Laman Utama   I   Produk   I   Syarikat   I   Usahawan Online   I  Galeri  I  Tips Produk   Testimoni   I  Hubungi Kami

Now...everybody can business online...click here... to go your Business Web pages...

Kategori Produk

 

 Kesihatan
   Kosmetik & Kecantikan
   Makanan & Minuman
   Suami Isteri
   E-load & SMS
   Blog & Kedai Online
 
 
DEODORAN KELAPA DARA
 
 
Bookmark and Share
   Deodoran Minyak Kelapa Dara     Kelebihan Deodoran Kelapa Dara  
             
   Deodoran Kelapa Dara BioAsli     Bahaya Penggunaan Aluminium  
             
   Deodoran & Daya Ingatan     Deodoran & Kanser  
             
    Beli Produk     Testimoni Pengguna  
 
 Deodoran Xtream & Soft (DSX)
 Deodoran Xtream (DX2)
 Deodoran Soft (DS2)
       
 
 

Herba Khazanah Alam

Deodoren Minyak Kelapa Dara

 
 

Perbezaan antara deodoran dan antiperspiran

Mengapa perlu memilih deodoran alami ?

Kebanyakan orang berfikir bahawa antiperspiran dan deodoran adalah sama. Hakikatnya keduanya adalah produk yang sangat berbeza. Perbezaan mendasar terletak pada mekanisma fungsi produk ini, dan potensinya mempengaruhi kesihatan. Pada dasarnya kedua-duanya merupakan bahan kimia yang menggunakan proses yang berbeza untuk mengurangkan bau badan. Sebahagian bahan tertentu dalam produk berkenaan dikatakan tidak baik untuk kesihatan. Walaubagaimanapun deodoran sering disebut sebagai alternatif yang lebih baik daripada kebanyakan antiperspirant.

Antiperspirant, selain mengandungi bahan wangian, ia juga mengandungi sebatian kimia yang berfungsi menyumbat, menutup atau menghalang pori-pori liang roma dengan astringents kuat seperti garam aluminium klorida, aluminium klorohidrat dan aluminium zirkonium sehingga peluh tidak dapat dilepaskan. (Nota : aluminium boleh terkumpul dalam otak.)

Sementara deodoran berfungsi dengan meneutralkan bau keringat dan dengan bertindak sebagai antiseptik yakni dengan membunuh bakteria yang berperanan menguraikan peluh, penyebab bau yang tidak enak. Deodoran tidak menghalang keringat, tetapi mencegah bau.

Ramai yang mempunyai persepsi yang salah tentang deodoran, iaitu dengan beranggapan bahawa ia hanya bahan beraroma yang menutupi bau badan. Oleh itu mereka lebih cenderung untuk memilih antiperspirant, yang mereka anggap berfungsi menghilangkan bau, berbanding deodoran yang pada anggapan mereka hanya menutupi bau.

Kesimpulannya deodoran adalah lebih baik kerana ia tidak mengganggu proses perpeluhan, proses pendinginan tubuh semulajadi.

Kumpulan-kumpulan persatuan pengguna serata dunia kini terus menyuarakan keprihatinan atas alasan keselamatan dan kesihatan awam yang berhubung kait dengan produk kecantikan, dan tidak terkecuali deodoran dan antiperspirant. Beberapa kajian menunjukkan potensi risiko kesihatan yang berkaitan dengan sebatian aluminium ditemui di dalam kebanyakan antiperspirants. Kajian yang serupa juga telah menemukan risiko yang mungkin disebabkan oleh paraben di dalam beberapa deodoran. Kedua-duanya telah dikaitkan dengan beberapa penyakit kronik, termasuk kanser payudara.

Sebahagian besar pengeluar dan pelbagai badan kesihatan dunia, menyatakan bahawa kajian berkenaan tiada cukup asas terhadap dakwaan mereka.

Walaupun terdapat jaminan, serta perakuan profesional kesihatan berhubung dengan tiadanya bukti kukuh yang dapat dikaitkan risiko berbagai penyakit dengan penggunaan antiperspiran dan deodoran namun penggunaan deodoran adalah lebih disyorkan berbanding penggunaan antiperspirant, kerana penggunaan antiperspiran yang berfungsi menghalang pori-pori dan mencegah keringat mungkin bukan pilihan yang sihat.

