Laman Utama   I   Produk   I   Syarikat   I   Usahawan Online   I  Galeri  I  Tips Produk   Testimoni   I  Hubungi Kami

Now...everybody can business online...click here... to go your Business Web pages...

Kategori Produk

 

 Kesihatan
   Kosmetik & Kecantikan
   Makanan & Minuman
   Suami Isteri
   E-load & SMS
   Blog & Kedai Online
 
 
MINYAK ARGAN
 
 
Bookmark and Share
    Pengenalan Minyak Argan     Minyak Argan Untuk Kulit  
             
    Komposisi Minyak Argan     Minyak Argan Untuk Rambut  
             
    Kelebihan Minyak Argan     Minyak Argan Untuk Kuku  
             
    Minyak Argan (Anti-Penuaan)     Video Mengenai Minyak Argan  
             
    Testimoni Pengguna     Beli Produk  
         
 Minyak Argan (ARGAN)
 
    Flyers Minyak Argan (Download)        
        (Flyers Argan)         (Risalah Argan)        
                 
 
 

 

 
 

Minyak Argan adalah minyak yang dihasilkan dari biji pokok Argan yang penuh dengan khasiat semulajadi untuk kosmetik dan  kesihatan tubuh badan manusia secara dalaman dan luaran. Pokok Argan tergolong dalam spesies randa dapat hidup dalam cuaca dan keadaan muka bumi yang kering-kontang di bahagian barat daya Maghribi menjadikan ianya sangat istimewa dan unik serta amat sukar untuk di biakkan atau di tanam di mana-mana bahagian Maghribi ataupun negara lain.

Pokok Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa pernah meliputi Afrika Utara dan kini terancam serta berada di bawah perlindungan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Pokok Argan tumbuh meliar di semi-padang pasir dengan sistem akar yang dalam, dapat membantu melindungi hakisan tanah di Utara Sahara. Tumbuhan unik ini hidup di kawasan yang meliputi dataran Intramontane yang luas lebih daripada 2,560,000 hektar, yang bersempadan dengan High Atlas dan Little Atlas Mountains dan terbuka kepada Atlantik di barat. Minyak Argan kekal salah satu daripada minyak yang jarang ditemui di dunia disebabkan oleh kawasan-kawasan yang semakin kecil dan sangat khusus.

 
   
  Pokok Argan Biji Argan Minyak Argan Kambing Argan  
 
 
Fakta Menarik Mengenai Minyak Argan
 
Fakta 1
"Pada tahun 1867, delegasi pertama Maghribi menyertai satu persidangan antarabangsa di Paris. Mereka membawa bersama produk terbaik mereka, serta yang paling penting iaitu kacang argan yang membawa satu perkara sensasi di persidangan tersebut".
 
Fakta 2
Pokok Argan (Argania Spinosa) adalah salah satu daripada beberapa spesies pokok yang masih hidup dari Era Pra Sejarah (hampir 65 juta tahun yang lalu) dan hanya boleh dijumpai di Selatan Barat Maghribi. Pokok liar ini tumbuh dari 7 hingga 10 meter tinggi dan dianggap satu keajaiban Maghribi kerana ciri-ciri yang luar biasa. Ia tidak takut dengan kemarau dan mampu menahan suhu yang tinggi sehingga 50oC. Satu pokok Argan boleh hidup dari 150 hingga 200 tahun dan jika ia mati, ia boleh kekal aktif dan kemudian boleh hidup kembali dalam masa 7 tahun. Oleh kerana sistem akar yang kukuh, pokok Argan amat berkesan dalam mencegah hakisan, sekaligus mengekalkan kesuburan tanah dan menghadkan pergerakan pasir di kawasan padang pasir.
 
Fakta 3
Minyak Argan diekstrak dari buah Argan melalui Proses Tekanan Sejuk dan dianggap "emas cecair" yang mempunyai seribu khasiat faedah kesihatan. Dari segi sejarah, Phoenicia telah terlibat dalam perdagangan Minyak Argan Maghribi. Pokok Argan pertama kali disebut dalam surat dan dokumen perdagangan antarabangsa yang ditulis oleh seorang doktor terkenal Mesir, Ali Ibn Radouane pada abad ke-11. Ini merupakan zaman ketika perdagangan produk perubatan sudah merebak ke seluruh dunia. Doktor Ali Ibn Radouane menyebut mengenai rawatan telinga dan perut dengan Minyak Argan, yang telah dibawa ke Mesir dari Maghribi, negara di Afrika Utara. Maghribi terletak diantara Pergunungan Atlas dengan Laut Mediterranean.
 
Fakta 4
Pada abad ke-18, semasa pemerintahan Sultan Sidi Mohamed Ben Abdellah, seorang diplomat Perancis, De Chenier berdedikasi dalam menarik perhatian mengenai pokok Argan di dalam laporannya. Thomas Barkely, seorang diplomat Amerika, yang ditugaskan oleh Presiden Amerika Syarikat, George Washington untuk misi menamatkan perjanjian damai di antara kedua-dua negara, mengatakan ia berminat pada pokok Argan pada tahun 1786. Kemudian pada tahun 1867, delegasi pertama Maghribi menyertai satu persidangan antarabangsa di Paris. Mereka membawa bersama produk terbaik mereka, serta yang paling penting iaitu kacang Argan yang membawa satu perkara sensasi di persidangan tersebut.
 
