|
|
|
Produk : Jus Herba Kelapa Dara ( GOUT
) |
|
 |
|
|
|
|
|
| |
| |
|
|
Gout |
|
 |
|
|
Gout
Pengenalan
Istilah
"gout" berasal daripada
perkataan
Latin,
"gutta" yang bermakna
'setitis', disebabkan
kepercayaan ketika itu
bahawa gout diakibatkan oleh
titis humor-humor
yang mengerikan
dan yang mungkin berkait
dengan ketul-ketul mendapan
urat. Ia adalah salah satu
penyakit yang paling lama
dihidapi manusia, sejak
zaman dahulu kala lagi. Pada
masa dahulu gout boleh
menyebabkan kemudaratan dan
kecacatan. Kini dengan
kemajuan dalam bidang
perubatan, gout sebenarnya
boleh dikawal. Secara
umumnya ia sering dihidapi
oleh kaum lelaki dalam
lingkungan usia antara 30
hingga 60 tahun. Ia jarang
sekali dihidapi oleh kaum
wanita sebelum putus haid.
Penyakit gout
ialah salah satu bentuk
artritis
yang diakibatkan oleh
pengumpulan hablur-hablur
asid urik
pada sendi-sendi,
atau akibat berlebihan asid
urik di dalam badan. Keadaan
ini adalah disebabkan oleh
metabolisma tubuh sesaorang
yang tidak normal. Mereka
yang mengalami gout ini
biasanya adalah mereka yang
menghasilkan terlalu banyak
urik asid atau mereka yang
menghadapi kesukaran
mengeluarkan asid urik dari
tubuh mereka. Terdapat
beberapa kemungkinan yang
berpunca dari akibat
pengumpulan dan pemendakan
asid urik tersebut, ia itu
gout arthritis yang parah,
batu ginjal, dan pemendapan
asid urik (tophi)
di dalam kulit atau tisu
tubuh. Gout boleh berlaku
tanpa lain-lain komplikasi
(primary gout) atau
mungkin juga berhubungan
atau ada kaitan dengan
masalah kesihatan lain atau
perubatan (secondary gout).
Sesaorang
yang di katakan mengidap
gout arthritis ini adalah
mereka yang biasanya
mengalami bengkakan sendi,
kemerah-merahan dan sedikit
rasa panas. Diagnosis yang
dilakukan adalah dengan
mengenal pasti kristal asid
urik (monosodium urate)
dalam cairan sendi
berkenaan. Kristal tersebut
mungkin sudah berkumpul
sejak beberapa tahun dalam
sendi berkenaan, yang
menyebabkan radang.
Serangan gout
arthritis
boleh
menyebabkan kerosakan sendi
yang menjadi punca arthritis
yang kronik.
Penyakit ini
terlalu menyakitkan dan
dalam kebanyakan kes, hanya
menjejaskan satu sendi (monoartritis),
khususnya
ibu jari kaki.
|
|
|
|
Asid Urik |
|
|
|
 |
|
|
|
|
-
Gout arthritis yang
menyakitkan adalah
disebabkan oleh
pemendapan asid urik
yang membentuk kristal
di tisu-tisu sendi.
-
Risiko untuk menghidap
gout dan peningkatan
paras asid urik dalam
darah (hyperuricemia)
selalunya dikaitkan
dengan faktor warisan.
-
Gout dan hyperuricemia
boleh menjadi semakin
buruk dengan kegemukan,
pertambahan berat badan,
pengambilan alkohol,
tekanan darah tinggi,
fungsi buah pinggang
yang tidak normal dan
beberapa ubat-ubatan.
-
Serangan Gout arthritis
akan menjadi lebih parah
dengan dehidrasi,
kecederaan, demam, makan
terlalu banyak,
pengambilan alkohol yang
berlebihan, pembedahan
dan sebarang kesan
trauma.
-
Ujian diagnostik yang
paling berkesan terhadap
gout adalah dengan
mengenalpasti kristal
yang berda di sendi,
cairan tubuh dan juga di
tisu.
-
Rawatan bagi serangan
gout sendi adalah
berlainan dari rawatan
bagi hyperuricemia.
Terdapat dua konsep yang
sangat mustahak bagi
merawat gout. Pertama,
adalah dikira sangat
mustahak dan kritikal
untuk menghilangkan
radang yang teruk pada
mana-mana bahagian yang
diserang. Kedua, adalah
sangat penting untuk
memikirkan rawatan
jangka panjang, bagi
mengelak risiko serangan
berulang gout dan
pemendapan kristal tophi
gout.
