<% id = Request.QueryString("id") %>
 

 

Sila klik untuk semak hadiah wang tunai (Money Pool)

Klik -  Tawaran

Klik di sini untuk BERITA

Ini adalah halaman berita untuk ahli Biaoasli menyampaikan maklumat aktiviti perniagaan mereka, testimoni pengguna, pengalaman atau pandangan yang positif untuk dikongsi bersama. Pihak syarikat sangat mengalu-alukan sumbangan berita dari anda. Gunakanlah halaman berita ini untuk kita sama-sama berjaya dalam membina pendapatan & kehidupan ke arah yang lebih baik - Admin 
Nota : Kod untuk link kan  URL anda :    <a href="http://www.blogbioasli.com/a0001">http://www.blogbioasli.com/a0001</a>   Keterangan : Walaupun anda menulis kod berwarna merah dan biru tapi yang akan terpapar nanti ialah yang berwarna biru sahaja.

Cegah melecur dengan VCOP
   Tarikh berita dimasukkan: 10/22/2010

   

 

Pengguna : Pn.Rosiah
H/P : 0123596620
Tarikh Kejadian :20/09/10
Lokasi : Senawang,N.Sembilan
Produk di gunakan : Minyak Kelapa Dara Asli
Asid formic atau lebih di kenali sebagai cuka getah adalah pemangkin untuk proses pembekuan susu getah(lateks). Sifatnya yang menghakis boleh mendatangkan kecedaraan seperti melecur dan buta jika terkena pada mata jika tidak di kendali dengan cermat dan berhati-hati. Namun begitu,manusia merancang dan Allah yang menentukan. Malang tidak berbau bagi puan Rosiah yang merupakan penoreh getah sejak bertahun-tahun dahulu,apabila kemalangan telah berlaku dan menimpanya ketika sedang melakukan kerja-kerja membekukan susu getah. Pada hari Isnin tersebut,dalam hujan renyai-renyai beliau ingin menyegerakan kerja-kerja dan pulang awal ke rumah. Oleh kerana licin,tanpa di sedari ketika mencapai bekas berisi cuka getah(asid formic) tersebut,tiba-tiba ia terjatuh dan sebahagiannya terpercik ke badan dan muka beliau. Serta merta kulitnya mula memerah dan melecur di sebabkan sifat penghakis asid tersebut. Dengan menahan kesakitan,beliau berlari ke rumah dan mengambil minyak kelapa dara asli keluaran bioasli yang sentiasa menjadi keperluan di rumahnya dan segera menyapukan ke bahagian kulit yang terkena cuka getah tadi. Kesakitan yang di alami agak reda dan beliau terus merujuk kepada klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Doktor yang merawat beliau amat terkeju kerana kesan pada kulit yang terkena cuka getah itu tidak melecur dengan teruk. Doktor tersebut menyatakan terdapat kes sepertinya pada minggu sebelumnya dan mangsa cedera melecur dengan teruk sekali. Puan Rosiah menceritakan pada doktor bahawa beliau telah menyapukan minyak kelapa dara asli keluaran Bioasli pada tempat tersebut dan sendiri merasa tidak percaya dengan kesannya. Beliau bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Bioasli kerana mengeluarkan produk hebat ini.




Berita Dan Pengumuman  (Sumbang Berita)
 
Desaku Maju Marketing
(SA0030870-W)
NO.1,2&3 IKS Tmn. Seri B.N.O
45200 Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
Tel:+603-3213 8046  Fax :+ 603-3213 6563 
Email : desaku@streamyx.com @
© Copyright 2005. DesaKu.net.  All Right Reserved