consumption of coconut fat and soya-bean fat on plasma lipids and lipoproteins of young normolipidacmic men. British Journal of Nutrition 63:547
  • Enig, M. G. 1999. Coconut: In support of good health in the 21st century. 36 session Asian Pacific Coconut Community.
  • Thampan. P.K. 1994. Facts and Fallacies About Coconut Oil. Asian and Pasific Coconut Community. p. 31
  • Hornung, B., et al. 1994. Lauric acid inhibits the maturation of vescular stomatitis virus. Journal of General Virology 75:353
 

 

6 perkara di mana kulit anda akan benar-benar kelihatan Muda

1-Kawal dari pendedahan cahaya matahari yang berlebihan.
2-Elakkan dari amalan ‘Diet Yo-Yo’.
3-Penggunaan minyak kelapa dara.
Penggunaan minyak kelapa dara sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia bukan sahaja menghalang pembentukan radikal bebas yang membinasakan, serta bertindak melindungi dari tindakbalas radikal bebas tersebut malah ia juga mampu mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan masalah kulit lain yang disebabkan oleh factor penuaan dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari.
Minyak kelapa dara mampu mengekalkan tisu ‘connective’ kulit menjadi kuat dan lembut, dimana ia membantu menghalang kulit dari kendur dan berkedut. Dalam keadaan tertentu ia mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit.
Minyak kelapa dara bukan sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki kulit, dan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit anda dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati. Minyak kelapa  dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’.
Jika anda inginkan kesan pemulihan maksima, anda perlu memilih minyak yang benar-benar berkualiti, bebas dari sebarang bahan kimia, tidak dinyah warna serta tidak terhidrogen. Kesemuanya ini terdapat dalam minyak kelapa dara.
4-Rehatkan otot-otot muka anda.
5-Pengambilan Omega-3 yang banyak.
6-Elakkan merokok.
 
  Dr Joseph Mercola
 (pengarang Total Health Program) 
dan Rachael Droege up
   
 

Minyak kelapa adalah makanan penting yang bermanfaat bagi abad ke 21. Dengan terdapatnya maklumat klinikal dan saintifik tentang sifat-sifat antimikrobialnya yang menyihatkan dalam minyak kelapa dara secara khusus dan minyak kelapa secara umum, menjadikannya sangat menarik.

Prof.Dr.Mary G.Enig Director, Nutritional Science Division,
Enig Associates, Inc. 11120 New Hampshire Avenue
500 Silver Spring, MD 20904-2633 U.S.

 

“Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia”.

                                Dr. Bruce Fife (Doctor Naturopati – USA)

 

“Minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat anti virus, anti bacteria, anti kulat dan anti parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit”.

                             Dr. John J. Kabara (Universiti Michigan –USA)

 

“Minyak kelapa dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidakan yang benar-benar berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda”.

                             Dr. Mark Atkinson, Holistic Medical Physician

                       MBBS Bsc (Hons) FRIPHH FCMA BETD SAC DIP

                                                    (Clinical Nutrition)

“Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia”.

                                  Dr. Bruce Fife (Doctor Naturopati – USA)

 

 up
 

Kesan Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu-ibu Yang Menyusukan Anak.

 

Lemak susu ibu mengandungi asid lemak (fatty asid) yang unik. Ia terdiri daripada 45 hingga 50 peratus 'saturated', sekitar 35 peratus 'monounsaturated', dan sekitar 15 hingga 20 peratus 'polyunsaturated'. Dari keseluruhan 'saturated fatty asid' yang dihasilkan dalam mammary gland, 18 peratus darinya adalah antimikrobial fatty asids, lauric asid dan capric asid. Antimikrobial fatty asids ini memberikan bayi yang disusukan perlindungan dari berbagai virus seperti HIV dan herpes, bakteria seperti chlamydia dan helicobater, protozoa seperti giardia lamblia.