Ciri wajib
Pesakit yang menghidap gout
mengalami peningkatan aras
asid urik atau masalah
penyingkiran asid urik, atau
gabungan kedua-duanya
sekali. Asid urik adalah
bahan kumuhan berasal dari
sejenis protein yang
dipanggil purin. Badan kita
yang sihat lumrahnya
membuang bahan kumuhan ini
melalui air kencing (urin).
Namun bagi pengidap gout,
asid urik yang berlebihan
tidak dapat dibuang dan
berkumpul di dalam sendi.
Aras asid
urik yang tinggi dikaitkan
dengan
usia,
obesiti,
Hiperlipidemia Jenis IV,
kencing manis,
penyakit jantung iskemia,
dan
darah tinggi.
Kadang kala, gout merupakan
penyakit keturunan.

Tanda dan gejala
Gambaran
klasik tentang gout ialah
sakit yang melampau serta
mengejut, bengkak,
kemerahan, dan kehangatan,
serta kekakuan pada sendi,
kemungkinan semalaman.
Pesakit mungkin juga
mengalami sedikit
demam,
dan biasanya menghadapi dua
sumber kesakitan.
Hablur-hablur dalam sendi
mengakibatkan sakit
keterlaluan ketika kawasan
yang terjejas digerak.
Keradangan
tisu-tisu di sekeliling
sendi juga mengakibatkan
kulit menjadi bengkak dan
sakit, walaupun hanya
disentuh dengan lembut;
umpamanya, meletakkan
selimut pada kawasan yang
terjejas. Sakit mungkin
berlarutan berhari-hari,
atau sekurang-kurangnya 1-2
minggu untuk reda jika tidak
dirawat, dan ia mungkin
menyerang kembali selepas
beberapa minggu atau bulan.
Gout boleh menyerang
sendi-sendi lain seperti
buku lali, lutut,
pergelangan tangan dan jari.
Gout lazimnya
menyerang
ibu jari kaki
(lebih kurang 75% daripada
semua serangan pertama).
Bagaimanapun, penyakit itu
juga boleh menjejaskan
sendi-sendi yang lain,
seperti mata kaki, tumit,
kekura kaki, lutut,
pergelangan tangan, siku,
jari, dan
tulang belakang.
Dalam sesetengah kes, gout
boleh terjadi pada sendi
jari-jari kaki yang tidak
dapat bergerak, disebabkan
kecederaan dahulu yang
mengakibatkan peredaran
darah yang buruk.
Pesakit-pesakit dengan
hiperurisemia
(sila lihat di bawah) boleh
mempunyai mendapan-mendapan
hablur asid urik yang
dipanggil
tofus
dalam tisu-tisu yang lain,
umpamanya heliks telinga.
Dalam sebilangan kes,
karang-karang asid urik
boleh membentuk sejenis
karang ginjal.

Komplikasi
-
Asid urik boleh
berkumpul di bawah kulit
membentuk benjolan di
panggil ’tophi’
-
Dalam saluran urinari
(air kencing), ia boleh
berkumpul membentuk
’batu karang’.
-
Penghidap gout juga
sering menghidapi
penyakit atau masalah
kesihatan lain seperti:
-
Kegemukan
-
Darah tinggi
-
Hiperlipidemia
-
Diabetes
Diagnosis
Diagnosis biasa dilaksanakan
melalui dasar klinikal,
walaupun ujian-ujian
diperlukan untuk mengesahkan
penyakit.
Hiperurisemia
merupakan ciri yang biasa;
bagaimanapun, aras urat
tidak selalunya tinggi.
Hiperurisemia ditakrifkan
sebagai kandungan
plasma
urat (asid urik) yang
melebihi 420 μmol/L
(7.0 mg/dL) untuk
lelaki,
dan sekitar 380 μmol/L
bagi
perempuan.
Selain itu, aras urat juga
akan jatuh ke dalam julat
normal bagi dua pertiga
daripada semua kes. Jika
gout dicurigai, urat serum
harus diulangi sebaik sahaja
serangan telah reda.
Ujian-ujian darah yang lain
yang biasa dilakukan
termasuk
kiraan darah lengkap,
elektrolit,
fungsi renal,
dan
kadar pemendapan eritrosit
(ESR). Kesemua ini bertindak
untuk menidakkan sebab-sebab
yang lain, khususnya
artrisis sepsis.
Diagnosis
muktamad bagi gout ialah
melalui
mikroskopi
cahaya
bagi bendalir sendi yang
disedut dari sendi (ujian
ini mungkin susah untuk
dilaksanakan) untuk
menunjukkan hablur-hablur
urat monosodium intrasel di
dalam
leukosit
polimorfonukleus
bendalir
sinovia.