 
     
 

Cara Mengetahui Perbezaan Antara Deodoran dan antiperspiran

Untuk memelihara dan menjaga agar kulit sentiasa sihat, tetap kering dan mengelakkan kegatalan, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara deodoran antiperspiran. Ada banyak jenis deodoran dan antiperspirant di pasaran, namun sebelum membuat pilihan samada berdasarkan jenama atau aroma, perlu diketahui beberapa maklumat asas tentang deodoran dan antiperspiran.

1.Deodoran

i. Deodoran digunakan untuk menutup bau atau memusnahkan bakteria yang menyebabkan bau. Ia tidak berfungsi untuk menghalang pengeluaran peluh, tetapi sebaliknya berfungsi menghilangkan kesan-kesan sampingan apabila sesaorang berpeluh, samada dengan memusnahkan bakteria yang berperanan melakukan penguraian peluh, punca bau yang tidak enak.

ii. Deodoran boleh digunakan pada mana-mana bahagian tubuh, bukan hanya pada bahagian ketiak. Walaupun deodoran sangat popular digunakan pada ketiak, namun ia juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian tubuh, yang biasa mengeluarkan bau yang tidak diingini.

 iii. Deodoran boleh didapati samada dalam bentuk mineral, gel, serbuk, krim dan juga semburan. Bagi deodoran yang dalam bentuk serbuk amat sesuai digunakan pada bahagian kaki, sementara krim dan semburan deodoran sesuai digunakan di bawah lengan atau ketiak.

 

2.Antiperspiran.


i. Ramai menganggap bahawa antiperspiran adalah subset dari deodoran, tapi tanggapan ini sebenarnya tidak tepat. Sebenarnya deodoran menghalang bau, manakala antiperspirants menghalang peluh.


ii. Diantara kandungan utama antiperspiran adalah sebatian aluminium yang berfungsi secara berkesan untuk mengurangkan pengeluaran peluh.


iii. Antiperspirant memasuki tubuh anda melalui saluran peluh dan membentuk plug sementara untuk tidak membenarkan pelepasan keringat. Ia adalah seumpama gabus yang menyekat pembukaan pada sebiji botol.

 

iv. Tidak seperti deodoran, antiperspiran kebiasaannya hanya digunakan pada bahagian ketiak tubuh sahaja, dan jarang digunakan pada bahagian tubuh yang lain.


v. Seperti deodoran, antiperspiran boleh didapati dalam pelbagai bentuk, termasuk gel, krim serbuk, dan  juga semburan.

 

 
     
 
 
 
 
 

 

The information on this website is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace a one-on-one relationship with a qualified health care professional and is not intended as alternative to medical advice or other professional healthcare provider. It is intended as a sharing of knowledge and information from the research and experience of herbal practitioner and our community.  If you may be suffering from any medical condition, or experiencing symptoms or health problems, you should seek immediate medical attention consult  your qualified health care professional. Never delay seeking medical advice, disregard medical advice or discontinue medical treatment because of information on this website.

 
IBU PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3224 8721  Fax : +603-3224 2321 
Email : desaku@streamyx.com
DESAKU MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1, IKS Taman Sri BNO
45200 Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3213 8046
BioAsli  ©  Copyright 2005-2013  All Rights Reserved

 

Rangkaian Ahli

Kami menyediakan pelbagai menu untuk kemudahan anda

  Lupa ID & Kata Laluan
  Malay Version
  English Version
  Arabic Version

Ikut Kami Di

 

Keajaiban Minyak Kelapa Dara

Video : Klik Foto

Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara Sebagai Face Moisturizer

Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara Sebagai Moisturizer Kulit

Minyak Kelapa Dara

Kecantikan melalui Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Deodoran Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Deodoran Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Homemade Deodoran

Minyak Kelapa Dara

Deodoran Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Deodoran Semulajadi

Minyak Kelapa Dara

Buat Deodoran Minyak Kelapa Dara