Apabila ibu-ibu yang menyusukan anak mengambil makanan dari lemak kelapa (terutama minyak kelapa dara, kelapa parut dan santan kelapa) paras kandungan lauric asid dan capric asid akan bertambah secara ketara didalam susu. (lihat The American Journal of Clincal Nutrition, diterbitkan pada tahun 1998). Ini bererti kandungan  jumlah perlindungan antimikrobial lauric asid dan capric asid dalam susu ibu berkenaan akan bertambah, yang akhirnya memberikan lebihan perlindungan kepada bayi yang disusukan.

Menurut beberapa kajian, tanpa tambahan lauric asid dari pemakanan, susu ibu masih mengandungi sekitar 3 peratus lauric asid dan 1 peratus capric asid yang dihasilkan oleh mammary gland ibu berkenaan, dan tahap kandungan lauric asid dan capric asid yang dihasilkan berbeza diantara setiap ibu yang menyusukan anak. Walau bagaimanapun apabila lauric asid diambil melalui pemakanan seperti lemak kelapa dalam kelapa parut, kandungan lauric asid  di dalam susu ibu bertambah secara ketara  sehingga tiga kali ganda berbanding kandungan asal, sementara  kandungan capric asid bertambah hampir dua kali ganda. Keadaan ini dapat memberikan bayi yang disusukan perlindungan yang lebih dari berbagai virus virus, bakteria dan protozoa.

(Francois CA, Connor SL, Wander Rc, Connor WE. Acute effects of dietary fatty acids on the fatty acids of human milk. American Journal of Clinical Nutrition 1998;67:301-308)

 

Khasiat meminum minyak kelapa dara bagi ibu-ibu yang menyusukan anak dan sedang mengandung.

 

Susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi fatty asid yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% ‘saturated’, sekitar 35% ‘monounsaturated ’ dan 15-20% ‘polyunsaturated’. Daripada keseluruhan jumlah saturated fatty acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimokrobial  fatty acid yang terdiri dari lauric acid dan capric acid. Kedua-dua antimicrobial fatty acid tersebut memberikan bayi yang disusukan perlindungan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan herpes,  bacteria seumpama Chlamydia dan heliocobater, serta protozoa seperti giardia lamblia.

 Paras kandungan antimikrobial  fatty acids tersebut  mungkin serendah 3-4%  Namun apabila sesaorang ibu  yang menyusukan anak mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka.

 Mutakhir ini kajian  telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala  kandungan capric acid  akan bertambah sekitar dua kali ganda. Bagi sesetengah ibu  di beberapa negara,  paras kandungan lauric acid dan capric acid didalam susu mereka boleh mencecah sekitar 21% (bagi lauric acid) dan 6%  (bagi capric acid). Keadaan ini akan memberikan bayi mereka lebih perlindungan terhadap virus, bacteria dan protozoa. (lihat hasil kajian dalam The American Journal of Clinical Nutrition – diterbitkan pada tahun 1998).

Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka  juga akan mendapat khasiat tambahan , kerana ‘saturated fat’ yang merupakan ‘medium chain fatty acid’ dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkam  dan  ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.

 Terdapat beberapa perakuan pengguna bahawa minyak kelapa dara  membantu memudahkan mereka melahirkan anak dan dapat membantu memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin.

 

KUALITI SUSU IBU DAN MCFA

 

Susu yang kaya dengan MCFA sangat penting untuk petumbuhan dan perkembangan anak yang sehat.  Atas alas an tersebut, MCFA ditambahkan pada kebanyakan susu atau makanan bayi.  Bagaimanapun, asam lemak ini tidak persis sama dengan yang ditemukan secara alami pada air susu ibu.  Pada satu satu ketika para pengeluar susu akan menggunakan minyak kelapa atau minyak kernel sawit asli.  Namun minyak medium-chain triglycerides (minyak MCT) digunakan pada beberapa produk susu kerana minyak MCT merupakan produk industri yang mengandung 75 peratus asid kaprilat dan 25 peratus asid kaprat dengan sedikit asid lauric dan MCFA sebagai antimicrobial paling penting. Perbandingan asam lauric dengan MCFA lain pada minyak kelapa adalah sama dengan pebandingan yang terdapat pada air susu ibu.  Alasan MCT digunakan untuk mengganti minyak kelapa yang lebih mahal hanyalah kerana alasan ekonomi atau adanya perhatian pada kesehatan.  Walaupun  asid kaprilat dan asid kaprat itu baik, namun aia tidak sebaik asam laurat dan tidak sebagus kombinasi ketiganya, seperti yang terdapat secara alami.

