<% id = Request.QueryString("id") %>
H o t l i n e  :  0 3-3 2 1 3  8 0 4 6  @  0 1 9 - 3 8 8 0 0 9 8   Fax : 0 3-3 2 1 3  6 5 6 3       Waktu pejabat  :  Isnin~Sabtu :  8.30 am  ~ 5.30 pm.
Bio-Asli Utama Produk Testimoni Daftar Keahli Belian Stokis Mentor
Produk Baru akan dilancarkan : Love Cream Isteri ( kod= Love i ) + Love Cream Suamir  ( kod= Love S ) & Teh Herba Manisan Stevia + Mas Cotek + Misai kucing serta CD syarikat
Bilangan Pengunjung
Blackberry Pearl
Bermula 1/6/2006
 Login                

 

 Katalaluan  
 Masuk

Hubungi Kami - percuma & cepat
Hantar message @ PC to PC call

 

TESTIMONI PENGGUNA

  . Minum Minyak Kelapa Dara...???

  . Sakit badan dan sendi

  . Resdung

  . 20 Tahun  resdung.

  . Pesakit Jantung
  . Suami Hebat
  . Isteri Istimewa
  . Kes-Ruam
INFO KESIHATAN
Jurnal/Rencana/Buku
Majalah/Akhbar/Internet

. Metabolisma dan Energi

. Pertahanan  Penyakit

. Virus dan bakteria super

. Berat Badan Ideal

. Susu Ibu dan MCFA

. Kulit dan Rambut

. Pebesaran Saluran   Kencing

. Sistem Pencernaan dan Zat

. Pencegahan AIDS

. Pencegah Penyakit Jantung

. Proses Penuaan,awet muda

. Resdung

. Kanser

. Luka Radikal Bebas

. Gejala Kelelahan Kronis

. Kencing Manis (Diabetes)

. Darah Tinggi

KEBAJIKAN ANDA

TAHFIZ QURAN-SG.TENGAR

Tahfiz Quran (T. Intan Perak)

100 % Asli-Natural

100 % Asli-VCOP + MADU
Keahlian dibuka kepada semua : Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia dan lain-lain negara
Darah Tinggi Tairoid Hilang berat badan Sakit Kulit Kronik Buasir Lemah & Lesu

 

TESTIMONI PENGGUNA

Anda sangat dialu-alukan mengirimkan email pengalaman anda setelah menggunakan produk Bio-Asli, Email yang sesuai akan disiarkan di halaman web ini dan pihak syarikat akan memberi hadiah istimewa kepada email yang terpilih. Kami juga akan merasiakan latar belakang anda jika diminta-Terima Kasih.

Kes 1 : PENYAKIT ASTHMA

 

PROJEK KHAS             :    MENGUJI KHASIAT & KEUPAYAAN PENYEMBUHAN PRODUK
                                    Bio-Asli Desaku.
PRODUK  UJIAN          :     MINYAK KELAPA DARA  + HABBATUS SAUDA’  (VCO+HABBATUS SAUDA’)
PENERIMA  RAWATAN  :     EN. MAT AMIN BIN MUBIN
NO. K/P                    :     580401 – 08 – 6591
ALAMAT                    :     KG. SUNGAI TENGAR, 45100 SG AIR TAWAR,
                                     SABAK BERNAM, SELANGOR.     
MASALAH DIHADAPI     :     ASTHMA

      RINGKASAN MASALAH YANG DIHADAPI  :

 Penerima rawatan  adalah pekebun kelapa. Melakukan semua kerja-kerja kebun disamping berbagai kerja lain yang terdapat di persekitaran daerah Sabak Bernam.Mula mengalami tanda-tanda  gejala asthma seperti batuk, tidak bermaya, dan yang paling parah kesukaran bernafas, sekitar tahun 1978, ketika berumur 20 tahun. Tidak dapat dipastikan samada penyakit dihidapi dari faktor  luaran atau sebab keturunan, memandangkan bapa pesakit juga mengalami penyakit yang sama.

 Kini sudah mempunyai enam orang anak. Masih melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan kelapa. Malangnya gejala penyakit beliau semakin bertambah parah, sehingga terpaksa sentiasa berbekal kepada alat perawatan ‘inhaler’ dan tablet. Disaat serangan kronik kebiasaannya beliau terpaksa mendapatkan suntikan dari klinik berhampiran. Waktu cuaca sejuk atau cuaca terlalu panas adalah merupakan permasalahan bagi beliau, kerana dalam keadaan tersebut, beliau selalu mengalami sesak nafas dan sering mendapat serangan kronik. Dalam kehidupan harian terpaksa berpantang dari memakan makanan sejuk seumpama tembikai, timun, rambutan dan air batu kerana makanan tersebut sering juga mendatangkan masalah yang sama.

