|
|
|
|
|
|
|
Ini adalah halaman berita
untuk ahli Biaoasli menyampaikan maklumat
aktiviti
perniagaan mereka, testimoni pengguna, pengalaman atau
pandangan yang positif untuk dikongsi bersama. Pihak
syarikat sangat mengalu-alukan sumbangan berita dari
anda. Gunakanlah halaman berita ini untuk kita sama-sama
berjaya dalam membina pendapatan & kehidupan ke arah
yang lebih baik - Admin |
|
Nota : Kod untuk
link kan URL anda :
<a href="http://www.blogbioasli.com/a0001">http://www.blogbioasli.com/a0001</a>
Keterangan : Walaupun anda menulis
kod berwarna merah dan biru tapi yang akan terpapar
nanti ialah yang berwarna biru sahaja. |
|
Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baru Bioasli Tarikh berita dimasukkan: 2/3/2011
Pusat Perniagaan Sungai Lias, Sungai Besar, 27 Februari 2011 jam 9.00 pagi bertempat di hadapan Pejabat Baru Bioasli telah berlangsung Majlis Perasmian Pejabat Baru Bioasli di Pusat Perniagaan Sungai Lias.
Majlis dihadiri oleh YDH Dato’ Haji Baharin@Abdullah Bin Mat Akhir, Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam bersama Pegawai-pegawai Daerah Sabak Bernam, Leader dan Skuad Elit Bioasli serta ahli-ahli Bioasli seluruh Malaysia.
Aturcara majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat serta ahli bioasli dari seluruh negeri, ucapan pengerusi majlis serta bacaan doa.
Acara kemuncak Majlis Perasmian Pejabat Baru Bioasli dimulakan dengan ucapan Pengarah Urusan Bioasli iaitu Tuan Haji Ishak Bin Basiran, diikuti dengan upacara perasmian pejabat baru oleh YDH Dato’ Haji Baharin@Abdullah Bin Mat Akhir dan Tuan Haji Ishak Bin Basiran, Majlis diteruskan lagi dengan lawatan ke dalam ruang pameran pejabat baru bioasli dan penerangan mengenai minyak kelapa dara serta produk oleh Tuan Haji Ishak Bin Basiran.
Aturcara seterusnya, acara cabutan bertuah 100 hamper serta cabutan bertuah untuk pembelian produk bioasli RM 150 ke atas di selangi dengan minum pagi untuk tetamu yang hadir. Selain itu, turut diadakan sesi khas bersama doktor dan pakar perubatan. Sesi ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada ahli dan bukan ahli mengenai kebaikan serta khasiat minyak kelapa dara dalam kehidupan masa kini. Ini adalah selaras dengan moto Bioasli iaitu “herba khazanah alam”.
Pada sebelah petang, aturcara diteruskan dengan lawatan ke kilang Bioasli di Bagan Nakhoda Omar. Di sana, para ahli bioasli diberi penerangan serta demonstrasi mengenai cara pembuatan minyak kelapa dara serta produk-produk bioasli yang lain.
Bagi pihak staf Bioasli, Tuan Haji Ishak Bin Basiran, Pengarah Urusan Bioasli mengucapkan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih kepada YDH Dato’ Haji Baharin@Abdullah Bin Mat Akhir , Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam kerana sudi hadir dan merasmikan Pejabat Baru Bioasli. Ucapan penghargaan terima kasih juga kepada Leader dan Skuad Elit Bioasli serta ahli-ahli Bioasli yang terlibat dalam menjayakan Majlis tersebut.
Berita Dan Pengumuman
(Sumbang Berita)
|