Login Ahli

Home

Menu

Daftar Ahli

TV Bioasli

Stokis

Promoter

Jadual Demo

 Gambar Demo

English Version

 
 

 

PEMAKLUMAN

( Status keahlian di Bioasli )

Berkuatkuasa : 01/02/2011

 

 

Di Bio-asli, matlamat kejayaan , usaha   untuk mencapai kejayaan, dan nikmat mencapai kejayaan, segalanya dilakukan secara bersama. Dari itu berjaya atau gagal, cepat atau lambat seseorang mencapai kejayaan di dalam sistem Bio-asli sangat berhubung kait dengan setiap ahli di dalam rangkaiannya.

Seseorang yang hebat, gigih berusaha, menaja tiada henti, tidak pernah gagal dalam pembelian bulanan, jika terdapat di dalam rangkaiannya ahli yang lemah, tiada usaha serta kesungguhan, tidak pernah menaja ahli baru, serta tidak membuat sebarang belian bulanan, berarti ia akan menghadapi masalah dalam meraih semua manfaat yang terdapat di Bioasli.

Oleh itu hargai usaha gigih orang lain, bantu mereka dalam mencapai impian kejayaan mereka dan anda juga di dalam sistem Bioasli. Jika tidak, anda bukan sahaja menggagalkan diri anda, tetapi anda turut membantut dan menghalang kejayaan orang lain.

Oleh hal yang demikian, bagi menjamin keberkesanan sistem, dan merealisasikan impian kejayaan ramai ahli-ahli Bioasli, dengan ini pihak syarikat menggariskan satu  ketetapan seperti berikut :-

Ketetapan (1).

1.1.      Mana-mana ahli, dari mana-mana juga rangkaian yang terbina di dalam sistem Bioasli,yang didapati tidak aktif, tidak menunjukkan komitmen, tidak pernah menaja ahli-ahli baru sebagai downline,dan tidak membuat belian bulanan, selama tiga (3) bulan berturut-turut, dan ahli berkenaan dikenal pasti oleh ‘Upline’ mereka, kemudian dimaklumkan oleh ‘Upline’ mereka kepada pihak syarikat, serta di pohon oleh ‘Upline’ mereka kepada pihak syarikat untuk tindakan, maka jika pihak syarikat mendapati segala lapuran dan tuntutan ‘Upline’ mereka benar dan berasas, maka ahli berkenanaan boleh digantikan kedudukan mereka dalam rangkaian susunatur ahli yang asal. Dengan yang demikian keahlian Bioasli ahli berkenaan dengan itu juga terbatal, dan segala kemudahan dan manfaat yang sewajarnya diperoleh sebagai ahli akan terbatal dengan sendirinya. Tempat atau kedudukan keahlian mereka di dalam rangkaian susunatur ahli akan digantikan dengan ahli yang lain, dengan persetujuan ‘direct sponsor’  dan ‘Upline’.

 

1.2.      Walaubagaimanapun hal yang tersebut hanya dapat dilaksanakan setelah prosedur berikut dipatuhi.

i.             ‘Upline’ telah membuat semakan terhadap ahli (‘Downline’)

ii.            ‘Upline’ telah menghubungi dan berbincang dengan ahli (‘Downline’) berkenaan.

iii.           ‘Upline’ telah membuat aduan serta permohonan untuk tindakan pihak syarikat.

iv.          Pihak syarikat telah menghubungi dan berbincang dengan ahli (‘Downline’) berkenaan.

1.3  Pihak syarikat akan membuat keputusan dan keputusan adalah muktamad.

1.4   Pihak syarikat akan memaklumkan keputusan berkenaan kepada ‘Upline’ dan ahli (‘Downline’) berkenaan.

1.5    Walaubagaimanapun ahli berkenaan  pada bila-bila masa juga boleh mendaftar semula sebagai ahli Bioasli (percuma), dan ia dengan itu layak mendapat manfaat dan segala kemudahan yang sepatutnya diperolehi oleh setiap ahli Bioasli.

 

Ketetapan (2).

2.1     Mana-mana ahli, dari mana-mana juga rangkaian yang terbina di dalam sistem Bioasli,yang didapati tidak aktif, tidak menunjukkan komitmen, tidak pernah menaja ahli-ahli baru sebagai downline, dan tidak membuat belian bulanan, selama enam (6) bulan, maka ahli berkenanaan boleh digantikan kedudukan mereka dalam rangkaian susunatur ahli yang asal atau keahliannya akan dipadm dari database Bioasli, secara serta merta. Dengan yang demikian keahlian Bioasli ahli berkenaan dengan itu juga terbatal, dan segala kemudahan dan manfaat yang sewajarnya diperoleh sebagai ahli akan terbatal dengan sendirinya.

2.2     Tempat atau kedudukan keahlian mereka di dalam rangkaian susunatur ahli akan digantikan dengan ahli yang lain, dengan persetujuan ‘direct sponsor’  dan ‘Upline’.

2.3     Untuk bahagian ini, prosedur sebagaimana ketetapan (1). Bahagian 1.2 tidak perlu dilaksanakan.

2.4     Walaubagaimanapun ahli berkenaan  pada bila-bila masa juga boleh mendaftar semula sebagai ahli Bioasli (percuma), dan ia dengan itu layak mendapat manfaat dan segala kemudahan yang sepatutnya diperolehi oleh setiap ahli Bioasli.

 

Nota : Bukanlah menjadi amalan kebiasaan Bioasli mengeluarkan atau memadam keahlian dari database mana-mana ahli dari senarai keahlian. Namun demi untuk menjaga kemaslahatan dan kebaikan semua ahli, peraturan ini dirasakan wajar dan munasabah. Ini bagi memastikan mereka (ahli Bioasli) yang benar-benar jujur berjuang di Bioasli berjaya mencapai impian menjana pendapatan lumayan dan seterusnya menjadi Jutawan senyap.

 

 
 
 

Enter

 

 
Desaku Maju Marketing
(SA0030870-W)
NO.1,2&3 IKS Tmn. Seri B.N.O
45200 Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3213 8046  Fax :  + 603-3213 6563  Email : desaku@streamyx.com @ e_hijau@tm.net.my
© Copyright 2005. DesaKu.net.  All Right Reserved