 Kalau kandungan asid lemak dan kualiti susu dapat diubah, maka bagaimana dengan air susu ibu.  Air susu ibu tidak diragukan lagi sebagai pilihan makanan paling baik untuk bayi.  Namum tidak semua air susu ibu sama kualitinya kerana ia banyak dipengaruhi oleh kesehatan ibu.  Kalau ibu tidak makan bahan yang berkhasiat, tubuh akan mengambil dari jaringannya sendiri.  Kalau ibu kekurangan bahan berkhasiat yang penting, maka susu yang dihasilkannya juga akan kurang.  Sebaliknya kalau ibu makan makanan yang mengadungi racun (seperti asid lemak trans) susunya akan mengandung racun juga.  Oleh itu makan makanan dengan bijak sangat penting bagi wanita yang hamil dan yang menyusui bayinya.

 Kelenjar susu menghasilkan sedikit MCFA sebagai komponen utama pada air susu ibu.  Hikmah mengapa MCFA ada didalam susu ibu adalah kerana sistem pencernaan bayi yang belum matang akan mudah  menyerap dan menggunakannya.  Ia memberi bahan berkhasiat dan tenaga terhadap bayi, yang diperlukannya untuk membesar dan berkembang dengan baik. MCFA juga mempunyai sifat antimikrobial yang memberikan perlindungan kepada bayi terhadap virus seperti HIV dan herpes, bakteria seperti Chlamydia dan H. Pyrolis, kulat seperti candida dan protozoa seperti giardia.

  Penelitian pada binatang mahupun manusia telah menunjukkan bahwa MCFA menjadi komponen sangat penting dalam air susu ibu untuk pertumbuhan dan perkembangan keturunan dengan baik dan benar. Adalah diakui bahawa sememangnya terdapat perbezaan nyata diantara makanan yang mengandungi LCFA (minyak sayur) dengan makanan yang mengandungi MCFA (minyak kelapa) dalam  kelangsungan hidup dan kadar pembesaran. Bayi yang ibunya menerima MCFA membesar lebih cepat, lebih sehat dan mempunyai kadar kelangsungan hidup sebesar 68 peratus berbanding dengan 32 peratus.  Hal ini berlaku terutama bagi bayi yang lahir kekurangan berat badan.

 Terakhir satu kajian yang melibatkan seramai 46 bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang sangat rendah, mengesahkan  bahawa minyak kelapa apabila ditambahkan pada makanan mereka mendapati mereka mendapat tambahan berat badan dengan kadar lebih cepat. Yang menakjubkan penambahan berat badan adalah dihubung-kaitkan dengan pertumbuhan fisik bukan kadar penyimpanan lemak.  Kesimpulannya dengan mengkonsumsi minyak kelapa dalam makanan mereka bayi, berat badan mereka bertambah lebih cepat dan mereka mampu mencernanya  dengan baik. Sedangkan minyak sayur akan hanya melalui saluran pencernaan tanpa dapat dicerna yang akhirnya sehingga tidak dapat memenuhi keperluan zat yang diperlukan untuk perkembangan.  MCFA tidak hanya memudahkan bayi menyerap lemak yang diperlukankan namun ia juga memperbaiki penyerapan vitamin, mineral dan protein yang boleh dilarutkan oleh lemak.

