Login Ahli   Home | Produk Daftar Ahli  | Yahoo Messenger  | Hantar Email | Tel. Syarikat       
   
  Produk : Kosmetik Anggun Series  

 

 Bookmark and Share 

No Telefon Syarikat

  Kesihatan
Kosmetik & Kecantikan
Aksesori
  Suami & Isteri
Topuo & SMS
Blog & Shop Online
 
     Kosmetik Anggun Series     Cara Penggunaan  
             
    Video berkenaan Enzim     Bahaya Hydroquinone  
             
    Download Flyers        
 
 

     
 

Anggun Series

 
 

Bebas dari Hydroquinone

 
     
 

 
 

 

APAKAH ITU HYDROQUINONE?

Hydroquinone adalah sejenis bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hydroquione adalah untuk membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih. Sebenarnya bahan hydroquione digunakan untuk proses mencuci gambar. Malangnya pada hari ini ia dicampurkan secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai agen pemutih kulit yang menyebabkan kulit semakin nipis dan mengelupas. Sebenarnya hydroquinone adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye’.

 

Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4%.

 

 

 

BAGAIMANA HYDROQUINONE DIGUNAKAN?

Pada kebiasaanya ia disapu pada kulit 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Ia tidak boleh digunakan berhampiran mulut atau mata. Ia juga tidak boleh digunakan pada kesan terbakar cahaya matahari (sun burn) ataupun di tempat luka.

Kesan perubahan boleh dilihat di dalam masa 4 - 6 minggu. Ketika menggunakan hydroquinone, kulit akan menjadi sensitif dan cahaya matahari hendaklah dielakkan.

Kesan pencerahan hydroquinone bertahan hanya selama 4 - 6 bulan dan tidak berkekalan. Oleh itu, penggunaan krim haruslah berterusan. Sekiranya tiada kesan selepas 3 bulan, aplikasi hydroquinone perlu diberhentikan.

MENGAPA HYDROQUINONE BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?

Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association) di Amerika telah mencadangkan untuk mengharamkan penjualan hydroquinone 2% kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor. Ini bermakna hanya doktor sahaja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone walaupun dengan kekuatan 2%. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi.

Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya. Ia lama kelamaan berkurangan.

Kesan allergi kepada hydroquinone juga telah dilihat kepada si pemakai. Allergic contact dermatitis adalah alahan kulit apabila terkena ubat ini. (lihat gambar di atas). Ochronosis adalah satu penyakit kulit yang jarang-jarang berlaku ketika menggunakan hydroquinone. Ia menyebabkan kulit menjadi tebal dan hitam di tempat kulit terdedah kepada bahan itu. Ia biasanya berlaku kepada orang kulit hitam.

Walaupun tiada data yang lengkap kepada manusia, eksperimen kepada binatang menunjukkan kaitan di antara hydroquinone dengan kanser kulit. Ada juga hypothesis (belum dibuktikan) yang mengaitkan bahan ini dengan kanser leukemia. Ini adalah kerana hydroquinone adalah hasil metabolite daripada penguraian benzene, sejenis penyebab kanser.

Penggunaan hydroquinone oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu harus dielakkan kerana tidak ada kajian khusus telah dijalankan. 

KESAN SAMPINGAN HYDROQUINONE SELEPAS MENGGUNAKANNYA

-          Penghitaman kawasan kulit, terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.

-          Kawasan kulit boleh terluka, terbakar, kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.

-          Turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.

-          Jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan kesan terbakar pada mata dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam.

-          Jika tidak digunakan selama beberapa hari kulit akan menjadi hitam dan bertompok.

-          Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana, proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultara ungu dan sinaran matahari berlebihan yang berpotensi mendapat kanser kulit.

Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.

Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar. 

APAKAH ITU TRETINOIN?

Merupakan bahan kimia terbitan vitamin A dan biasanya digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris).

KESAN SAMPINGAN TRETINOIN

-          Rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitive kepada cahaya ultra violet.

Kesan jangka panjang produk yang mengandungi bahan ini, boleh mencacatkan wajah, dan pengguna dinasihatkan supaya menghentikan penggunaanya jika merasa kesan pedih atau kulit muka kemerah-merahan selepas memakainya.

Dan nasihat yang dikeluarkan, wanita tidak perlu ghairah untuk memutihkan kulit muka dengan menggunakan produk yang tidak pasti keselamatannya.

Kenyataan ini diambil dari laman web Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik yang telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

 
 

 
Desaku Maju Marketing
(SA0030870-W)
NO.15 Jln PPSL1Pusat Perniagaan Sungai Lias,
45300,Sungai Besar,Selangor,Malaysia
Tel: +603-3224 8721  Fax :  + 603-3224 2321  Email : desaku@streamyx.com
© Copyright 2005. DesaKu.net.  All Right Reserved
 
 

The Magic of Coconut Oil

Video : Click Foto

Dr . Bruce Fife

Cancer & thyroid vs Virgin coconut oil

Dr . Newport

Penyakit Alzhimer sembuh dlm 37 hari

A Case study..click

Dr . Marcola

Experience the many benefit of v.coconut oil

More info..click

Dr.Howard

Virgin Coconut Oil health benefits for the body

Ressa

Weight loss with virgin coconut oil

Wak Saujud

Kencing Manis & Gout

Anak En.Azhar

Eczema sejak kecil, kini berangsur pulih.

Keluhan Isteri

Fahamilah wahai parasuamiku..

Sakit kulit

Psioriasis - kulat

Dr.Bambang

Prostat dan kesihatan

Testimoni

Resdung & Alahan

Prof. Dr.Maray

Vco the best of oil

World Model

VCO for hair & body lotion

Pn.Ana - JB

Luka kemalangan & gestrik

Testimoni

Hebatnya VCO31

Argan Oil

The Golden Oil from Morocco

Mr. Alex

Coconut oil - boosts energy, boosts metabolism and is the safest oil

Justin Kunst

How to get a Faster Metabolism with Coconut Oil

Reduce Fat

Coconut Oil & Coffee and Ketosis-Amazing results!

Makes You Younger!

Secret Miracle "Trick"

Coconut Oil Diet 2011

Diet solution

Coconut Oil for Hair

Hair Secrect

Ian Blair Hamilton and Cassie Bond

Our story - Alzheimers' and Coconut Oil

DR.Mercola

Is Coconut Oil REALLY Healthy?