 Diluar waktu serangan penyakit, biasanya beliau hanya mampu menyudahkan mengopek kelapa berjumlah hanya sekitar 50-60 biji sehari. Keadaan ini sebenarnya amat menyukarkan kehidupan beliau sekeluarga, disamping ketidakselesaan beliau sendiri dalam melakukan kerja-kerja harian.

 Atas dasar kebajikan disamping ingin membuktikan keupayaan penyembuhan produk Bio-Asli, kami menawarkan beliau produk percuma (minyak kelapa dara + habbatus sauda’)  untuk rawatan. Pada peringkat awal pengambilan (minum), beliau mengalami pengeluaran kahak pada kadar yang luarbiasa banyak dan ia berlaku sehingga  lebih dari seminggu.

 Kini beliau baru menghabiskan botol pertama minyak berkenaan dengan jadual pengambilan satu sudu makan setiap waktu pagi, tengahari dan malam.

 Berikut adalah jadual charta perkembangan proses perawatan beliau.

 

 

                   

GEJALA

 

 

MASA

BATUK

LETIH

SUKAR B’NAFAS

CATITAN

JANUARI ‘07

 

 

 

 

MINGGU 01

      /

       /

     /

Keluar kahak yang banyak (hijau)

MINGGU 02

      X

       /

     /

Tidak lagi bergantung pada ‘inhaler’

MINGGU 03

      X

       X

     /

Lebih selesa bernafas

MINGGU 04

      X

       X

     /

Mampu mengopek 600 biji kelapa sehari

FEBRUARI ‘07

 

 

 

 

MINGGU 01

 

 

 

 Badan dan dada rasa lebih selesa(sihat)

MINGGU 02

 

 

 

 

MINGGU 03

 

 

 

 

MINGGU 04

 

 

 

 

MARCH ‘07

 

 

 

 

 

KES : SAKIT-SAKIT BADAN  DAN SENDI

PROJEK KHAS                     : MENGUJI KHASIAT & KEUPAYAAN PENYEMBUHAN

                                           PRODUK Bio-Asli Desaku.

 PRODUK  UJIAN                  : MINYAK KELAPA DARA  + HABBATUS SAUDA’

                                         (VCO+HABBATUS SAUDA’)

 PENERIMA  RAWATAN         : EN. MASHOAD BIN MOHAMED

 ALAMAT                           : JALAN HJ. SHUKUR, NO. 4, PPRT SG.TENGAR

                                         UTARA, 45100 SG AIR TAWAR,

                                         SABAK BERNAM, SELANGOR D.E.

 MASALAH DIHADAPI           :  SAKIT-SAKIT BADAN  DAN SENDI

 RINGKASAN MASALAH YANG DIHADAPI  :

 Bekerja di kebun kelapa dengan berbagai tugas sejak dari usia remaja. Semenjak enam tahun terakhir ini, bersama dengan isteri, beliau membuka industri kecil (membuat biskut) untuk musim-musim perayaan, disamping masih lagi melakukan kerja-kerja dikebun kelapa. Dengannya beliau menyara anak-anak seramai 2 orang dan seorang isteri. 

Sekitar pertengahan tahun 2006, beliau mengalami sedikit masalah kesihatan, cepat letih dan kurang bermaya untuk bekerja di kebun. Di waktu tertentu beliau terpaksa tidak pergi ke kebun kerana tidak bertenaga dan hilang semangat. Dengan umur beliau yang kian meningkat, beliau pada mulanya beranggapan bahawa masalah tersebut adalah gejala peningkatan usia tua. Banyak jenis ubat yang telah dicuba. Akhirnya mencuba Minyak kelapa dara + habbatus sauda’ Bio-Asli, DesaKu.

 Sesuatu yang agak memeranjatkan, pada minggu pertama mengkonsumsi minyak kelapa dara + habbatus sauda’, beliau mengalami pendarahan semasa membuang air besar. Bagaimanapun beliau masih meneruskan mengkonsumsi minyak berkenaan, botol pertama. Dalam minggu kedua, pendarahan tidak berlaku lagi. Apa yang menggembirakan beliau, tenaga dan semangat beliau kembali datang, dan beliau mampu bekerja kuat dikebun dan dengan waktu yang panjang. 

