|
|
|
|
|
|
Kunyit Putih |
|
|
|
Kunyit Putih
Familia :
Zingiberaceae
Nama Lokal : NAMA
DAERAH Jawa: kunci
pepet, temu rapet,
ardong (Jawa), kunir
putih (Sunda).
Madura: konce pet.
Melayu: temu putri,
t. rapet. NAMA ASING
- NAMA SIMPLISIA
Kaempferiae rotundae
Rhizoma (kunci pepet).
Penyakit Yang Dapat
Diubati : Rimpang
rasanya pahit,
sifatnya sejuk.
Berkhasiat
antiradang, peluruh
kentut (karminatif),
dan mempercepat
penyembuhan luka. |
 |
 |
| |
|
|
|
|
|
Uraian : Kunci pepet atau
kunir putih sering disebut "kunyit
putih" atau "Curcuma alba",
sebutan nama latin yang
salah. Kerana daunnya
bercorak indah dan tumbuhnya
tidak tinggi maka sosoknya
menyerupai tanaman hias
sehingga sering ditanam di
pekarangan atau di dalam
pot. Kunci pepet juga boleh
dijumpai tumbuh liar di
beberapa tempat di bahagian
timur Jawa sampai ketinggian
kurang dari 750 m dpl.
Selain digunakan sebagai
campuran jamu tradisional,
kunci pepet juga sering
digunakan untuk kosmetik
tradisional. Ada dua fase
tumbuh kunci pepet. Yang
pertama disebut fase
vegetatif, iaitu pertumbuhan
normal seperti biasa dengan
daun dan batang semu. Yang
kedua, iaitu fase generatif.
Pada fase ini yang terlihat
hanya bunga-bunganya saja.
Tanaman ini terdapat pada
dataran rendah dengan
ketinggian kurang dari 750 m
dpl. Banyak ditemukan di
Sumatera dan Jawa. Selain
itu, juga ditemukan di
India, Srilanka, dan
Malaysia. Terna tahunan
dengan tinggi 30-70 cm ini
tumbuh merumpun dengan
batang semu yang tumbuh dari
rimpangnya. Daun tunggal,
helaian daun berbentuk
lanset, panjang 20-30 cm,
lebar 7,5-10 cm, ujung
runcing, pangkal berpelepah,
tepi rata, warnanya hijau
muda dengan bahagian tengah
bercorak warna coklat. Bunga
keluar dari rimpang dengan
batang semu yang amat pendek.
Bunga boleh tumbuh
berkumpulan, sering mekar
beberapa kuntum sekaligus,
warnanya ungu muda kemerahan.
Akarnya berdaging membentuk
rimpang yang tidak terlalu
besar, iaitu seukuran telur
puyuh. Dari rimpang induk
keluar akar-akar kasar yang
ujungnya terdapat anakan
rimpang yang berair dan
tampak tumbuh berkumpulan
menutupi rimpang induk. Jika
rimpang dibelah terlihat
warnanya putih pucat,
berserat halus, dan rasanya
pahit. Jika telah keluar
bunga, menandakan rimpang
siap di panen. Umbi muda
bisa dijadikan lalap.
Perbanyakan dengan rimpang.
BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN
Bahagian tanaman yang
digunakan sebagai ubat
adalah rimpangnya.
INDIKASI Rimpang digunakan
untuk mengatasi: gangguan
pencernaan, sakit perut,
perut mulas, dan bengkak
kerana memar, terseliuh
CARA PEMAKAIAN Untuk
pemakaian luar, gunakan
parutan rimpang untuk
menurap bahagian tubuh yang
memar, terseliuh, dan bisul
yang sulit pecah. Setelah
digiling halus menjadi
serbuk, rimpang induk yang
telah dikeringkan boleh
digunakan sebagai bedak.
CONTOH PEMAKAIAN DI
MASYARAKAT Bengkak, memar,
bisul Cuci bersih rimpang
induk kunci pepet yang segar,
lalu tumbuk sampai halus.
