|
|
|
|
|
|
|
MUKADDIMAH
Kawasan sekitar Masjid
Kampung Sungai Tengar suatu
waktu dahulu adalah
merupakan bekas penempatan
sekolah agama pengajian
berkitab cara lama iaitu
mirip seperti pengajian
pondok yang diasaskan
sendiri oleh Kiyai Hj
Ma’asom dengan dibantu oleh
ramai guru-guru tempatan
yang terdiri daripada
pelajar-pelajar dari dalam
dan luar daerah. Berdirinya
sebuah bangunan kayu
setingkat dengan riuh rendah
suara anak-anak mengaji ,
membaca dan menghafaz segala
macam ilmu termasuk Al-Quranul
Karim dengan suara tingkah
meningkah dan mengasyikkan
dari guru-guru yang mengajar
Al-Quran masih dapat
diingati oleh sebahagian
besar masyarakat
disekitarnya. Namun begitu
pada hari ini suasana laman
raudah ini telah lenyap
semenjak 30 tahun yang lalu.
Mengenang kembali sejarah
kegemilangan ini , menyedari
hakikat betapa perlunya
masyarakat hari ini kembali
didedahkan dengan suasana
dan tuntutan syar’ie, yang
mampu menenang dan
menyejukkan hati dengan
hanya memerhatikan suasana
dan mendengarkan bacaannya,
apatah lagi jika membaca dan
mengamalkannya. Maka Pusat
Tahfiz dan pengajian agama
yang menggabungkan dua
system cara lama dan baru
ini perlu diwujudkan demi
melaksanakan perintah Allah
sembari meneruskan
perjuangan junjungan besar
nabi kita Muhammad s.a.w
serta para sahabat Baginda
s.a.w juga para Tabiin dan
para Ulama’ besar selepasnya.
Maenad
Tahfiz ini juga dilihat
sangat perlu kerana ianya
dapat menambahkan bilangan
penghafaz Al-Quran dengan
lebih ramai dan mempunyai
kemahiran hafazan yang
tinggi serta mampu memenuhi
keperluan semasa di dalam
dan luar negara Islam pada
masa akan datang.
Selaras dengan seruan
kerajaan serta kibaran
panji-panji Islam Hadhari
ketika ini yang menyeru dan
mengajak para muslimin dan
muslimat mengkaji ,
menghayati , dan mengamalkan
segala bentuk ajaran dan
pertunjuk Ilahi yang
terdapat di dalam Al-Quran
itu sendiri maka Maahad
Tahfiz ini secara tidak
langsung menyediakan
prasarana pendidikan islam
pada keseluruhannya yang
akan dapat melahirkan
individu Qura’ni yang mampu
menguasai berbagai cabang
ilmu Laduni dan moden. Dalam
pada masa yang sama negara
akan memiliki rakyat yang
cemerlang pemikirannya ,
gemilang dalam sejarahnya
dan terbilang dari segi
kualitinya. Ini adalah
kerana Al-Quran itu sendiri
mengandungi khazanah ilmu
yang tidak ternilai di
dalamnya.

Penubuhan Maahad
Tahfiz ini bukanlah
bertujuan untuk menyaingi
mana-mana pihak atau
mana-mana pertubuhan yang
lain tetapi lebih kepada
Amar Makruf Nahi Mungkar
atau mengajak kepada
kebaikan menegah daripada
melakukan kemungkaran yang
mana penubuhannya adalah
atas dasar Iman dan Taqwa.
Dengan itu ianya menetapkan
bahawa Maahad Tahfiz ini
bukanlah milik individu
tertentu atau pertubuhan
tertentu tetapi lebih kepada
kepentingan masyarakat
muslim setempat sebagai
perlaksanaan fardhu kifayah.
