|
|
|
|
|
|
|
Ini adalah halaman berita
untuk ahli Biaoasli menyampaikan maklumat
aktiviti
perniagaan mereka, testimoni pengguna, pengalaman atau
pandangan yang positif untuk dikongsi bersama. Pihak
syarikat sangat mengalu-alukan sumbangan berita dari
anda. Gunakanlah halaman berita ini untuk kita sama-sama
berjaya dalam membina pendapatan & kehidupan ke arah
yang lebih baik - Admin |
|
Nota : Kod untuk
link kan URL anda :
<a href="http://www.blogbioasli.com/a0001">http://www.blogbioasli.com/a0001</a>
Keterangan : Walaupun anda menulis
kod berwarna merah dan biru tapi yang akan terpapar
nanti ialah yang berwarna biru sahaja. |
|
3 hari 3 malam makan angin di Bangkok dan Pattaya Tarikh berita dimasukkan: 11/23/2010
3 hari 3 malam di Bangkok dan Pattaya
Jumaat,19 November 2010 :-
Staf bioasli termasuk pengarah urusan Hj Ishak Basiran serta keluarga dan ahli-ahli bertuah siap berkumpul di Lapangan Terbang antarabangsa kuala lumpur pada pukul 6.45 petang. Check in ke balai berlepas selepas maghrib dan menaiki bas ke terminal pelepasan beramai-ramai. Menaiki pesawat Royal Jordanian pada pukul 10.30 malam dan tiba ke Bangkok pada pukul 12.00 tengah malam. Di sambut oleh agen pelancongan yang popular dengan nama Bob,kami di bawa ke Dinasty Hotel untuk melepaskan lelah dan menyimpan tenaga untuk aktiviti yang telah di tetapkan pada esok hari.
Sabtu,20 November 2010:-
Kami bersiap untuk bertolak memulakan aktiviti pertama. Bersarapan secara buffe di restoran hotel,kami siap berkumpul di dalam bas dan teus bertolak ke tempat pelancongan pertama. Kami di bawa menaiki bas menyusuri jalan-jalan di sekitar kota raya Bangkok. Seterusnya kami menyusuri sungai Chaophaya menaiki bot untuk melawat Wat Arun Temple. Kami di sajikan dengan kemegahan senibina asli Thailand dan patung-patung yang tidak terbilang jumlahnya. Sekitar satu jam kami di situ,kami merentasi sungai semula untuk menaiki bas pergi ke tempat seterusnya iaitu Leather Shop. Kami di tunjukkan hasil-hasil kraf dari kulit-kulit haiwan seperti kulit buaya,gajah,ikan pari dan bermacam lagi. Lebih kurang setengah jam di kedai kulit ini,kami menerukan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Safari World. Selepas menjamu selera di restoran,kami di bawa untuk menyaksikan pertunjukkan ikan lumba-lumba dan ikan paus yang cukup menarik. Seterusnya kami di bawa menulusuri sekitar safari untuk melihat haiwan-haiwan yang bermacam-macam dan seterusnya di bawa ke pertunjukkan SpyWar yang seakan-akan benar. Setelah tamat pertunjukkan kami menaiki bas untuk meneruskan perjalanan ke Crystal Palace di Pattaya . Perjalanan mengambil masa 2jam dan kami selamat tiba ke hotel pada pukul 7.00malam dan terus di bawa menikmati hidangan makan malam dan sudah semestinya di sajikan dengan tomyam yang menjadi makanan istimewa pelancong ke Thailand. Sebelah malam pula kami bebas untuk melakukan aktiviti dan kebanyakan dari kami mengambil kesempatan ini untuk menulusuri jalan-jalan sekitar Bandar Pattaya yang cukup indah dan menarik.
Ahad,21 November 2010:-
Selepas sarapan,kami terus menaiki bas pada pukul 7.30 pagi untuk pergi ke Koh Laan Coral Island. Dengan menaiki bot laju dari pantai,kami singgah sebentar di depot sukan air untuk mencuba sukan-sukan air yang di sediakan di situ. Kami mencuba parasailing yang sangat mengujakan. Setelah itu,kami di bawa menaiki dua buah bot laju untuk meneruskan perjalanan ke Coral Island yang mengambil masa 25 minit. Setibanya di Coral Island,pasir putih dan air laut yang cukup bersih dan cantik menyambut ketibaan kami. Kami di beri kebebasan untuk melakukan aktiviti antaranya banana bot,scuba,berenang bebas dan macam-macam lagi. Kami pulang semula ke pantai pada pukul 11.00 pagi dan sekali lagi menaiki bot laju selama 25 minit untuk sampai ke pantai. Selepas mandi dan bersiap di hotel,kami di bawa menikmati hidangan makan tengah hari di restoran halal di perkampungan islam Pattaya. Setelah Bob ke Pattaya Floating Market untuk melihat pemandangan dan merasi suasana perniagaan di atas air menggunakan sampan. Seterusnya kami pergi ke Nong Nooch Village untuk melihat persembahan kebudayaan,persembahan tarian tradisional,gajah dan banyak lagi. Lebih kurang 1 jam di situ,kami di bawa pula ke perusahaan Royal Honey. Kami di beri penerangan mengenai kehebatan madu lebah dan produk-produknya. Sebelah malamnya kami di beri kebebasan melawat pasar malam yang cukup besar dan bermacam-macam aneka benda,pakaian,dan segala macam ada disitu. Sebelum pulang ke hotel,kami singgah di Amir Halal Restoran untuk makan malam dan kembali ke hotel untuk aktiviti bebas.
Isnin,22 November 2010:-
Selepas bersarapan kami terus di bawa ke Jewelry Shop iaitu perusahaan berlian di Thailand. kami di beri penerangan dan di bawa ke pusat jualan untuk melihat sendiri dan membeli belah. Seterusnya kami di bawa ke Pusat Herba Tradisional Thailand dan di beri penerangan. Selepas itu kami singgah makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Suvharnabhumi Bangkok untuk menaiki penerbangan Royal Jordanian ke Kuala Lumpur. Penerbangan bertolak pada pukul 3.30 petang dan kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.30 petang waktu tempatan.
Berita Dan Pengumuman
(Sumbang Berita)
|