Jika menggunakan rimpang
kering, tambahkan sedikit
air. Tampalkan hasilnya pada
bahagian tubuh yang memar
atau bengkak, lalu balut.
Mengeluarkan angin dari
perut Seduh serbuk kunci
pepet sebanyak satu senduk
teh dengan secawan air panas,
lalu tutup. Setelah dingin,
minum beningannya.
Komposisi : Rimpang
mengandung minyak asiri
berwarna kuning muda, agak
berbau, mengandung borneol,
sineol, metil khavikol, dan
saponin.
Kunyit putih diyakini
memiliki khasiat antikanser.
Meski demikian cuma kunyit
putih jenis mangga (Curcuma
mangga) yang tumbuh terbatas
di tempat yang bersuhu
dingin di Indonesia, yang
dapat mencegah atau
mengubati kanser. Kunyit
putih ini mempunyai ciri
tertentu, antara lain bintik
umbinya seperti umbi jahe
dan berwarna kuning muda (krem).
Dalam keadaan segar baunya
seperti buah mangga kuini
dan bila telah diekstrak
atau dijadikan bubuk,
warnanya tetap kuning muda (krem).
Menurut Kepala Direktorat
Pengawasan Obat Tradisional
Ditjen POM, Ketut Ritiasa,
penelitian tentang kunyit
putih telah dilakukan di
Cina sejak tahun 1988.
Kunyit putih diketahui
mengandungi minyak atsiri
yang terdiri atas curdione
dan curcumol.
Kunyit putih bersifat
antioksidan dan dapat
menahan zat radikal bebas
penyebab tumbuhnya sel
kanser serta dapat
meningkatkan sel darah merah.
"Tetapi kunyit putih
sebaiknya tidak digunakan
pada masa kehamilan kerana
dapat mengakibatkan
keguguran," ingat Ketut.
Kecil ukurannya. Tapi jangan
diremehkan khasiatnya.
Kunyit putih alias temu
putih adalah satu di antara
tanaman berkhasiat yang
boleh diolah menjadi ubat
tradisional. Bernama latin
Curcuma zedoaria, kunyit
putih merupakan tanaman
rimpang atau umbi-umbian.
Selintas tanaman ini serupa
dengan temu mangga, sebab
warnanya sama-sama putih.
Kunyit atau kunir putih juga
berbeza dengan kunyit kuning
yang berwarna kuning.
Tanaman ini bermanfaat untuk
melegakan perut yang kembung.
Bahkan sebahagian orang
menyakininya dapat mencegah
kanser. Juga ada yang
mengklaimnya sebagai ubat
kanser.
Boleh jadi ini kerana kunir
putih memiliki sifat
antikanser lewat kerja
imunomodulator-nya. Ekstrak
kedua tanaman ini pada
percubaan mencit ternyata
memperbanyak jumlah limfosit,
meningkatkan toksisitas sel
pembunuh
kanser (natural killer)
dan sintetis antibodi
spesifik. Sifat-sifat di
atas akan menguatkan
mekanisme pertahanan tubuh
terhadap virus mahupun sel
kanser. |
|
|
Kapulaga |
|
|
|
Nama
Tempatan : Kapulaga
Nama
saintifik :
Amomum cardamomum
Wild.
Kerajaan
:
Plantae
Divisi
:
Magnoliophyta
Kelas
:
Liliopsida
Order
:
Zingiberales
Familia
:
Zingiberaceae |
 |
|
|
|
|
|
|
Pengenalan
Kapulaga
merupakan sejenis pokok
herba dalam bentuk rumpun,
rizomnya seperti halia.
Rasanya agak pahit dan
bersifat hangat. Kapulaga
memiliki aroma yang wangi
sehingga orang Inggeris
menyanjungnya sebagai
grains of
paradise.