 Lemak pada air susu ibu mempunyai komposisi asid lemak yang unik.  Komponen utamanya adalah lemak jenuh, yang terdiri sekitar 45-50 peratus kandungan lemak total.  Lemak lain yang paling banyak adalah mono-takjenuh yang menyusun sekiktar 35 peratus lemak susu.  Lemak poli-takjenuh terdiri hanya 15–20 peratus dari lemak total.  Lemak jenuh pada air susu ibu berada dalam bentuk MCFA.  Sayangnya, banyak ibu yang hanya menghasilkan sedikit air susunya, sehingga dapat menimbulkan kesan yang  tidak baik pada kesehatan anak.

Kalau air susu tidak mengandung  cukup MCFA, bayi biasanya menderita kekurangan zat  dan menjadi rentan terhadap penyakit menular.  Maka air susu ibu harus mengandung sebanyak MCFA yang dihasilkan oleh alam.  Hal ini dapat dilakukan dengan diberi banyak makanan yang mengandungi MCFA. Ibu yang menyusui akan menghasilkan susu yang kaya dengan bahan zat yang dapat meningkatkan kesehatan.  Kalau susu lembu dan produk hasilan dari susu lainnya hanya mengandung sedikit MCFA, makanan yang paling kaya dengan MCFA adalah minyak tropika, terutama sekali minyak kelapa.

 Asam lemak sebagai antimikrobial adalah cukup rendah, hanya sekitar 3 peratus, namun apabila ibu yang menyusui memakan produk kelapa seperti kelapa parut, santan, minyak kelapa dan lain-lain maka kandungan MCFA dalam susu akan meningkatg secara signifikan.  Misalnya, memakan 40 gram (sekitar 3 sendok makan) minyak kelapa setiap kali makan secara teratur dapat menambah asid laurat pada ibu yang menyusui dari 3.9 % sampai 9.6 % setelah 14 jam.  Kandungan asid kaprilat dan asid kaprat juga bertambah.  “Ini memberikan manfaat penting”; kata Mary G, Enig, Ph.D, seorang ahli ilmu kimia lipid dan Fellow of the American College of Nutrition,  “Air susu telah  meningkatkan jumlah antimicrobial pelindung asid laurat dan asid kaprat, yang memberikan perlindungan lebih besar terhadap bayinya.  “Kalau ibu mengkonsumsi minyak kelapa setiap hari pada saat menyusui, kandungan MCFAnya akan lebih besar.  Persiapan ibu sebaiknya dimulai sebelum bayi dilahirkan.  Wanita hamil menyimpan lemak yang selanjutnya akan digunakan untuk menghasilkan susu.  Setelah bayi dilahirkan asid lemak yang disimpan di dalam tubuh ibu dan juga dari makanan harian akan digunakan dalam produksi susu.  Kalau ibu terus mengambil MCFA dengan banyaknya, terutama asid laurat dan asid kaprat (dua bentuk MCFA (sebagai antimicrobial), maka susunya akan memberi manfaat maksima terhadap bayinya.

 Kalau ibu tidak mengambil makanan yang mengandungi MCFA dan tidak makan pada saat menyusui, maka kelenjar susu hanya akan mampu menghasilkan sekitar 3% asid laurat dan 1% asid kaprat.  Akibatnya bayi akan kehilangan nutrisi dan juga perlindungan antimikrobial.

  up

 

Minyak Kelapa Dara Pure amat sesuai untuk bayi anda.

  Minyak Kelapa Dara Pure ini sangat sesuai bagi kegunaan luaran bayi anda yang berumur dari 1 hari hingga 6 tahun. Bahagian yang penting yang perlu disapu ialah kepala (rambut ), sendi-sendi, punggung dan bahagian yang mudah terkena serangan ruam lampin, kerengsaan kulit,  juga bahagian leher dan dada bayi, (bahagian yang mudah mendapat ruam susu), kulit kering dan melecet. Anda tidak perlu bimbang kerana Minyak Kelpa Dara Pure ini tidak mengandungi sebarang toksin ataupun bahan kimia dan tidak merbahaya jika terkena mata bayi anda. Kandungan tinggi, sekitar 50% lauric oil dan capric oil yang terdapat dalam Minyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit bayi anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit (sehingga connective tissue) dan membunuh segala virus, bakteria dan protozoa. Kulit bayi anda akan kelihatan sihat, lembut dan segar selalu. Sebaiknya gunakan minyak ini setiap kali selepas memandikan bayi anda atau selepas menukar lampin  bagi mencegah kudis dan ruam pada bayi. (klik komen pengguna)
 
Kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun (1 sudu teh 2X sehari )
Bagi yang berumur 13 hingga 100 tahun (2 sudu teh 2X sehari )

 

 

Bagi kanak-kanak yang berumur diantara 7 hingga 12 tahun boleh menggunakan minyak ini untuk kegunaan luar dan dalam badan. Di mana ia sesuai untuk diminum 1 sudu teh selepas sarapan pagi dan selepas minum petang. Manakala bagi mereka yang berumur 13 hingga 100 tahun anda disarankan meminum 2 sudu teh selepas sarapan pagi dan 2 sudu teh selepas minum petang. Minyak ini akan bertindak membantu menguatkan sistem imunasi tubuh dengan keupayaan tubuh menukar lauric asid dan capric asid kepada monolaurin dan monocaprin yang bertindak membunuh virus, bakteria dan protozoa dengan cara ia menghancurkan lapisan lipids dan phospholipids virus tersebut. 'Saturated fat' yang terdapat dalam minyak kelapa dara adalah jenis 'medium chain fatty acid'. Dalam tubuh ia dihantar terus ke liver dimana ia terus diubah kepada tenaga, berbanding lain-lain jenis fat yang disimpan didalam sel tubuh (sebagai lemak badan)  Dengan lain perkataan ia lebih mudah dihadamkan dan dipergunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga. Anda akan lebih bertenaga dan kekal cergas.

Minyak Kelapa Dara Pure juga amat sesuai dijadikan sebagai losyen pada kulit untuk setiap peringkat  umur, tanpa mengira usia. Menurut Dr Joseph Mercola (pengarang Total Health Program) dan Rachael Droege (kedua-duanya merupakan pakar kesihata). Kandungan lauric oil dan capric oil yang terdapat sekitar 50% dalam MInyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit dan membunuh segal virus, bakteria dan protozoa. Penggunaan minyak kelapa dara sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia bukan sahaja menghalang pembentukan radikal bebas yang membinasakan, serta bertindak melindungi dari tindakbalas  radikal bebas tersebut malah ia juga mampu mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan masalah kulit lain yang disebabkan oleh factor penuaan dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari. Minyak kelapa dara mampu mengekalkan tisu ‘connective’ kulit menjadi kuat dan lembut, dimana ia membantu menghalang kulit dari kendur dan berkedut. Dalam keadaan tertentu ia mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit. Minyak kelapa dara bukan sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki kulit, dan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit anda dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati. Minyak kelapa  dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’. Jika anda inginkan kesan pemulihan maksima, anda perlu memilih minyak yang benar-benar berkualiti, bebas dari sebarang bahan kimia, tidak dinyah warna serta tidak terhidrogen. Kesemuanya ini terdapat dalam minyak kelapa dara.

 

Menghilangkan kesan rekahan pada perut selepas bersalin dengan berkesan.

 

Kandungan lauric oil dan capric oil yang terdapat sekitar 50% dalam MInyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit dan membunuh segala virus, bakteria dan protozoa. Penggunaan minyak kelapa dara sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia bukan sahaja menghalang pembentukan radikal bebas yang membinasakan, serta bertindak melindungi dari tindakbalas  radikal bebas tersebut malah ia juga mampu mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan masalah kulit lain yang disebabkan oleh faktor penuaan dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari. Minyak kelapa dara mampu mengekalkan ‘connective tissue’ kulit menjadi kuat dan lembut, dimana ia membantu menghalang kulit dari kendur dan berkedut. Dalam keadaan tertentu ia mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit, membantu melega dan menyamankan gejala ekzema, psoriasisn serta jangkitan kulat. Minyak kelapa dara bukan sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki kulit, dan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit anda dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati. Minyak kelapa  dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’.