Disamping itu
penubuhan Maahad Tahfiz
Kashful Ulum ini dapat
mengimarahkan masjid dan
surau–surau di sekitarnya
dengan pengisian program
pembacaan dan hafazan Al-Quran
berhalaqah setiap hari
terutama dalam bulan–bulan
Ramadhan. Dengan ini orang
tempatan akan dapat
mengambil faedah kerohanian
apabila mereka bersama-sama
mengambil bahagian bersama
pelajar tersebut.
|
|
|
|
PENUBUHAN AHLI JAWATANKUASA
Diatas kesedaran pentingnya
Maahad Tahfiz ini maka
beberapa sessi pertemuan
telah diadakan sehinggalah
wujud satu kesepakatan untuk
mengadakan sebuah Maahad
Tahfiz yang diberi nama
MAAHAD TAHFIZ KASHFUL ULUM.
Bagi menjalankan
tanggungjawab ini maka
dilantik ahli jawatankuasa
penaja supaya Maahad ini
dapat beroprasi dan berjalan
lancar. Senarai Ahli Jawatan
Kuasa Penaja yang diputuskan
untuk mengambil
tanggungjawab atas Maahad
ini adalah seperti berikut
:-
PENAUNG
Yb Tuan Abd Rahman Bin Bakri
PENASIHAT PENTADBIRAN
1. Tuan
Pegawai Daerah
2. Al-Fadhil
Pegawai Tadbir Agama Islam
3. Penghulu
BNO
4. En
Ahmad Bin Ibrahim
5. Tuan
Hj Halim Bin Hj Udin
6. En
Hamizar Bin Sulaiman
7. Ustaz
Ismail Bin Zakaria
PENASIHAT TEKNIKAL DAN
PEMBANGUNAN
Tuan Jurutera Daerah Sabak
Bernam (JKR)
PENASIHAT PENDIDIKAN AGAMA
ISLAM DAN AKADEMIK
1. Tuan
Pegawai Pelajaran Agama
Islam Daerah
2. Tuan
Pegawai Pelajaran Daerah
PENASIHAT DISPLIN DAN
KESELAMATAN
Tuan Ketua Polis Daerah
Sabak Bernam
PENASIHAT UNDANG-UNDANG
Puan Jamilah Fatimah & Wan –
Advocate & Solicitors
|
|
|
|
PENGERUSI
Muktamar bin Mohamad @ Hj
Ma’asom
TIMBALAN PENGERUSI
Hj Hussin Bin Hj Abd Ghani
SETIAUSAHA
Ust. Ab Jabar Musatdat Bin
Tamami
PENOLONG SETIAUSAHA
Mohd Fitri Bin Anuar
BENDAHARI
Hj Ariffin Bin Hj Shamsuddin
PENOLONG BENDAHARI
Ahmad Fuad bin Sainu
AHLI JAWATANKUASA
1.
En Zulkifli Bin Mohamad
2. En.
Abu Yamin Bin Madar
3. En
Samsi Bin Dollah
4. En
Salleh bin Sardi
5. En
Rashid Bin Parman
6. Ketua-ketua
Kampung DUN Sg Air Tawar
7. En
Samsi Bin Pakih
8. Tuan
Hj Warno Bin Dogol
9. En
Abd Razak Bin Ghazali
10. Hj
Hassan Bin Hj Jaafar
11. En
Ahmad Mufid Bin Tugiran
AJK UNIT PELAKSANA TEMPATAN
1. AJK JKKK SG TENGAR
UTARA
2. AJK
JKKK SG TENGAR SELATAN
3. AJK
MASJID SG TENGAR
PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Mohamad
Bin Ahmad Ibrahim
2. Perunding
Perakaunan Rosli
|
|
|
|
TITIK PERMULAAN
Setelah Ahli Jawatan Kuasa
Penaja ini ditubuhkan maka
Maahad Tahfiz ini telah
memulakan operasinya pada
6-8-2005 bersamaan 1 Rejab
1426 dengan bilangan pelajar
permulaan seramai 9 orang
dan sedang bertambah dari
masa ke semasa. Kelas
pengajian hafiz diadakan
diserambi Masjid Jamik Sg.
Tengar, manakala asrama
untuk tempat tinggal pelajar
di sebuah bangunan
kayu
bersebelahan Masjid tersebut
|
|
|
|
OBJEKTIF PENUBUHAN
Maahad tahfiz ini di
wujudkan untuk menembahkan
bilangan golongan para hafiz
di negeri ini khasnya dan
seluruh negara amnya.
