desaku_bioasli@yahoo.com

+603-3224 8721

No. 15 Jalan PPSL 1, Pusat Perniagaan Sungai Lias, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan

Promosikan Web Refferal Anda...KLIK DISINI...

Utama     Syarikat     Produk     Daftar Keahlian     Beli Online     Usahawan Online     Pelan Pemasaran     Berita & Aktiviti     Stokis     Hubungi Kami         

 
 

Lupa Katalaluan?

 

 
     

Pilih Bahasa :

BM

EN

 
 
 

PENGENALAN HERBA TEMULAWAK

       
  Nama Tempatan : Temu Lawak  
  Nama Saintifik : Curcuma Xanthorrhiza  
  Nama Lain

: Rhizoma Curcuma Xanthorrhizae, Shu Kuat Keung Wong (kantonis), Giant Curcuma, False Turmeric, Temu Lawak, Temulawak, Dilaw, Dilao, Temu Putih

 
  Famili : Zingiberaceae  
  Lokasi Dijumpai : India, Selatan China, Afrika dan Asia Tenggara  
 

Temulawak (curcuma xanthorrhiza roxb) adalah tanaman asli Indonesia yang mengandungi kurkuminoid dan minyak atsiri yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dari berbagai penyakit. Di Jawa Barat, rimpang temulawak lebih dikenal sebagai "Koneng Gede"  dikatakan jauh lebih berkhasiat dari ginseng.

Tingkat kesesuaian persekitarannya cukup tinggi, boleh tumbuh di daerah dengan taburan hujan setinggi 1500 – 400 mm setahun, di berbagai macam jenis tanah pada ketinggian 5 – 1500 meter dari paras laut.

Tumbuhan ini hampir menyerupai kunyit, mempunyai bau yang wangi pada keseluruhan tumbuhan terutama rizomnya. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter dan biasa didapati di kawasan belukar yang tidak terlalu tebal. Bila dimakan ada sedikit rasa pahit dan manis, mengandungi sebatian volatile oil (6-11%), curcuminoids (62%) dan kanji (starch) (30-40%). Tumbuhan ini membiak melalu pecahan rizom dan sukakan tempat yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada cahaya matahari. Temulawak banyak digunakan dalam pembuatan kosmetik hari ini kerana ia dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar masalah sakit puan bagi wanita. Temulawak boleh di jadikan ubat, samada dalam bentuk tunggal mahupun campuran.

 

 

TEMULAWAK DAN KUNYIT

 

Disamping sebagai ubat tradisional, temulawak dan kunyit di gunakan juga untuk rempah-rempah, makanan, minuman, kosmetik , dan zat pewarna terutama pewarna makanan.

Bahkan ia boleh dijadikan sebagai salah satu tanaman ekspot yang cukup berpotensi. Temulawak dan kunyit telah lama diketahui mengandung kandungan kimia yang mempunyai keaktifan fisiologi, iaitu kurkuminoid dan minyak atsiri.

Kurkuminoid berwarna kuning . Sedangkan minyak atsiri berbau dan berasa yang khas.

Kadar kurkumin dan minyak atsiri kedua tanaman tersebut berbeda. Kandungan minyak atsiri pada rimpang kunyit adalah 2-7% manakala rimpang temulawak 3-12%.

Dari komposisi tersebut terlihat bahawa kandungan minyak atsiri dalam temulawak lebih banyak, sementara kandungan kurkumin lebih banyak dalam kunyit.

Sedangkan untuk kurkuminoid, dalam rimpang kunyit sebanyak 3-5%, manakala temulawak 1-2%. Untuk mengekalkan kadar tersebut pemanasan boleh dilakukan hanya pada suhu 50-55 C, supaya tidak merosak zat aktifnya dan untuk mendapatkan warna yang baik dari kurkuminoid.

 

 

PENANAMAN

 

Pada umumnya penanaman temulawak ketika ini masih tidak dilakukan secara besar-besaran.

Untuk memenuhi keperluan temulawak ketika ini masih bergantung kepada sumber dari hutan yang tumbuh liar. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil peristiwa tragis menghilangnya beberapa spesies jenis kayu , terjadi juga pada temulawak.