Penggunaannya sangat mudah. Sapukan Minyak Kelapa Dara pure setiap hari pada perut atau mana-mana bahagian kulit yang berkedut, muka berjeragat dan bahagian tumit merekah setiap hari atau mana-mana bahagian yang perlu. Amalkan sehingga 6 bulan, InsyAllah kulit anda akan kembali licin dan segar. Perkara ini telah dilalui oleh isteri saya sendiri di mana kami telah berjumpa pakar sebelum ini untuk menghilangkan kesan parut pada betis, peha dan perut. Disebabkan kos yang mahal dan perlu menjalani pemeriksaan setiap bulan disamping terpaksa membeli ubat krim sapu, akhirnya kami berhenti separuh jalan sahaja. Setelah saya mengetahui kehebatan minyak kelapa dara ini, saya menjalankan percubaan untuk mengunakannya dengan sabar. Alhamdulilah kini perubahan yang sangat ketara berlaku pada isteri saya dan kami terus menggunakannya sehingga pulih sepenuhnya.

 

Memulihkan retak pada tumit kaki

  Minyak kelapa dara bukan sahaja mampu memulihkan kulit yang dijangkiti penyakit, tetapi berkemampuan juga memulihkan dan memperbaiki kulit yang rosak. Keadaan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia mengandungi khasiat penjanaan semula dan pelembab yang berperanan menyembuhkan kulit, mengembalikan keremajaan pada kulit dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati, . Minyak kelapa  dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’, amat berkesan terutama pada tumit yang merekah, kematu dan keras.
 

Kelebihan apabila disapu pada kulit kepala dan rambut.

 

Kelemumur pada kulit kepala dan rambut sangat merimaskan, gatal dan berbau tidak menyenangkan. Lebih malang lagi kelimumur akan mengakibtkan rambut kita kurang sihat dan sekiranya berterusan ianya akan menjejaskan kesuburan akar rambut. Akibatnya rambut kita akan menjadi kurus dan akhirnya gugur dan kesudahannya menjadi botak. Inilah yang berlaku kepada diri saya sendiri. Disebabkan masalah inil saya berusaha mencari penawarnya, sehingalah saya bertemu seorang rakan dimajlis rewang kenduri yang botak licin satu ketika dahalu tetapi sekarang tumbuh terpacak sedikit. Dia memberi tahu saya supaya mengunakan minyak kelapa yang beliau pakai. Pada ketika itu kami tidak mengetahwi yang itu ialah minyak kelapa dara sehinggalah saya menghadari hari terbuka di Mardi. Bila saya melihat Minyak Kelapa Dara keluaran Mardi dan bertanyakan spesifikasi barulah saya tahu minyak yang saya pakai itu ialah Minyak Kelapa Dara. Bermula dari saat itu saya terus mengkaji dan belajar menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang lebih berkualiti yang sekarang ini saya namakan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli. Memang benar ia sangat mujarab untuk masalah kelemumur dan keguguran rambut di sebabkan kandungan lauric asid , capric asid dan berbagai lagi jenis fatty asid yang bertindak membunuh kulat kelemumur dan meresap jauh kedalam kulit kepala untuk merawat sel-sel yang rosak. Alhamdulilah hasilnya sangat memuaskan dan kini ianya menjadi minyak rambut, muka dan minuman saya setiap hari.

  • Membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala.
  • Menghapuskan kelimumur pada kulit kepala dan mencegah dari mengalami kekeringan kulit dan seterusnya menghalang kulat kelemumur dari membiak serta rambut menjadi subur dan bertambah hitam.
  • Membantu pembentukan tisu kulit kepala dan merawatnya.
  • Melindungi kulit dari radiasi ultraviolet matahari.
  • Menyuburkan kulit kepala dan rambut dari gugur. up
 

RAWATAN RAMBUT

 

 Apa yang dilakukan minyak kelapa dara terhadap kulit boleh juga dilakukan untuk rambut. Minyak kelapa dara boleh digunakan sebagai kondisioner  rambut yang baik. Pakar kecantikan telah mengenal minyak kelapa dara dan mereka memperakui bahawa minyak kelapa dara ini dapat memberikan kesan efektifnya seperti kondisioner rambut di salun perawatan yang bernilai diantara RM 40 hingga RM 50. Sedangkan dengan minyak kelapa dara ia boleh dilakukan dirumah dengan kos yang terlalu murah. Manfaat lain dalam menggunakan minyak kelapa sebagai kondisioner rambut adalah kerana ia akan membantu mengendalikan kelemumur.

 

Uji kaji keanjalan kuit.

 

Pada saat usia semakin meningkat, keanjalan kulit semakin berkurangan. Kulit menjadi keras dan berkerut, ini merupakan faktor penuaan dan kemerosotan fungsi kulit. Perubahan fizikal kulit menjadi semakin ketara menjelang usia 45 tahun.

Seperti yang anda sedia maklum kulit merupakan organ homeostasis ( pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar.). Kulit terdiri dari 2 lapisan iaitu lapisan epidermis ( luar ) & lapisan dermis ( dalam). Kulit berfungsi  sebagai  

  • Perlindungan
  • Mencegah dehidrasi ( gangguan dalam keseimbangan cairan dalam tubuh)
  • Rangsangan luar
  • Menyimpan lemak
  • Sintesis Vitamin D
  • Menghasilkan bau dan penyamaran
  • Kawalaturan suhu

Eksperimen ini menunjukkan pendekatan beberapa peringkat umur secara fungsional kulit yang terbentuk sebagai hasil kemerosotan  radikel bebas. Lakukan eksperimen ini dan perhatikan kedaan kulit kemudian bandingkan dengan usianya. Uji sama ada kulit berfungsi secara fungsional lebih muda atau lebih tua dibanding usia biologis.

Cuba cubit kulit di bawah lengan dan tahan selama 5 minit. Kemudian lepaskan dan hitung masa yang diperlukan untuk ianya rata kembali. Semakin cepat waktunya, semakin muda usia fungsional kulit.

Uji kaji keanjalan kulit

Waktu (masa)

Usia Fungsional (tahun)

1-2

20-30

3-4

30-44

5-9

45-50

10-15

60

35-55

70

56 atau lebih

70 ke atas

Sekiranya ingin mencegah degenerasi(kemerosotan) dan inginkan keremajaan kulit , gunakanlah minyak kelapa dara untuk menggantikan krim & lotion. Uji kaji yang di buat terhadap seorang yang berusia 50 tahun mendapati kulitnya rata semula hanya dengan mengambil masa 1-2 saat selepas menggunakan minyak kelapa dara.

 

MINYAK  KELAPA MELINDUNGI dan MENYEMBUHKAN KULIT

 

Adalah dimaklumi bahawa losyen ideal adalah losyen yang tidak hanya memperlembut kulit, namun melindunginya terhadap kerusakan, meningkatkan penyembuhan dan memberinya penampilan yang lebih muda, dan sehat. Minyak kelapa dara memenuhi kriteria tersebut. Minyak kelapa dara merupakan losyen kulit alami yang tersedia yang dapat mencegah pembentukan radikal bebas perusak dan memberikan perlindungan terhadap radikal. Keupayaannya sehingga boleh membantu mencegah kulit dari pertumbuhan jeragat dan kerusakan lain yang disebabkan oleh penuaan dan terkena cahaya matahari yang berlebihan. Ia membantu menjaga jaringan connective agar tetap kuat dan longgar sehingga kulit tidak mengendur dan berkedut. Bahka