Kandungan
kimia
Kapulaga
mengandung minyak
atsiri, sineol, terpineol,
borneol,
protein,
gula,
lemak,
silikat,
betakamfer, sebinena,
mirkena, mirtenal, karvona,
terpinil asetat, dan
kersik. Aroma yang
harum berasal dari kandungan
minyak asiri yang
mengandung lima zat, iaitu:
1- Borneol
(sejenis terpena) yang
berbau
kamper seperti
yang dapat dihidu dalam
getah
pohon kapur barus
2- Alfa-terpinilasetat
yang harum seperti bau jeruk
pettigrain
3- Limonen
yang juga harum seperti bau
jeruk keprok
4- Alfa
terpinen
yang harum seperti jeruk
sitrun
5- Sineol
yang sedap agak pedas
menghangatkan seperti
minyak kayu putih.
Kombinasi bau
kamper, jeruk pettigrain,
jeruk keprok, jeruk sitrun
dan minyak kayu putih inilah
yang membentuk aroma khas
kapulaga.
Kegunaan
1. Batuk,
Influenza (Selesema)
2.
Menghilangkan Bau Badan
3. Demam Dan
Panas
4. Kejang
Perut Dan Rematik
5. Pencegah
Mual
6. Radang
Amandel (Anak Tekak), Radang
Lambung
7. Gangguan
Haid
8. Sesak
Nafas
9. Tulang
Rapuh
Nota :
Dalam dunia
ubat-ubatan biji yang telah
dikeringkan dinamakan
semen cardamomi. Selain
biji, akar, buah dan
batangnya juga digunakan
untuk perubatan.
Beberapa
kilang bahan perasa juga
mengekstrakkan minyak asiri
dari biji kapulaga menjadi
oil of cardamom yang
kemudian diisi dalam botol.
Dalam bentuk minyak ini
pula, kapulaga digunakan
untuk menyedapkan soft
drink dan ais krim
Amerika di kilangnya.
|
|
|
Sirih |
|
|
|
|
|
|
Nama Tempatan : Sirih
Nama Saintifik :
Piper Betle L.
Nama Lain :
Sirih Jawa, Betel Leaf
Famili :
Piperaceae
Divisi :
Magnoliophyta
Kelas :
Magnoliopsida
Order :
Piparales |
 |
|
|
|
Pengenalan
Sirih merupakan sejenis tumbuhan
memanjat (boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki).
Membiak melalui keratan batang dan anak yang
akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah.
Sirih selalunya dikaitkan dengan semangat pada
zaman kepahlawan melayu. Dalam upacara
pertunangan dan perkahwinan pula, sirih junjung
dijadikan kepala hantaran dan merupakan bahan
wajib bagi masyarakat melayu. Dalam perubatan
tradisional pula sirih banyak digunakan
khususnya untuk penyakit yang dikatakan berpunca
dari gangguan makhluk halus. Sirih juga
dijadikan sejenis snek oleh orang-orang tua
melayu dan india.
Kandungan Kimia
Sirih terbukti secara saintifik
mengandungi minyak sari (kadinen, kavikol,
sineol, eugenol, karvakol) ini digunakan untuk
mengubati keputihan, nafas @ badan berbau, batuk,
radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung
berdebar-debar, kemurungan, demam selepas
bersalin, air susu terlampau banyak dan sariawan.
Minyak atsiri dari daun sirih
mengandung minyak terbang (betIephenol),
seskuiterpen, pati, diatase, gula dan zat samak
dan chavicol yang memiliki daya mematikan kuman,
antioksida, antifungus dan anti kulat.
Kegunaan :
1.
Batuk
2. Sariawan
(penyakit mulut & kerongkong)
3. Bronchitis
4. Jerawat
5. Keputihan
6. Gigi Berlubang, gusi
bengkak dan pendarahan gusi
7. Demam
berdarah
8. Bau mulut
9. Haid
tidak teratur
10. Asma
11. Radang kerongkong
12.
Luka terbakar
13. Kudis, kurap kaki
14.
Bisul
dan menghilangkan gatal
15. Sakit mata
Antara kaedah penggunaan.