Ini terbukti jumlah temulawak liar di Nusantara, sudah banyak berkurang dibandingkan beberapa puluh tahun lalu. Maka usaha penanamannya secara intensif sudah semestinya perlu dilaksanakan segera.

Demikian pula kegiatan inventarisasi, penelitian – penelitian biologi, fitokimia, farmakologi, serta teknologi penanamannya perlu dilanjutkan dan ditingkatkan.

Sebagai perbandingan hasil tuai temulawak yang dilakukan  secara ala kadar, untuk tanah yang subur mencapai 4-5 ton sehektar, dan yang kurang subur hanya mencapai 2-3 ton sehektar. Ditanah yang subur dan penanaman dilakukan dengan cukup baik, hasilnya boleh mencapai lebih dari 100,000 ton kering setahun.

 

 

KANDUNGAN KIMIA

 

Temulawak mengandungi komponen berkhasiat, seperti  kurkuminoid & minyak atsiri (3-12%). Pati temulawak terdiri daripada abu, protein, lemak, karbohidrat, serat kasar, kurkuminoid, kalium, natrium, kalsium, magnesium, besi, manganese & kadmium. Pati rizom temulawak dapat dikembangkan sebagai sumber karbohidrat yang digunakan untuk bahan makanan atau campuran bahan makanan.

 

 

SIFAT & KHASIAT

 
Rizomnya berbau tajam, rasanya pahit dan agak pedas. Temulawak mempunyai khasiat laktoga, kaloga, antiinflamasi, tonikum dan diuretic.
 

 

KEGUNAAN

 
Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti:
 
1.   Rheumatik dan kesakitan pada otot.
2.   Ubat demam( anti-pyretic)
3.   Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang
4.   Penyakit kulit
5.   Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
6.   Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
7.   Berak berdarah (bloody diarrhea) dan disentri. Juga merawat masalah sembelit
8.   Batuk dan demam pada kanak-kanak.
9.   Masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada vagina.
10. Penyakit kencing manis.
11. Gastrik dan gas berlebihan
 

Temulawak sangat berkesan untuk merawat penyakit liver. Dalam beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa pesakit hepatitis yang mengambil temulawak, 3 kali sehari secara berterusan selama 3 bulan, menunjukkan penurunan paras SGOT dan SGPT. SGOT dan SGPT adalah satu bentuk kaedah untuk mengukur tahap penyakit melalui ujian darah.  Temulawak mampu melindungi liver daripada virus yang menyebabkan jaundice, hepatitis dan beberapa penyakit liver yang lain.

 

 

CARA PENGGUNAAN

 

Diantara cara penggunaannya ialah dengan mengambil 3-9g rizomnya yang segar(kering 1-5 g) dan direbus seketika supaya minyak sarinya tidak hilang dan rizomnya dimakan setiap kali sebelum makan. Ini juga akan melancarkan penghadaman makanan. Selain itu ia juga dikatakan dapat menjadi ubat pada kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan (peringatan : jangan sesekali menggunakan tumbuhan ini ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan contraction rahim dan boleh membawa kepada keguguran janin diperingkat muda kehamilan). Kegunaan yang berlarutan (dalam masa yang panjang) mungkin akan menyebabkan ulser pada usus.

 

 

TEMULAWAK DAN PENYEMBUHAN HEPATITIS

 

Di kebanyakan negara, hepatitis atau penyakit hati menduduki tempat ketiga sebagai penyebab kematian setelah penyakit infeksi dan paru-paru. Kebiasaan disebutkan virus hepatitis B, yang yang lazimnya berlaku sangat tinggi, sekitar 2,5 – 19,5% . Bahkan untuk penduduk Pulau Jawa mencapai 34,5%.

Secara hitung panjang sekitar 5% penduduk Indonesia atau sekitar 8 juta orang terinfeksi hepatitis B. Di negara lain seperti Amerika Utara dan Eropah Barat, lazimnya sekitar 0,1 – 0,5%. Kini di Pulau Raya Lautan  Atlantik  kadarnya mencecah 50% dari jumlah penduduk dilapurkan sebagai pembawa.