Fakta 5
Pada tahun 1998, UNESCO meletakkan pokok Argan dalam senarai Warisan Dunia dan pada tahun 2001, institut dalam dan luar negara (kebanyakkan mereka adalah NGO) telah menganjurkan satu festival yang didedikasikan untuk pokok Argan. Banyak keputusan penting telah dicapai semasa festival tersebut, antaranya seperti pembangunan jangka panjang untuk kawasan mundur di Berber, perlindungan alam sekitar dan pemeliharaan pokok Argan.
 
 
Cara Tradisional Ekstrak Minyak Argan
 
   
 

Minyak Argan secara tradisinya diekstrak oleh kaum Berber dari biji Argan yang telah dipecahkan dengan menggunakan alat khas. Biji Argan telah dikisar dan ditekan oleh wanita kaum Berber untuk mengeluarkan minyak dengan bau dan rasa kacang. Batu yang digunakan untuk menekan biji Argan adalah berbeza-beza bentuknya dan batu gilingan tangan digunakan untuk menekan biji Argan yang mengandungi minyak. Ia adalah satu proses yang sangat panjang dan mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan.

Tetapi terdapat 2 kelebihan utama apabila menggunakan kaedah ini. Pertama, keseluruhan proses pengeluaran dari lepas tuai untuk perahan minyak dilakukan oleh orang yang sama, penggunaan biji Argan yang terbaik untuk pengeluaran minyak boleh dijamin ketulenannya. Kedua, masalah pengoksidaan biji yang terdedah tidak berlaku kerana pemprosesan biji yang dilakukan segera tanpa perlu bertangguh. Sebaliknya, dalam kaedah industri estrak biji yang moden, ia lebih terdedah kepada pengoksidaam kerana terdedah kepada persekitaran yang lebih panjang.

 
Cara Mekanikal Ekstrak Minyak Argan
 
 

Kaedah mekanikal kini lebih maju dan canggih digunakan untuk perahan minyak Argan. Apabila kepentingan komersial usahawan tempatan dan multinasional swasta meningkat di dalam pengeluaran minyak Argan pada awal 1990-an, keperluan untuk kaedah pemuliharaan yang lebih cekap dan masa bagi pengekstrakan minyak Argan pada peringkat komersil perlu dipertingkat. Minyak Argan diekstrak menggunakan kaedah ini dapat dikekalkan selama 12 hingga 18 bulan. Dalam kaedah ini biji ditekan tanpa mencampurkan dengan air. Air tidak diperlukan untuk memproses biji kerana ia akan menyebabkan minyak menjadi seperti bubur. Ia hanya mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan satu liter minyak menggunakan kaedah ini.

 
Cara Penggunaan Bahan Kimia Untuk Ekstrak Minyak Argan
 
 

Kaedah ini digunakan apabila minyak yang diperlukan untuk tujuan perindustrian atau makmal. Dalam kaedah ini, minyak secara langsung diserap dalam pelarut kimia dari kernel tanah. Minyak yang diekstrak menggunakan kaedah ini tidak boleh digunakan untuk tujuan kosmetik berbanding dengan kaedah tradisional dan mekanikal, tetapi kaedah ini dapat menghasilkan kuantiti yang tertinggi dalam 3 kaedah tersebut.

 
 
Peta Hutan Argan
 

 

 

The information on this website is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace a one-on-one relationship with a qualified health care professional and is not intended as alternative to medical advice or other professional healthcare provider. It is intended as a sharing of knowledge and information from the research and experience of herbal practitioner and our community.  If you may be suffering from any medical condition, or experiencing symptoms or health problems, you should seek immediate medical attention consult  your qualified health care professional. Never delay seeking medical advice, disregard medical advice or discontinue medical treatment because of information on this website.

 
IBU PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3224 8721  Fax : +603-3224 2321 
Email : desaku@streamyx.com
DESAKU MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1, IKS Taman Sri BNO
45200 Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3213 8046
BioAsli    Copyright 2005-2013  All Rights Reserved

 

Rangkaian Ahli

Kami menyediakan pelbagai menu untuk kemudahan anda

  Lupa ID & Kata Laluan
  Malay Version
  English Version
  Arabic Version

Ikut Kami Di

 

Keajaiban Minyak Argan

Video : Klik Foto

Hair-Argan

Moroccan Argan Oil how it works

Eden Allure

Pure Moroccan Argan Oil

Argan Oil Hair Treatment

Review of Organic Argan Oil

Argan Oil

Argan Oil Review

Argan Oil

Reduce & Prevent Stretch Mark

Argan Oil

Anti-Aging

Argan Oil

Pure Argan Oil

Argan Oil

How to made Argan Oil

Argan Oil

BioAsli Argan Oil

Argan Oil

Argan Oil Shampoo