Cara
Mengetahui
Perbezaan
Antara
Deodoran
dan
antiperspiran
Untuk
memelihara
dan menjaga
agar kulit
sentiasa
sihat,
tetap
kering
dan
mengelakkan
kegatalan,
adalah
penting
untuk
mengetahui
perbezaan
antara
deodoran
antiperspiran.
Ada banyak
jenis
deodoran
dan
antiperspirant
di
pasaran,
namun
sebelum
membuat
pilihan
samada
berdasarkan
jenama atau
aroma,
perlu
diketahui
beberapa
maklumat
asas tentang
deodoran
dan
antiperspiran.
1.Deodoran
i. Deodoran
digunakan
untuk
menutup
bau
atau
memusnahkan
bakteria
yang
menyebabkan
bau.
Ia tidak
berfungsi
untuk
menghalang
pengeluaran
peluh,
tetapi
sebaliknya
berfungsi
menghilangkan
kesan-kesan
sampingan
apabila
sesaorang
berpeluh,
samada
dengan
memusnahkan
bakteria
yang
berperanan
melakukan
penguraian
peluh, punca
bau yang
tidak enak.
ii.
Deodoran
boleh
digunakan
pada
mana-mana
bahagian
tubuh,
bukan
hanya
pada
bahagian
ketiak.
Walaupun
deodoran
sangat
popular
digunakan
pada
ketiak,
namun ia
juga sesuai
digunakan
pada
mana-mana
bahagian
tubuh,
yang biasa
mengeluarkan
bau
yang
tidak
diingini.
iii.
Deodoran
boleh
didapati
samada dalam
bentuk
mineral,
gel,
serbuk,
krim
dan
juga
semburan.
Bagi
deodoran
yang dalam
bentuk
serbuk amat
sesuai
digunakan
pada
bahagian
kaki,
sementara
krim dan
semburan
deodoran
sesuai
digunakan
di
bawah
lengan
atau ketiak.
2.Antiperspiran.
i. Ramai
menganggap
bahawa
antiperspiran
adalah
subset
dari
deodoran,
tapi
tanggapan
ini
sebenarnya
tidak tepat.
Sebenarnya
deodoran
menghalang
bau,
manakala
antiperspirants
menghalang
peluh.
ii. Diantara
kandungan
utama
antiperspiran
adalah
sebatian
aluminium
yang
berfungsi
secara
berkesan
untuk
mengurangkan
pengeluaran
peluh.
iii.
Antiperspirant
memasuki
tubuh
anda
melalui
saluran
peluh
dan
membentuk
plug
sementara
untuk
tidak
membenarkan
pelepasan
keringat.
Ia adalah
seumpama
gabus
yang
menyekat
pembukaan
pada
sebiji
botol.
iv.
Tidak
seperti
deodoran,
antiperspiran
kebiasaannya
hanya
digunakan
pada
bahagian
ketiak
tubuh sahaja,
dan
jarang
digunakan
pada
bahagian
tubuh
yang lain.
v.
Seperti
deodoran,
antiperspiran
boleh
didapati
dalam
pelbagai
bentuk,
termasuk
gel,
krim
serbuk,
dan
juga
semburan.
|