Laman Utama   I   Produk   I   Syarikat   I   Usahawan Online   I  Galeri  I  Tips Produk   Testimoni   I  Hubungi Kami

Now...everybody can business online...click here... to go your Business Web pages...

Kategori Produk

 

 Kesihatan
   Kosmetik & Kecantikan
   Makanan & Minuman
   Suami Isteri
   E-load & SMS
   Blog & Kedai Online
 
 
DEODORAN KELAPA DARA
 
 
Bookmark and Share
   Deodoran Minyak Kelapa Dara     Kelebihan Deodoran Kelapa Dara  
             
   Deodoran Kelapa Dara BioAsli     Bahaya Penggunaan Aluminium  
             
   Deodoran & Daya Ingatan     Deodoran & Kanser  
             
    Beli Produk     Testimoni Pengguna  
 
 Deodoran Xtream & Soft (DSX)
 Deodoran Xtream (DX2)
 Deodoran Soft (DS2)
       
 
 

 
 

Deodoran merupakan salah satu produk kebersihan yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian. Deodoran disapu pada badan, terutama dibawah lengan berfungsi untuk menghilangkan bau yang berpunca daripada bakteria. Bakteria tersebut mendapat sumber makanan daripada kelenjar apokrin dan sel kulit mati serta sel rambut, ia menghasilkan 3-methyl-2-hexenioc asid dalam bahan kumuhnya. (Pierce et al., 1995).

Menurut US Food and Drug Administration (FDA), deodoran juga diklasifikasikan sebagai bahan kosmetik berubat yang mendapat sambutan hangat. Kebanyakan deodoran di pasaran mengandungai alkohol. Secara amnya, alkohol merangsang peluh dan pada masa yang sama ia membunuh bakteria. Walaubagaimanapun, alkohol boleh menyebabkan keradangan pada kulit. Oleh itu, kita perlu mencari alternatif deodoran tanpa alkohol agar ia lebih selamat digunakan. Deodoran boleh diformulasikan dengan antimikrob yang mampu menghalang pertumbuhan bakteria. Deodoran juga mengandungi pewangi atau pati minyak tumbuh-tumbuhan yang bertujuan untuk menutup bau peluh.

Sebagaimana kebanyakan deodoran, Deodoran BioAsli tidak berfungsi untuk menghalang pengeluaran peluh atau menghalang keringat, tetapi berfungsi menghilangkan kesan-kesan sampingan apabila seseorang berpeluh, meneutralkan bau keringat dan bertindak sebagai antiseptik, yakni dengan membunuh bakteria yang berperanan menguraikan peluh, penyebab bau yang tidak enak, selain menutupi bau.

Kehadiran minyak kelapa dara, yang bersifat anti bakteria, anti virus dan anti kulat sebagai komponen utamanya, menjadikannya sangat berkesan untuk menghalang sebarang aktiviti bakteria pada mana-mana bahagian luar kulit manusia yang berpotensi menghasilkan bau yang tidak diingini.

Selain itu minyak kelapa dara  yang terdiri dari MCFA sangat membantu memelihara mana-mana bahagian kulit yang terlibat. Minyak kelapa dara sangat berkeupayaan untuk membantu meningkatkan kadar pertumbuhan sel-sel baru menggantikan sel-sel kulit yang mati. Hasilnya kulit akan tetap anjal dan segar. Manakala kandungan antioksidan dalam minyak kelapa dara sangat berupaya menghalang sebarang tindak balas aktiviti radikal bebas, membantu melambatkan proses penuanan (kedutan) pada mana-mana bahagaian kulit yang terlibat.

Sesuatu yang menarik Deodoran BioAsli bebas dari penggunaan sebarang paraben yang biasa digunakan dalam kebanyakan deodoran dan antiperspiran.Walaupun Deodoran BioAsli sangat popular digunakan pada bahagian ketiak, namun ia juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian tubuh lain, yang biasa mengeluarkan bau yang tidak diingini, seperti di bahagian ari-ari, atau mana-mana bahagian lain yang difikirkan perlu.