Penyakit Jantung Koroner

Disamping sebagai ubat hepatitis, temulawak, terutama zat kurkuminoidnya , dapat meningkatkan kadar HDL (lipoprotein berat jenis tinggi yang berguna untuk mencegah penyakit jantung koroner).

Fungsi lainnya, dapat merangsang sekresi hempedu, pankreas, sebagai zat anti peradangan, dan menurunkan tekanan darah.

Dalam menurunkan tekanan darah, Gunster, pengkaji dari Belanda, melaporkan penelitiannya pada 5 ekor kucing percubaan dengan suntikan intravena dari temulawak sebanyak 1% yang dilarutkan dalam garam NaCl . Ternyata dapat menurunkan tekanan darah kucing tersebut, meskipun mekanisma yang pasti masih belum jelas.

Penelitian Gunster lainnya, temulawak dapat menyebabkan kontraksi uterus. Oleh karena itu dianjurkan agar ibu hamil berhati-hati menggunakannya kerana dos yang pasti belum jelas.

 

 

TEMULAWAK DAN KANSER PAYUDARA

 

Khasiat temulawak lebih banyak dari ginseng. Temulawak memiliki lebih dari 100 komponen, sementara ginseng terbatas. Komponen aktif kurkuminoid dan beberapa komponen minyak atsiri berkhasiat sebagai antioksidan, antiinflamasi (antiperadangan), antibakteri, antihepatotoksik (anti liver), antikolesterol, antikanser dan anti platelet agregasi (pembekuan darah yang bisa menyebabkan stroke). Sementara salah satu komponen minyak atsiri yang dikandungnya, yakni xanthorrhizol adalah antikanser, terutama kanser payudara.

Aktiviti imunomodulator dari kurkumin (salah satu kandungan dalam kurkuminoid) juga dapat meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit.

Hasil penelitian membuktikan temulawak tidak memiliki kesan sampingan seperti obat anti inflamasi kimia yang harganya jauh lebih mahal. Konsumsi temulawak secara rutin, juga dapat melancarkan darah sehingga baik untuk mencegah stroke.

Untuk penggunaan langsung, temulawak dapat diminum dengan cara direbus atau dijadikan jus dengan ditambahkan madu, limau nipis atau asam. Kadar yang dianjurkan adalah 2 gram temulawak, walaupun demikian penggunaan sehingga 6 gram masih dapat bermanfaat.

Penggunaan temulawak bagi sesetengah penduduk Malaysia telah diwarisi secara turun temurun. Hasilnya mereka lebih sehat. Sementara itu, penyelidikan mengenai manfaat temulawak telah banyak dilakukan. Dengan terdapatnya bukti-bukti ilmiah tersebut diharapkan dapat meningkatkan penerimaan masyarakat terhadap obat tradisional ini.

Secara umumnya manfaat temulawak dapat dibahagikan kepada tujuh bahagian, iaitu memperbaiki nafsu makan, memperbaiki fungsi pencernaan, memelihara kesehatan fungsi hati, mengurangi nyeri sendi dan tulang, menurunkan lemak darah, antioksidan dan membantu memelihara kesehatan serta menghambat penggumpalan darah.

Minum Rebusan Temulawak Untuk Reumatik

Sebahagian masyarakat di Nusantara mengamalkan meminum rebusan temulawak segar yang dicampur  dengan asam jawa atau perahan limau nipis. Minuman ini mereka jadikan sebagai alternatif atau ganti kepada minuman teh.