Untuk mengubati hidung berdarah,
cuci 2 helai daun sireh segar, digulung kemudian
dimasukkan ke dalam lubang hidung.
Untuk penyakit keputihan beberapa
helai daun sirih yang telah dibersihkan di rebus
dalam air hingga mendidih dan airnya dibiarkan
suam. Air ini digunakan untuk mencuci vagina
terutamanya setiap kali selepas kencing.
Untuk Nafas berbau pula ada dua
cara, satu cara dengan mengunyah daun sirih yang
telah dibersihkan hingga lumat dan biarkan
berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan.
Satu cara lagi ialah dengan merebus beberapa
helai daun sirih hingga mendidih, setelah itu
disejukkan dan ditapis, gunakan untuk berkumur
dua kali sehari, pagi dan malam.
Untuk gusi bengkak pula 5-6 helai
daun sirih direbus dengan 3 gelas air hingga
mendidih, setelah itu masukkan sedikit garam.
Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur
dua hingga tiga kali sehari.
Untuk menghilangkan bau badan, 2
hingga 3 helai daun sirih direbus dengan 1/2
gelas air hingga mendidih, angkat daunnya dan
masukkan gula batu sebelum diminum. Jika tidak
mahu minum airnya, kaedah lain ialah dengan
mengambil sehelai daun sirih dan di calit
sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan
pada ketiak.
|
|
|
Dukung Anak |
|
|
|
Nama Tempatan : Dukung
Anak
Nama Saintifik :
Phyllanthus Niruri
Nama Lain :
Kelek anak, meniran (Indonesia),
Bhuaionla, kiranelligida(India
Famili :
Eurphorbiacea
|
 |
|
|
|
Pengenalan
Dukung anak ialah herba semusim
yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi.
Berdaun jenis majmuk
bipinat, berwarna hijau tersusun berselang-seli
berukuran 6-10 mm, terdapat tangkai daun majmuk
yang berwarna hijau.
Berbatang licin berwarna hijau, tumbuh tegak dan
bercabang terbuka. Bunga
muncul bersendirian di bawah daun. Bract (bahagian
bawah kelopak bunga) berbentuk tiga segi,
bersisik dan setiap bract
memegang satu bunga. Ada dua jenis bunga, ia
itu jantan dan betina, kedua-duanya tersangat
kecil, berukuran hanya 1
mm panjang.
Kandungan kimia
1 - Geraniin
2 - Niruriside
3 - Phyllanthin
4 - Rutin
Kegunaan
Dukung Anak dikatakan amat sesuai
untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana
tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah
dalam badan. Untuk menggunakannya adalah mudah.
Kita hanya perlu mengambil semua sekali pokok
Dukung anak itu (kira-kira lima batang pokok)
dan membersihkannya. Kemudian tumbuk pokok itu
sampai hancur atau lumat. Masukkan ke dalam
segelas air kosong dan terus minum. Oleh kerana
rasanya agak pahit, ia boleh dicampurkan dengan
sirap, yogurt atau susu kambing. Berdasarkan
kajian saintifik, tumbuhan ini selamat untuk
digunakan dan tidak berbahaya.
Tumbuhan ini sebenarnya terkenal
di Amazon sebagai penawar penyakit karang
hempedu. Pada penghujung tahun 80-an ia dikenal
pasti mempunyai kekuatan antivirus untuk melawan
Hepatitis B termasuk mengandungi fitokimia yang
dapat mengawal sel daripada pencemaran
persekitaran. Di Malaysia, Dukung Anak digunakan
sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran.
Malah, ia turut digunakan sebagai penawar
cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea dan
sifilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan
daun mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal.
