|
JUS HERBA & GOUT
Penyakit gout
ialah salah satu bentuk
artritis
yang diakibatkan oleh
pengumpulan hablur-hablur
asid urik
pada sendi-sendi,
atau
akibat berlebihan asid urik
di dalam badan.
Keadaan ini adalah
disebabkan oleh metabolisma
tubuh sesaorang yang tidak
normal. Mereka yang
mengalami gout ini biasanya
adalah mereka yang
menghasilkan terlalu banyak
urik asid atau mereka yang
menghadapi kesukaran
mengeluarkan asid urik dari
tubuh mereka.
Asid urik
adalah bahan kumuhan berasal
dari sejenis protein yang
dipanggil purin.
Badan kita yang sihat
lumrahnya membuang bahan
kumuhan ini melalui air
kencing (urin). Namun bagi
pengidap gout, asid urik
yang berlebihan tidak dapat
dibuang dan berkumpul di
dalam sendi.
Gout adalah suatu penyakit
yang boleh sembuh tetapi
anda harus mengambil
langkah-langkah untuk
mengatasinya. Satu hakikat,
bahawa kita wajib akur
dengan janji dari Rasulullah
saw yang mengatakan :
“ Berubatlah, maka
sesungguhnya Allah tidak
meletakkan penyakit kecuali
Allah menyediakan baginya
ubat, kecuali satu penyakit,
iaitu tua.”
Hadith
riwayat Abu Daud.

Sesungguhnya sebahagian
manusia generasi silam telah
menemukan penawarnya,
bersumber dari alam,
kurniaan Yang Maha Pencipta.
Namun khazanah yang begitu
berharga telah sekian lama
terabai, ditinggalkan,
padahal ia telah memberi
manfaat yang tidak terhingga
untuk sekian lama kepada
manusia, khususnya bagi
mengatasi masalah gout.
Jus Herba Bio-asli adalah
rumusan dari herba terpilih,
warisan zaman berzaman,
generasi yang mementingkan
kesihatan. Gabungan herba
terbaiknya bertindak sebagai
perencat oksidase
xantina yang
mengurangkan penghasilan
asid urik, menghasilkan
bahan antosianida,
yang berperanan menjadi
bahan anti radang, selain
berfungsi meningkatkan tahap
metabolism, serta
melancarkan sistem
perkumuhan. Tubuh tidak akan
menghasilkan terlalu banyak
asid urik, dan tubuh mudah
dapat pula menyingkirkan
asid urik yang berlebihan di
dalam badan atau tubuh tidak
mengalami kesukaran untuk
mengeluarkan asid urik dari
tubuh mereka.
Jus Herba Bio-asli bukanlah
ubat penahan sakit jika
diambil diwaktu-waktu
berlaku serangan yang
menyakitkan. Ia adalah
rumusan herba yang merawat
kepada asas punca penyakit,
sekaligus memulihkannya.
Dengan yang demikian anda
tidak perlu bimbang akan
serangan ulangan gout yang
menghantui anda sekian lama.
Malah anda akan sampai
kepada tahap tidak perlu
lagi berpantang dalam
pemakanan.
|