Sekarang masih mengkonsumsi minyak kelapa dara + habbatus sauda’. Beliau dan juga kami di Desaku  berharap agar kesihatan beliau berterusan dengan asbab khasiat minyak kelapa dara + habbatus sauda’, khazanah dari alam ciptaan Tuhan.

Kes : Kurang selera makan dan badan terasa lemah.

Nama : Utz Samsudin B Hj. Sakawi @Hj. Abd Hamid

Alamat : No 55 Batu 61 Sg. Lias 45300 Sg. Besar Selangor

Umur :65 Tahun

 Ustad Samsudin dilahirkan pada tahun 1942 di Sg Besar.  Dalam usia mencecah 60-an beliau mengalami masalah sakit dada @ kesukaran untuk bernafas. Beliau juga sering pengsan & pitam. Akibat daripada kejadian pitam & kesukaran bernafas yang berulang kali itu, beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Keputusan pemeriksaan mengesahkan, bahawa beliau sebenarnya menghidap penyakit lemah jantung iaitu kegagalan jantung berfungsi dengan baik kerana urat di sistem jantung   bermasalah. Empat urat utama iaitu Superior vena cava,  Inferior vena cava, pulmonary atery & pulmonary vein telah tepu. Buat makluman anda setiap urat ini bersambung dengan INJAP SABIT, INJAP TRIKUSPID & INJAP BIKUSPID. Kegagalan urat untuk berfungsi akan menyukarkan pengaliran darah beroksigen & tidak beroksigen diantara jantung dan seluruh bahagian tubuh badan yang lain. Seperti yang anda sedia maklum pengaliran darah yang bersistematik adalah perlu untuk memastikan sistem badan yang lain mampu berfungsi dengan baik.

Lantaran itu, pada tarikh 22.12.05, beliau telah menjalani pembedahan dengan mengambil urat kaki kanan bagi menggantikan 4 urat utama jantung beliau. Pembedahan tersebut AlhamdulilLah telah berjaya, manakala masalah sesak nafas dan sakit dada dapat juga diatasi. Walau bagaimanapun keseluruhan anggota badan masih agak lemah dan pucat. Berat badan beliau sehingga bulan Oktober 2006 hanya sekitar 46 kg. AlhamdulliLah setelah meminum Minyak Kelapa Dara + Habbbatus Sauda  (VCOHS), 1 sudu setiap pagi dan 1 sudu setiap petang selam 2 bulan, selera makan meningkat dan badan terasa lebih segar serta lebih bertenaga. Kini pada Februari 2007 berat badan Utz. Samsudin telah meningkat ke 51 kg. Wajah beliau yang sebelum ini kuning pucat, bertukar lebih bermaya dan ceria seperti yang dipaparkan dalam gambar.

Kes 2 : Resdung

Resdung..!

Kecantikan ku terjejas kerananya, Syukur kini ada penawarnya
 ya Tuhan ku. Minyak Kelapa Dara Pure + Habbatus Sauda (Baru)...Bio-Asli

Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung,  kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka. Kadangkala  ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Diantara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik, keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif.

Menurut Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, Pakar telinga, hidung, dan tekak Hosital Pusrawi, Kuala Kumpur, sekiranya resdung dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Disamping pesakit resdung diurus secara yang baik, pengambilan Minyak Kelapa Dara samada Pure atau + Honey dalam pemakanan  akan dapat membantu daya tahan tubuh terhadap bakteria yang menyerang bahagian hidung dan rongga-rongga didalam tulang muka atau serangan virus yang berasal dari selesema biasa terhadap lapisan dalam hidung dan sinus.

Dari beberapa perakuan testemoni pengguna yang menggunakan /menyapukan  Minyak Kelapa Dara pada seluruh bahagian muka dan telinga, disamping mengamalkan meminumnya setiap hari, mendapati mereka tidak lagi mengalami sebarang tanda serangan berulang. Dan yang paling menggembirakan mereka ialah mereka tidak perlu lagi mengambil ubatan yang selama ini menjadi rutin bulanan mereka.

 

20 Tahun derita mengidap resdung.

Nama saya Ishak Bin Basiran, Pengasas syarikat Desaku Trading, Teknologi Desa Hijau Sdn.Bhd (kilang minuman jus ) dan Mudah Niaga Ent. (Kilang Elektronik ), bekas seorang jurutera kanan syarikat multinasional Jepun dan Korea. Saya mula mengidap resdung  secara ketara pada tahun 1986 (tingkatan 5). Diantara gejala awal ketika itu ialah selalu bersin pada waktu pagi , ketika cuaca sejuk dan terkena kipas angin. Memang memeritkan kerana saya terpaksa membawa saputangan atau kertas tisu setiap hari untuk mengelap lelehan hingus , mata gatal dan berair serta selalu sakit kepala , disamping nafas yang berbau, tidak menyenangkan. Keadaan tersebut berlanjutan semenjak tahun 1986 sehingga 1995).