Masalah ginjal:
Air rebusan atau jus daun dan akar diminum
Batuk:
Air rebusan daun muda diminum
Luka, lebam dan luka ulcers:
Pupukan daun disapukan pada bahagian
yang berkenaan
|
|
|
Ulam Raja |
|
|
|
|
|
Keterangan:
Ulam raja (king salad) sebenarnya
adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa
ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya
yang cantik dan berwarna warni. Namun yang
selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga
yag kecil dan berwarna agak pucat (merah jambu
pucat) atau putih. Ia juga dikenali sebagai
bokok intan berayun. Boleh tumbuh hingga
mencapai ketinggian 2 meter, dan sesuai tumbuh
pada ketinggian 200 meter dari paras laut. Ia
membiak melalui biji benih yang dihasilkan
selepas bunganya matang. Tumbuhan ini berasal
dari Amerika Latin tetapi boleh didapati tumbuh
secara liar disemua negara Asean.
Kandungan kimia
Ia mengandungi 0.3 peratus
protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia
juga kaya dengan Laksium dan vitamin A. Ulamnya
mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat
tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar
mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan
2,400 miligram
L-asid askorbik. Melebihi dua puluh
jenis
bahan antioksida telah dikenal pasti
dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang
utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan
proantosianidin yang wujud sebagai
dimer, melalui
heksamer,
kuersetin glikosida,
asid klorogenik,
asid neoklorogenik,
asid kripto-klorogenik, serta
penangkap (+)-.
Kegunaan:
Ulam raja digunakan dalam
perubatan tradisional kerana khasiatnya yang
dikatakan dapat
memperbaiki
peredaran darah
dan
mencuci darah dari bahan toksid.
Ia juga dikatakan dapat menguatkan tulang.
Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja
mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein
dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan
aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti
candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga
E.choli.
|
|
|
Manjakani |
|
|
|
|
|
|
Nama Tempatan :
Pokok Manjakani (mempening)
Nama Saintifik :
Quercus infectoria Oliv
Nama Lain :
Alleppo oak,downy oak, gal oak, manjaan,
majakan,jenuri,kani,
cympsgailae
tinctoria semen (nama fasmaseutikal),
maju/majuphul
(nama ayurveda)
Famili :
Fagaceae/cupuliferae |
 |
|
|
|
Pengenalan
Manjakani ialah sejenis puru atau
benjolan yang terhasil pada kulit sesetengah
pokok seperti pokok mempening hasil dari
tidakbalas pokok terhadap serangan sejenis
tebuan (cynipsh gallae tinctoria). Serangan ini
akan menyebabkan kulit pokok bertunas, apabila
tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas
sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan
puru akan terhasil. Buah manjakani yang
berkualiti baik selalunya ialah buah yang
dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana
ketika ini peratus tanin yang tinggi akan
dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin
yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat
manjakani. Biji manjakani berbentuk bulat
berkerutu sebesar biji guli. Warna hijau
kebiruannya akan berubah menjadi kelabu atau
putih apabila ia kering,dalamnya berwarna putih
kekuningan.
Di Malaysia ia biasa dihasilkan
oleh pokok mempening. Mempening ialah sejenis
tumbuhan renek dan selalunya mempunyai
ketinggian sekitar 1.8 meter. Daun mempening
menyerupai daun ubi kayu manakala batangnya
tumbuh bersilang licin, berbentuk bulat dan
berwarna hijau muda. Manjakani telah digunakan
secara meluas dalam perubatan tradisional
masyarakat Arab, India, China dan Malaysia.
Menurut kajian manjakani yang terbaik dikenali
sebagai “Mecca Manjakani” atau “Allepo Manjakani”
Kandungan kimia
Manjakani kaya dengan Tannin,
Vitamin A & C, Kalsium & Gallic Asid, Fiber,
Protein & Karbohidrat. Selain itu, manjakani
juga mengandungi unsur yang berkaitan dengan
ubat penggerut kulit, anti-kuman & anti radang.
Biji manjakani mengandungi 50-70
% tanin dan 3 % gallic asid. Biji manjakani
terbaik dikatakan berasal dari daerah Aleppo
Syria.
Kegunaan @ Khasiat
1.
Awet Muda – Anti oksidan dalam
manjakani dapat mengurangkan proses penuaan.