Hablur urat dikenal pasti
melalui dwirefringens di
bawah mikroskopi terkutub,
serta morfologi bak
jarumnya. Seseorang
pemerhati yang terlatih
boleh membezakannya daripada
hablur-hablur yang lain. |
|
|
|
|
Peringkat gout
Gout mempunyai empat
peringkat yang nyata:
-
Asimptomatik
-
Akut
-
Interkritikal
-
Kronik.
Dalam peringkat pertama
(asimptomatik), aras asid
urik plasma bertambah,
tetapi tanpa sebarang
gejala. Serangan gout
pertama menandakan peringkat
kedua (akut).
Serangan-serangan yang tidak
teruk biasanya hilang dengan
cepat, manakala
serangan-serangan yang teruk
berlangsung selama beberapa
hari atau juga beberapa
minggu. Selepas serangan
pertama, pesakit itu masuk
peringkat interkritikal atau
jarak waktu yang bebas
daripada gejala. Tempoh ini
mungkin berlangsung selama
beberapa bulan atau juga
tahun. Kebanyakan pesakit
gout mengalami serangan
kedua dalam enam bulan
hingga dua tahun dari
serangan pertama.
Pada
peringkat terakhir (kronik),
serangan gout menjadi lebih
kerap serta poliartikular,
iaitu serangan itu
membabitkan banyak sendi
pada setiap masa.
Tofus-tofus besar juga boleh
didapati di dalam banyak
sendi. Dalam kes-kes gout
kronik yang sudah teruk,
kerosakan
ginjal,
hipertensi,
dan
karang ginjal
boleh juga terjadi.
Pembedahan
Untuk kes-kes gout yang
keterlaluan, pembedahan
mungkin diperlukan untuk
menghapuskan tofus yang
besar serta untuk
membetulkan kecacatan sendi.
Rawatan
Gout adalah suatu penyakit
yang boleh sembuh tetapi
anda harus mengambil
langkah-langkah untuk
mengatasinya. Satu hakikat,
bahawa kita wajib akur
dengan janji dari Rasulullah
saw yang mengatakan :
“ Berubatlah, maka
sesungguhnya Allah tidak
meletakkan penyakit kecuali
Allah menyediakan baginya
ubat, kecuali satu penyakit,
iaitu tua.”
Hadith riwayat Abu Daud.
Sesungguhnya sebahagian
manusia generasi silam telah
menemukan penawarnya,
bersumber dari alam,
kurniaan Yang Maha Pencipta.
Namun khazanah yang begitu
berharga telah sekian lama
terabai, ditinggalkan,
padahal ia telah memberi
manfaat yang tidak terhingga
untuk sekian lama kepada
manusia, khususnya bagi
mengatasi masalah gout.
Rawatan serangan akut
-
Rehatkan sendi semasa
serangan gout.
-
Ubat-ubatan anti-radang
berkesan untuk
mengurangkan sakit dan
keradangan sendi.
Walaupun ia boleh
mendatangkan kesan
sampingan seperti sakit
perut. Jika digunakan
dalam jangka masa yang
singkat, kesan sampingan
jarang berlaku.
-
Ubatan lain seperti
colchicine juga boleh
diambil. Walaupun ia
amat berkesan, ia boleh
menyebabkan loya, muntah
dan cirit-birit
(Peringatan: Colchicine
hanya boleh diambil
melalui preskripsi
doktor)
-
Steroid
(Peringatan: Steroid
hanya boleh diambil
melalui preskripsi
doktor)
-
Lazimnya cecair
steroid disuntik
terus ke sendi yang
radang
-
Pil
steroid boleh
diambil dalam jangka
masa yang pendek
jika penghidap tidak
boleh mengambil
ubat-ubatan yang
lain.
Walaubagaimanapun,
ianya tidak boleh
diambil berpanjangan.
-
Sentiasa peka terhadap
tanda-tanda awal
serangan. Jika rawatan
dimulakan awal, penyakit
ini tidak akan melarat.
Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan
oleh asid urik yang
berlebihan dalam badan, anda
haruslah mengelakkan
faktor-faktor yang boleh
menambahkan paras asid urik.
-
Menjaga berat
badan –
kegemukan boleh
mengganggu
keupayaan badan
untuk
mengeluarkan
asid urik yang
berlebihan
-
Mengelakkan
minuman keras
(minum minuman
keras adalah
haram disisi
Islam)
-
Pemakanan –
elakkan
pengambilan
makanan yang
mengandungi
purin yang
tinggi
-
Sesetengah
daging binatang,
makanan laut,
kekacang
mengandungi
purin yang
tinggi.