Saya pernah berjumpa doktor pakar tekak, hidung dan telinga di sebuah hospital swasta di jalan pelabuhan Klang, beliau menyarankan supaya saya menjalani pembedahan tetapi saya tidak bersedia. Pada pertengahan tahun 1999 rakan saya, seorang guru memberitahu supaya saya mengambil sutikan diprospan di klinik swasta Sabak Bernam kerana beliau juga mengidap resdung dan selepas disuntik setiap 30 hingga 40 hari ianya dapat mengawal alahan resdung tersebut. Semenjak itu saya terus mengambil suntikan diprospan dari 18.11.1999 hingga 27.12.2005. Saya juga difahamkan oleh beberapa orang doktor tentang kesan sampingan akibat mengambil suntikan dicspousprin tersebut, Mereka menasihati  saya supaya  mencari ubat altenatif yang lain kerana kesan sampingan jangka panjang diprospan boleh mengakibatkan reput tulang, kerosakan pada buah pingang dan pancreas. Jika diambil secara berterusan selama bertahun-tahun boleh mendatangkan risiko mengidap darah tinggi dan kencing manis.

Saya pernah bertanya doktor apakah diprospan? Doktor menjelaskan diprospan ialah sejenis dadah steariods yang dihasilkan secara 'synthetic' bagi membantu menguatkan daya tahan penyakit di mana ia bertindak sebagai 'antibody'. Kenapa saya memerlukannya? Doktor memberitahu 'antibody' badan saya semakin lemah dan beliau menasihati supaya banyak memakan sayuran serta  berpantang beberapa jenis makanan laut untuk mengawal gejala resdung. Dalam pada itu berbagai ubat dan makanan kesihatan telah saya cuba, namun resdung  tetap tidak juga sembuh.

Lebih malang lagi ,setelah hampir 5 tahun mengamalkan suntikan, pada tahun 2003 saya disahkan mengidap darah tinggi      ( sistolis 105 dan distolis 150) . Doktor mewajibkan saya memakan ubat atnolol 50gm setiap hari bagi mengawal tekanan darah tinggi. Bayangkan betapa kecewanya saya, sedangkan bapa dan ibu saya sudah berumur 70 tahun lebih, tidak mengidap darah tinggi atau kencing manis.

Sekitar  awal tahun 2005 saya menghadapi satu lagi masalah keguguran rambut yang pastinya jika tidak di atasi, kepala saya akan jadi botak. Pusing keliling cari ubat, macam-macam petua dah cuba tetapi tidak berhasil. Akhirnya pada satu majlis kenduri kahwin di Sabak Bernam saya bertemu kawan lama yang suatu ketika dahulu berkepala botak (licin) tetapi kini sudah berambut walaupun masih jarang-jarang. Beliau mengesyorkan kepada saya menggunakan 'minyak kelapa' yang beliau gunakan dan hasilkan sendiri. Setelah 3 bulan mencuba, masalah rambut gugur jadi minima. Beliau telah mengajar saya cara membuatnya, alangkah terkejutnya saya rupa-rupanya minyak yang saya pakai itu ialah Minyak Kelapa Dara setelah saya bertanya dengan seorang Prof. Dr di satu ekspo bertempat di Kuala Lumpur walaupun ketika itu kualitinya agak kurang sedikit.

Bermula dari detik itu saya terus membuat kajian demi kajian dan berbagai percubaan untuk menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang berkualiti tinggi kandungan lauric acid dan capric acidnya. Akhirnya saya berjaya menghasilkan minyak yang berkualiti lalu saya namakannya Minyak Kelapa Dara Bio-Asli.

Dari kajian dan pembacaan di internat terlalu ramai pakar-pakar kesihatan memperakui akan khasiat dan kehebatan bagi sesiapa yang meminum atau menggunakan Minyak Kelapa Dara. Ia akan membantu meningkatkan tahap metabolisma dan daya tahan penyakit. Manakala jika disapukan pada kulit tubuh boleh memembunuh berbagai jenis virus, bakteria, kulat dan protozoa. Malahan kulit akan menjadi lebih halus dan segar.