2.
Pencegahan Diabetis - Gallic Acid
dapat membantu mencegah diabetis & asma.
3.
Pencegahan dari kanser serviks
dan payu dara
4.
Pencegahan dari bau yang kurang
menyenangkan / keputihan (kandungan estrigent
dalam manjakani membantu menyingkirkan jangkitan
bakteria, ragi dan fungus yang mendatangkan bau
kurang menyenangkan di kawasan intim).
5.
Menyembuhkan tisu vagina (tannins
dalam manjakani dapat menegangkan otot faraj dan
melawan kehilangan keanjalan kulit selepas
kelahiran bayi, proses penuaan dan pertukaran
hormone).
6.
Mengurangkan lebihan mukus,
membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah
dan memberi tenaga.
7.
Kecantikan kulit & mencegah
jerawat
8.
Kesihatan mata-memperbaiki tahap
penglihatan
9.
Rawatan Payudara
-tabiat meminum manjakani dapat
mengembalikan keanjalan payu dara.
10.
Rawatan tulang & gigi
-kalsium dalam manjakani dapat
menguatkan gigi dan tulang
11.
Memelihara kebersihan mulut
12.
Mencegah dari kulit kering dan
berminyak
13.
Merawat barah kronik
14.
Kaya dengan vitamin
15.
Mujarab untuk merawat luka
dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk
luka luaran
Untuk kegunaan luaran buah
manjakani boleh diasah pada belakang pasu dan
bubuk yang terhasil ditampal pada luka. Asid
galik yang terdapat didalamnya juga boleh
digunakan untuk merawat kencing manis dan
asma,
membantu melawaskan pembuangan air besar kerana
mengandungi kandungan serat yang tinggi.
Di setengah tempat, bijinya yang
telah direbus dan dikeringkan dan dikisar hingga
menjadi tepung dan dijadikan bahan untuk
memekatkan rebusan dan sup dan juga di campur
bersama tepung gandum dan dijadikan roti.
Bijinya yang telah dipanggang dan dikisar boleh
dijadikan minuman untuk menggantikan kopi. |
|
|
|
|
|
Kacip Fatimah |
|
|
|
|
|
|
Nama
Tempatan
:
Kacip Fatimah
Nama
Saintifik :
Labisia Pumila
Nama
Lain :
Mata Pelanduk hutan
Famili
:
Myrsinaceae
Lokasi
dijumpai :
Malaysia, Thailand, Indochina |
 |
|
|
|
Pengenalan
Kacip fatimah adalah sejenis
tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia
biasanya tumbuh liar di hutan hujan tropika pada
ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut.
Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji
benih dan keratan akar. Tumbuhan ini dapat
tumbuh dengan sempurna dikawasan yang redup
dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang
tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi
yang biasa dijumpai di Malaysia ialah, Labisia
pumila var. Alata, L. Pumila var. Pumila dan L.
Pumila var. Lanceolata. Daunnya berwarna hijau
dan mempunyai buah bertangkai warna merah di
bahagian pangkal batangnya.
Kegunaan:
Ia dikatakan dapat mempercepatkan
proses kelahiran bayi disamping dapat
mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
Selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu
mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip
fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan
pengeluaran hormon yang dapat melancarkan
perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga
dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin
ialah dengan merebusnya ( satu pokok termasuk
daunnnya ) kedalam seperiuk air (seeloknya
periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh
digunakan untuk mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile)
dengan cara merebus akarnya yang telah
dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk
merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism),
Gonorrhea.
|
|
|
|
|
|
Kayu Manis |
|
|
|
|
|
|
Nama Tempatan : Kayu
Manis
Nama Saintifik :
Cinnamomum Zeylanicum
Nama Lain :
Cinnamon, Ceylon Cinnamon, Gui, Gui
Zhi(China), Cassia ,Wood
Famili :
Lauraceae |
 |
|
|
|
Keterangan:
| | |