 

 

SENARAI HERBA ASLI TEMPATAN

 

 Stevia

 Mahkota Dewa
 Lidah Jin
 Hempedu Bumi
 Sambung Nyawa
 Membara Merah
 Kunyit Hitam
 Pegaga
 Akar Haji Samad
 Temulawak
 Kunyit Putih
 Ubi Jaga Gunung
 Kapulaga
 Sireh
 Rancang Besi
 Dukung Anak
 Ulam Raja
 Rancang Tembaga
 Manjakani
 Kacip Fatimah
 Gandarusa
 Kayu Manis
 Kucing Galak
 Cakar Ayam
 Tongkat Ali
  - Tongkat Ali Putih
  - Tongkat Ali Hitam
  - Tongkat Ali Merah
  - Tongkat Ali Hijau
 Ubi Jaga
  - Ubi Jaga Biasa
  - Ubi Jaga Dedawai Besi
   
 

Nota : Segala info yang dikongsikan di laman web ini hanya sekadar pengetahuan umum serta untuk tujuan pembelajaran sahaja. Kami tidak menjual sebarang bahan mentah herba ini. Harap Maklum.

 

KHIDMAT PELANGGAN
Hubungi Kami
F.A.Q
Cara Membeli Secara Online
Kaedah Bayaran
Penghantaran Produk
Jejak Item Belian Anda
TENTANG BIO-ASLI
BIO-ASLI
Misi & Visi
Carta Organisasi
Pengiktirafan
Pengarah Urusan
Pejabat & Iklan Bio-Asli
 
CAWANGAN BIO-ASLI
Shah Alam, Selangor
 
 
IKUT KAMI DI
 Facebook
 Twitter
 TVBioasli.com
 Whatsapp
 Bio-Asli Online Shop
 Portal E-Commerce
 Portal Blogbioasli
PEMBAYARAN
 
KHIDMAT PENGHANTARAN

PELANGGAN BARU BIO-ASLI?

Langgan Risalah Bio-Asli

NAMA ANDA

ALAMAT EMAIL

Anda akan menerima maklumat terkini mengenai Bio-Asli menerusi email.

 

The information on this website is not intended to diagnose, treat, cure or prevent disease or to replace a one-on-one relationship with a qualified health care professional and is not intended as alternative to medical advice or other professional healthcare provider. It is intended as a sharing of knowledge and information from the research and experience of herbal practitioner and our community. If you may be suffering from any medical condition or experiencing symptoms or health problems, you should seek immediate medical attention, consult your qualified health care professional. Never delay seeking medical advice, disregard medical advice or discontinue medical treatment because of information on this website.

MENU BIO-ASLI

 
WEB BIOASLI
www.bio-asli.com
www.bioasli.com
www.bioasli.co.uk
www.blogbioasli.com
www.tvbioasli.com
www.web.bioasli.com
www.shoponline.my
www.biorich.my
www.desaku.net
www.bioaslipromoter.com
PELAN PEMASARAN
JUTAWAN Internet
Pelan A, B, C, D
Pelan A : Produk
Pelan B : Set Produk
Pelan C : Blog & Web
Pelan D : Affiliate Global
Bonus Jualan Kumpulan
Royalti Penajaan
Automaintain Bulanan-Panduan
BioAsli Global Store-Panduan Affiliate
HADIAH WANG TUNAI
Money Pool (TUNAI) Pelan A
Money Pool (TUNAI) Pelan B
Money Pool C : Setiap Minggu
Hadiah Produk Mingguan
LINK-LINK LAIN
Panduan Produk & Penyakit
Katalog Bio-Asli
Banner Iklan
Rencana Kosmo Nov. 2011
Perasmian Pejabat Bio-Asli
Minyak Kelapa Dara & H1N1
Write Up Sinar 2012
Kajian Tokotrienol - MKD
Pelbagai Herba Pilihan
CONTOH PENYAKIT UTAMA
Kencing Manis
Darah Tinggi
Sakit Jantung
Buah Pinggang
 
Nyanyuk
Sakit Kulit
Sakit Sendi
Kanser
 
Ketone Asid
Radikal Bebas
Tocopherol
Tocotrienol
 

  VISITOR ONLINE: 9057 Persons

Total visitor = hidden counter

Global

Bioasli Traffic Rank in the world 

 

 
RANGKAIAN SYARIKAT

 
IBU PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3224 8721  Faks : +603-3224 2321 
Email : desaku_bioasli@yahoo.com
 
DESAKU MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1, IKS Taman Sri BNO
45200 Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3213 8046   HP: +6016-620 2284

BioAsli  ©  Copyright 2024  All Rights Reserved