Madrasah ini sudah tentu
akan dapat membantu kepada
perkembangan penghafalan Al-Quran
serta pengajian ilmiah untuk
kebaikan seluruh umat Islam
di negara ini. Madrasah ini
juga akan dapat mencapai
matlamat berikut :
1. Melahirkan
para pelajar yang boleh
membaca dan menghafal Al-Quran
dengan cara yang terbaik.
2. Melahirkan
para Hufaz dan Ulama’ yang
bertaqwa, berketerampilan
dan di iktiraf selaras
dengan keperluan ummah dan
Negara.
3. Untuk
melahirkan generasi muda
yang dapat menghayati agama
dalam kehidupan mereka serta
menimbulkan kesedaran
tentang agama Islam ini.
4. Untuk
mengimarahkan masjid dengan
program Al-Quran dan
pengajian ilmu.
Mewujudkan pemeliharaan Al-Quran
sebagai asset umat untuk
generasi akan datang dan
menjadikan isi kandungan Al-Quran
pada jasad individu muslim
sebagai Al-Quran bergerak
untuk jadi panduan secara
praktikal untuk seluruh alam,
adalah tanggungjawab setiap
orang islam.
|
|
|
|
DASAR PENDIDIKAN
1. Melahirkan para huffaz
yang dapat mengingati
lafaz-lafaz Al-Quran dengan
sebutan yang fasih dan
tartil tanpa terlupa dan
tersilap. Ia juga faham isi
kandungannya beramal dan
berpegang teguh dengan
Ahkamnya.
2. Melahirkan para Fuquha’
yang mempunyai kemahiran
dalam menggunakan
dalil-dalil usul syarie
untuk memastikan dan
memutuskan satu-satu hukum
syarak serta untuk
menyelesaikan masalah
manusia. Mereka juga
mempunyai kemahiran yang
tidak terbatas didalam
segala bidang ilmu Islam
terutamanya dalam hukum
Syarak.
3. Melahirkan
para huffaz dan Ulama’ yang
bertaqwa dengan
penghayatan
As Sunnah di dalam
kehidupannya sebagai daie ke
seluruh alam |
|
|
|
GURU-GURU TAHFIZ / MUALLIM
Guru-guru tahfiz dan muallim
yang berpengalaman luas dan
mempunyai pengalaman dalam
pendidikan dan mengurus
secara telus dan bijak.
Mereka bertugas sepenuh masa
di Maahad Tahfiz ini.
Guru-guru ini adalah
merupakan bekas pelajar dari
Jamiatul Ulum India dan
Pakistan serta berkerakyatan
warganegara Malaysia .
Mereka akan dibayar imbuhan
bulanan diantara RM700.00
hingga RM1200.00
sebulan.
|
|
|
|
PENGAMBILAN PELAJAR
Maahad Tahfiz ini telah mula
menerima pelajar-pelajar
yang memenuhi syarat dari
seluruh negeri. Pelajar
lelaki berumur 13 tahun
keatas dan boleh membaca
jawi adalah layak untuk
belajar disini. Pendaftaran
kemasukan untuk pelajar
hafiz dibuka sepanjang tahun
manakala bagi pelajar kelas
alim pendaftaran kemasukan
dibuka pada bulan syawal.
|
|
|
|
SUKATAN MATA PELAJARAN
Pengajian Hafiz
Pengajian tahfiz ini
dijangkakan akan mengambil
masa 3 hingga 4 tahun
mengikut kemampuan
masing-masing. Setelah tamat
pengajian satu peperiksaan
akhir akan diadakan dan
syahadah pengajian akan
diberikan kepada pelajar
yang berjaya. Peringkat
pengajian Tahfiz ini adalah
seperti berikut :
1. Peringkat Nazirah :Pada
peringkat ini pelajar ini
akan didedahkan kepada
kaedah membaca Al Quran,
Tajwid dan kelancaran
membaca Al-Quran.