Bermula Oktober 2005 saya mengamalkan secara efektif meminum 2 sudu teh selepas sarapan pagi dan 2 sudu teh setelah makan pada waktu petang . Manakala  untuk kegunaan luaran saya  menyapukannya 2 kali sehari pada waktu pagi dan selepas sembahyang isyak pada waktu malam di seluruh kepala bermula dari dahi, pipi, hidung, telinga luar dan dalam serta rambut sehingga minyak mencecah kulit kepala.(jangan bimbang ia tidak berasa berlengas kerana molikul minyak Kelapa Dara sangat halus dan mudah menyerap ke dalam kulit. Anda akan berasa selesa dan segar seperti menggunakan air  tapi awas jangan terkena mata, agak pedih sedikit tapi tidak bahaya malahan jika anda sakit mata boleh gunakannya sebagai ubat mata ia akan membunuh kuman, untuk sakit mata seeloknya guna sebelum tidur malam).

Setelah tekun mengamalkannya, hasilnya sangat menakjubkan. Saya hampir tidak percaya penyakit resdung yang saya tanggung selama hampir 20 tahun kini menunjukkan tanda-tanda untuk pulih. Saya tidak perlu lagi mengambil suntikan dicspousprin yang kebiasaannya perlu saya ambil sekitar 30 hari ke 40 hari (sekali suntikan). bagi mengelakkan saya bersin berulang-ulang, badan menjadi gatal, keluar biji-biji halus seperti nasi yang berbau masam disekitar hidung, dahi ,dagu, celah cuping telinga dan kulit kepala manakala tekak, dan di dalam hidung akan  menjadi bengkak dan gatal serta berkahak berbau dan berwarna keperangan. Syukur kepada Allah s.w.t kerana menemukan saya penawar penyakit yang saya cari selama ini. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Besar dan Maha Berkuasa dan tiap-tiap sesuatu akan tunduk kepadaNya. Yakinlah setiap penyakit itu ada ubatnya hatta Aids melainkan kusta dan kematian.

Dengan iklas saya ingin berkongsi kegembiraan ini bersama anda semua. Alhamdulillah saya mendapati diri saya serasi dengan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli ini. Anda....... saya tidak pasti, tetapi tidak rugi jika anda mencubanya, malahan ia tidak menggandungi sebarang bahan toksin atau kimia yang banyak digunakan dalam ubat-ubatan moden. Minyak Kelap Dara ini 100% organik, tiada campuran lain.

Bagi tekanan darah tinggi yang saya alami, saya masih meneliti dan merekodkan bacaan tekanannya. Saya menjangkakan akan dapat melihat dan mengetahui keputusannya sekitar selepas 6 bulan pengambilannya (meminumnya). Sesungguhnya segala fakta yang saya paparkan adalah benar berlaku pada diri saya .Jika anda ragu ,anda boleh menghubungi saya di talian 03-32138046 -Ishak Bin Basiran.Back

Berikut ialah jadual tarikh saya mengambil suntikan diprospan :

cek kad klinik

 
Bil Tarikh Jarak Hari
1 18/11/99 0
2 22/1/2000 34
3 11/3/2000 48
4 27/4/2000 47
5 29/6/2000 63
6 26/8/2000 58
7 11/10/2000 46
8 25/11/2000 45
9 3/1/2001 39
10 8/3/2001 64
11 14/4/2001 37
12 26/5/2001 42
13 21/7/2001 56
14 15/9/2001 56
15 1/10/2001 16
16 11/12/2001 71
17 5/2/2002 56
18 23/4/2002 77
19 4/6/2002 42
20 14/7/2002 50
21 20/8/2002 36
22 15/10/2002 26
23 27/11/2002 43
24 12/1/2003 46
25 16/2/2003 35
26 26/3/2003 38
27 26/4/2003 31
29 20/5/2003 24
29 25/6/2003 36
30 Hilang Record Nil
31 Hilang Record Nil
32 Hilang Record Nil
33 2/10/2003 Nil
34 15/11/2003 44
35 31/12/2003 46
36 11/2/2004 42
37 9/3/2004 26
38 4/4/2004 26
39 10/5/2004 36
40 14/6/2004 35
41 Hilang Record Nil
42 Hilang Record Nil
43 Hilang Record Nil
44 10/10/2004 Nil
45 20/11/2004 41
46 25/12/2004 35
47 3/2/2005 40
48 12/3/2005 37
49 23/4/2005 42
50 28/5/2005 35
51 4/7/2005 37