Pemakanan
Di bawah disenaraikan
makanan yang kaya dengan
purin:-
|
ELAKKAN MAKAN |
KURANGKAN MAKAN |
-
Organ
dalaman
seperti
hati,
paru-paru,
ginjal dan
otak
-
Ikan bilis,
kembung,
sardin
-
Ekstrak
daging, ragi
(seperti
Marmite) dan
kiub rebusan
daging
-
Makanan
bercengkerang
seperti
ketam, udang
dan kerang
|
-
Asparagus,
bunga kobis,
cendawan dan
bayam
-
Peanuts,
lentil,
kekacang
dan peas
|
Pencegahan
Cadangan untuk melegakan
kesakitan
Peredaran
darah di sekitar sendi yang
tidak dapat bergerak boleh
diperbaiki melalui mandi air
suam. Perbuatan ini
melegakan bengkak dan
mengurangkan penghabluran
asid urik. Pastikan bahawa
kawasan itu kering sebelum
mengenakan pakaian.
Pendekatan yang praktikal
untuk merawat bengkak dan
keradangan biasa adalah
dengan menggunakan
pek ais.
Bagaimanapun, oleh sebab
penghabluran asid urik
dipercepat oleh suhu rendah,
penggunaan pek ais hanya
akan memburukkan keadaan
ini. Oleh itu, seseorang
harus membuat sebaliknya dan
merawat gout dengan
kehangatan.
Pemerhatian lain
Kulit mungkin
akan gugur, disebabkan
bengkak yang berpanjangan di
sekitar sendi terjejas. Ini
paling ketara ketika
jari-jari kaki terlibat dan
mungkin akan mengakibatkan
jangkitan kulat
di kawasan antara jari-jari
kaki jika kawasan-kawasan
itu lembap. Rawatlah keadaan
ini dengan cara yang sama
sahaja dengan
kutu air.
Benarkah Gout Penyakit Orang
Kaya?
Tidak, gout boleh menyerang
sesiapa sahaja. Walau
bagaimanapun, meminum
alkohol (haram menurut
Islam) dan pemakanan
berlebihan boleh dikaitkan
dengan kejadian penyakit
gout.
Adakah Gout Boleh Diwarisi?
-
Gout boleh diwarisi
tetapi faktor
persekitaran juga
memainkan peranan
-
Gout adalah penyakit
yang boleh dirawat. Pada
zaman dahulu, gout
merupakan salah satu
penyebab kerosakan dan
kecacatan sendi. Pada
hari ini, dengan rawatan
yang baik, ianya boleh
dikawal.
-
Adalah penting untuk
mengamalkan cara hidup
sihat.
Bagaimana Jus Herba BioAsli
dengan masalah gout ?
Gabungan herba terpilih
sebahagiannya bertindak
sebagai perencat oksidase
xantina yang mengurangkan
penghasilan asid urik,
menghasilkan bahan
antosianida, yang berperanan
menjadi bahan anti radang,
selain berfungsi
meningkatkan tahap
metabolisma yang membolehkan
tubuh dapat menyingkirkan
asid urik yang berlebihan di
dalam badan atau tubuh tidak
mengalami kesukaran untuk
mengeluarkan asid urik dari
tubuh mereka.
Perlu juga diingatkan bahwa
Jus herba Bio-Asli bukanlah
ubat penahan sakit jika
diambil diwaktu-waktu
berlaku serangan yang
menyakitkan. Ia adalah
rumusan herba yang merawat
kepada asas punca penyakit,
sekaligus memulihkannya.
Dengan yang demikian anda
tidak perlu bimbang akan
serangan ulangan gout yang
menghantui anda sekian lama
ini. Malah anda akan sampai
kepada tahap tidak perlu
lagi berpantang dalam
pemakanan.
Berikut adalah rumusan
rengkas khasiat-khasiat
herba dalam rumusan Jus
Herba Bio-Asli :
Jika anda
memerlukan lebih maklumat
lanjut tentang gout,
layarilah laman web Arthrits
Foundation Malaysia di
www.afm.org.my
PENAFIAN:
Untuk
pengetahuan sahaja. Sila
dapatkan nasihat doktor
mengenai kesihatan anda.
Bahan dalam laman ini tidak
bertujuan menggantikan
jagaan profesional, khidmat
nasihat, diagnosis atau
rawatan doktor. Laman ini
tidak mempunyai jawapan
kepada semua masalah.
Jawapan kepada masalah umum
mungkin tiada kaitan kepada
anda. Sekiranya anda
menyedari simptom kesihatan
atau jatuh sakit, anda perlu
menghubungi doktor bagi
rawatan lanjut. |
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|
 |
|
 |
|
Desaku
Maju Marketing
(SA0030870-W)
NO.1,2&3
IKS Tmn. Seri B.N.O
45100
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
Tel:
+603-3213 8046 Fax : + 603-3213 6563
Email :
desaku@streamyx.com
@
e_hijau@tm.net.my
©
Copyright 2005. DesaKu.net. All Right Reserved
|
|
|