2. Peringkat penghafalan :
Pelajar akan memulakan
penghafalan Al-Quran bermula
dari juzu’ 30 sehingga 27.
dan kemudian dari awal juzu’
pertama hingga tamat.
3. Peringkat kepakaran :
pelajar yang tamat 30 juzuk
akan membuat pengulangan dan
kepakaran yang akan
mengambil masa selama 9
bulan. Tertib pengajian ini
adalah intensif. Pelajar
membaca dengan penuh tertib,
bertajwid dan sehingga boleh
membaca Al-quran
tanpa
membuat satu
kesilapan.
|
|
|
|
Pengajian Alim
Pengajian
alim akan mengambil masa
selama lapan tahun bermula
dari tahun satu hingga tahun
lapan. Pelajar-pelajar akan
ditumpukan dengan
matapelajaran kitab tua
mengikut peringkat. Antara
kitab-kitab yang dipelajari
ialah seperti ilmu nahu,
ilmu Sorof, fekah, tafsir,
balaghah, ilmu hadith dan
sebagainya. Pada tahun akhir
pelajar akan mengikuti
pengajian hadith Bukhari dan
Muslim secara khusus |
|
|
|
Mata Pelajaran Akademik
Mata pelajaran akademik akan
diadakan di dalam program
pendidikannya termasuk
persediaan asas kearah
pendidikan formal dengan
mengadakan kerjasama bersama
Pejabat Pendidikan Negeri
dan Daerah berkenaan perkara
berkaitan seperti sukatan
pelajaran dan tenaga
pengajar. Ini sangat penting
kerana masa depan pelajar
sangat bergantung kepada
penilaian akademik untuk
melayakkan diri sebaris
dengan pelajar-pelajar
formal.
|
|
|
|
|
JADUAL WAKTU PELAJAR
05.00 am - 06.00
am
Bangun tidur,
Persiapan
mengaji,Solah
Tahajud
& Mula Mengaji.
06.00 am - 06.30
am
Solah fardhu subuh &
Baca Yasin
06.30 am - 07.30
am
Pengajian
07.30 am - 08.30
am
Sarapan pagi &
Khidmat
08.30 am - 11.30
am
Pengajian ( Sabak ,
Sabki )
11.30 am - 01.00
am
Tidur
01.00 am - 01.15
pm
Bangun tidur &
Persiapan Solah
Zuhur
01.15 pm - 01.45
pm
Solah fardhu zuhor
01.45 pm - 02.00
pm
Makan Tengahari
02.00 pm - 04.30
pm
Pengajian ( Manzil /
Mukhtar )
04.30 pm - 05.30
pm
Solah Asar , Fardhu
Ain
05.30 pm - 06.30
pm
Riadah
06.30 pm - 07.00
pm
Persiapan Solah
fardhu Maghrib
07.00 pm - 07.30
pm
Manzil & Wirid
Harian
07.30 pm - 07.45
pm
Solah fardhu
Maghrib
07.45 pm - 08.45
pm
Pengajian
08.45 pm - 09.00
pm
Solah fardhu Isyak
09.00 pm - 09.30
pm
Makan Malam
09.30 pm - 10.30 pm
Pengajian
10.30 pm - 11.00
pm
Rehat
11.00 pm - 05.00
am
Tidur |
|
|
|
|
|
Tapak Bangunan Kompleks
Maahad Tahfiz Kashful Ulum
1. Tanah
Wakaf Masjid Sungai Tengar
Tanah wakaf masjid Sg tengar
seluas 4 baris adalah
dicadangkan sebagai tapak
Kompleks Maahad Tahfiz dan
telah mendapat kebenaran
secara bertulis dari pihak
yang berkenaan.