 
 
   
 
 
Di datangkan dengan dua siri wangian yang berbeza

 

Deodoran ialah keperluan penjagaan kebersihan diri yang di perlukan oleh semua tidak mengira lelaki atau perempuan. Keperluan harian ini sudah sinonim dan pasti tidak selesa jika tidak menggunakannya. Kesesuaian untuk pengguna memilih produk ini kebiasaanya berdasarkan wangian yang digunakan. Perbezaan bau wangian sering digunakan pengeluar untuk membezakan deodoran bagi pengguna lelaki dan pengguna wanita. Bau wangian yang ekstrem, cool dan aktif biasanya di khususkan untuk pengguna lelaki dan bagi pengguna wanita wangian yang biasa di gunakan ialah bauan yang lembut, nyaman, pati bunga dan lebih feminin. Namun begitu wangian-wangian ini tidak mendatangkan sebarang mudarat jika di gunakan oleh jantina yang berlainan.

Deodoran Kelapa Dara BioAsli juga turut di datangkan dengan dua siri wangian yang berbeza bagi menyesuaikan penggunaannya dengan jantina pengguna. Deodoran Kelapa Dara BioAsli Extreme di datangkan dengan wangian yang ekstrem dan cool sesuai dengan namanya untuk lelaki yang gemarkan aktiviti lasak dan ektrem. Deodoran Kelapa Dara BioAsli Soft pula di datangkan dengan wangian yang lembut dan santai untuk pengguna wanita yang gemar dengan wangian semulajadi. Tetapi tidak menjadi masalah atau mudarat sekiranya menggunakan jenis deodoran yang berlawanan dengan jantina.

 
Bebas dari kandungan aluminium dan paraben merbahaya
 

 

Sesuatu yang menarik Deodoran BioAsli bebas dari penggunaan sebarang paraben yang biasa digunakan dalam kebanyakan deodoran dan antiperspiran. Selain itu juga, kandungan deodoran ini adalah bebas dari sebarang unsur alumunium yang di dapati merbahaya dan menjadi faktor kepada kekusutan sel otak dan penyebab kanser payudara.

 
Di perkaya dengan Minyak Kelapa Dara
 

Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan. Untuk keterangan lanjut,sila klik di tajuk ini. Minyak Kelapa Dara.

 

Keterangan lanjut berkenaan Minyak Kelapa Dara...Sila Klik

 
Memelihara, menjaga dan merawat

 

Kandungan deodoran yang bebas dari bahan kimia dan di perkayakan dengan minyak kelapa dara dengan ini sekaligus menjadikan deodoran ini sebagai rawatan kepada kulit dari masalah bau, keradangan kulit dan mencerahkan bahagian yang di sapu dengan penggunaan yang kerap. Selain itu,dengan penggunaan deodoran minyak kelapa dara ini juga mengurangkan risiko pengumpulan plag di otak yang boleh menjadi punca Alzhiemer dan juga punca kanser payudara dari penggunaan sumber alumunium yang merbahaya. 

 
 
Aqua, Polysobate 20, Hydroxythyl Cellulose, Allantoin, EDTA, Virgin Coconut Oil, Perfume, Euxyl PE9010
Berat : 75 ml / per botol ( 2 botol / 150 ml)
 

 

The information on this website is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace a one-on-one relationship with a qualified health care professional and is not intended as alternative to medical advice or other professional healthcare provider. It is intended as a sharing of knowledge and information from the research and experience of herbal practitioner and our community.  If you may be suffering from any medical condition, or experiencing symptoms or health problems, you should seek immediate medical attention consult  your qualified health care professional. Never delay seeking medical advice, disregard medical advice or discontinue medical treatment because of information on this website.

 
IBU PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3224 8721  Fax : +603-3224 2321 
Email : desaku@streamyx.com
DESAKU MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1, IKS Taman Sri BNO
45200 Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3213 8046
BioAsli    Copyright 2005-2013  All Rights Reserved

 

Rangkaian Ahli

Kami menyediakan pelbagai menu untuk kemudahan anda

  Lupa ID & Kata Laluan
  Malay Version
  English Version
  Arabic Version

Ikut Kami Di

 

Keajaiban Minyak Kelapa Dara

Video : Klik Foto

Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara Sebagai Face Moisturizer

Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara Sebagai Moisturizer Kulit

Minyak Kelapa Dara

Kecantikan melalui Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Deodoran Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Deodoran Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Homemade Deodoran

Minyak Kelapa Dara

Deodoran Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Deodoran Semulajadi

Minyak Kelapa Dara

Buat Deodoran Minyak Kelapa Dara