2. Tanah
Orang Perseorangan
Bersebelahan tanah wakaf
tersebut terdapat sebidang
tanah yang dianggarkan
keluasannya lebih dari 5
ekar dan pemiliknya bersedia
untuk menjualkannya kepada
pihak pentadbiran untuk
dijadikan tapak bangunan
tambahan kompleks maahad
tahfiz yang seterusnya.
|
|
|
|
Reka Bentuk Pelan Bangunan
Kompleks Maahad Tahfiz
Kashful Ulum Serta
Pembiayaan Pembinaannya
Pelan cadangan untuk
Kompleks Bangunan Maahad
Tahfiz akan direkabentuk
oleh salah sebuah syarikat
perunding pelan bangunan
yang diiktiraf dengan
menampilkan rekabentuk
gabungan
lama dan terkini agar dapat
menghasilkan rekabentuk yang
dinamik serta sesuai dengan
kedudukannya sebagai sebuah
pusat pendidikan Al-Quran .
Kos Pembinaannya dianggarkan
menelan belanja hampir RM2
Juta yang akan dilaksanakan
secara
berperingkat-peringkat.
Walaupun begitu pembinaannya
akan dilaksanakan secara
bijak mengikut keperluan
semasa.
Maahad Tahfiz Kasful Ulum
akan melantik jemaah
pentadbirnya sendiri yang
sentiasa dipantau dan
dikawal selia serta diyakini
mampu untuk mencari jalan
keluar di atas sokongan padu
dari barisan para pemimpin
atasan dan pemimpin tempatan
melalui kerajaan negeri
untuk melaksanakan
pembangunannya secara
berperingkat sehingga
berjaya dinobatkan sebagai
salah sebuah maahad tahfiz
yang berdaya maju dan
berdaya saing dizaman
globalisasi hadhari pada
hari ini.
|
|
|
|
PENUTUP
Walau apa pun cadangan untuk
mewujudkan institusi
pengajian agama seperti ini
wajar disokong sepenuhnya
oleh mana-mana pihak
memandangkan ianya mampu
melahirkan pelajar-pelajar
yang berakhlak mulia dan
berbudi pekerti serta
mempunyai asas-asas ilmu,
iman dan ketaqwaan yang
kukuh kepada Allah disertai
dengan kelebihan memiliki
hafazan seluruh isi
kandungan ayat al-quran yang
tersemat rapi di dada.
Semoga usaha para pendokong
perjuangan kearah
meninggikan syiar ini
mendapat ganjaran, rahmat
dan barakah dari Allah serta
mendapat keampunan
daripadaNya . Dengan
menghidupkan sunnah
Rasulullah S.A.W ini maka
kita akan semakin hampir
dengan syafaat Rasulullah
S.A.W pada hari tiada
syafaat pembelaan melainkan
daripadanya. Wallahu a’lam
bissowab.
|
|
|
|
HARAPAN KEPADA MUSLIMIN DAN
MUSLIMAT
Allah S.W.T berfirman
مَثَلُ الّذِينَ يُنفِقُون
أَمْوَالَهُم فِى سَبِيلِ
اللهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ
أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ
فِى كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ
حَبَّةٍ وَاللهُ يُضَاعِفُ
لِمَنْ يَشَأُ وَاللهُ
وَاسِعٌ عَلِيْمٌ .
Perumpamaan orang yang
menafkahkan hartanya dijalan
Allah adalah seperti sebutir
benih yang mengeluarkan
tujuh tangkai, disetiap
tangkai ada seratus biji dan
Allah melipat menggandakan
bagi sesiapa yang dia
kehendakki dan Allah itu
Maha Luas (kurnianya)lagi
Maha Mengetahui.
Al-Baqarah:261 Sabda Nabi
S.A.W
عن علىّ رضى الله عنه قال قال
رسول الله صلى الله عليه
وسّلم. بَادِرُوا
بِالصَّدََقَةِ فَانَّ
البَلأَ لاَ يَتَخَطَّاهَا
Daripada Saidina Ali R.A
berkata bahawa Rasulullah
S.A.W bersabda bersegeralah
kamu dengan bersedekah
kerana sesungguhnya bala itu
tidak boleh melangkahi
sedekah. ( H.R Ruzain .
Misykat )
Muslimin dan
muslimat yang dihormati,
jumlah pelajar Maahad Tahfiz
Kashful Ulum dimasa ini
adalah seramai 10 orang yang
datang dari tempat yang jauh.
Mereka meninggalkan ibubapa
dan kampung halaman
semata-mata untuk menuntut
ilmu dan menyimpan warisan
Baginda S.A.W dalam dada.
Maka sudah menjadi
tanggungjawab bagi kita umat
islam untuk memberi bantuan
kepada mereka, supaya mereka
dapat belajar dengan selesa.
Oleh kerana Maahad ini masih
baru dibuka semenjak 1 Rejab
1426 yang lalu. Maka
prasarana di Maahad ini
masih belum lengkap, Maahad
ini masih memerlukan
peralatan untuk menampung
jumlah pelajar terkini dan
yang akan masuk dalam
pendaftaran baru nanti.
Jumlah pelajar pada tahun
akan datang dianggarkan
seramai 40 orang. Persiapan
sumbangan berupa kewangan,
barang wakaf atau makanan
sebagai amal jariah dan
bekalan hari akhirat. Semoga
Allah
membalas segala jasa baik
anda dengan Syurga Firdaus. Kelengkapan
adalah perlu disediakan
dengan seberapa segera
seperti almari, katil, tilam,
meja dan sebagainya.
Disamping itu makan minum
pelajar yang
sedia ada harus
diambil berat.
Atas rasa tanggung jawab
untuk membantu memajukan
agama, maka pihak Maahad
Tahfiz Kashful Ulum telah
membuka peluang kepada
muslimin dan muslimat untuk
memberikan kerjasama serta.
Sesiapa yang
berminat untuk menyumbang,
sila berhubung terus kepada
:
1) Ust. Ab
Jabar
Musatdat B. Tamami No, Tel
:03-32138362 @
019-2098367
2) Atau terus
melalui akaun Bank Islam (
Cawangan Sungai Besar )
atas nama
MAAHAD TAHFIZ KASHFUL
ULUM
No. A/C :
12056010017622
إنَّ اللهَ فِى عَونِ العَبدِ
مَا كَانَ العَبدُ فِى عَونِ
أَخِيهِ
“Sesungguhnya Allah sentiasa
membantu hambanya selama
mana hamba itu membantu
saudaranya”
ANGGARAN NILAI INFRASTRUKTUR
ASAS UNTUK
MAAHAD TAHFIZ KASHFUL ULUM
|
Bil |
Perkara |
Jumlah anggaran |
|
1 |
Plan perancangan
Pertama
Membeli
tanah seluas 1.31
ekar
( 84 pokok
kelapa X RM 420.00
) |
RM 35,280.00 |
|
2 |
Plan perancangan
kedua
Membina
bangunan Maahad
Tahfiz Kashful Ulum
untuk asrama,
Pejabat,
tempat pengajian.
Keperluan
untuk plan ini :
1-
Mengukur tapak tanah
untuk pembinaan
2-
Menambak tanah untuk
tapak pembinaan
3-
Bangunan Maahad
Tahfiz Kashful Ulum
|
RM 1,000.00
RM 20,000.00
RM 800,000.00 |
|
3 |
Plan perancangan
ketiga
Membina
bangunan tandas,
bilik mandi dan
menara tangki air |
RM 200,000.00 |
|
4 |
Plan perancangan
keempat
Membina
bangunan kantin
|
RM 150,000.00 |
|
5 |
Plan perancangan
kelima
Membeli
tanah seluas 2.31
ekar
( 144 pokok
kelapa X RM 420.00 ) |
RM 60,480.00 |
|
6 |
Plan perancangan
keenam
Membina
bangunan untuk rumah
guru
Keperluan
untuk plan ini :
1-
Mengukur tapak tanah
2-
Menambak tanah
3-
Membina 8 unit rumah
guru X RM 60,000.00 |
RM 1,500.00
RM 20,000.00
RM 480,000.00 |
|
7 |
Plan perancangan
ketujuh
Menambak
tanah untuk membuat
padang riadah
pelajar |
RM 30,000.00 |
|
Jumlah keseluruhan
plan perancangan ini
dianggarkan
menelan belanja
sebanyak
|
RM 1,798,260.00 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|