Laman Utama   I   Produk   I   Syarikat   I   Usahawan Online   I  Galeri  I  Tips Produk   Testimoni   I  Hubungi Kami

Now...everybody can business online...click here... to go your Business Web pages...

Kategori Produk

 

 Kesihatan
   Kosmetik & Kecantikan
   Makanan & Minuman
   Suami Isteri
   E-load & SMS
   Blog & Kedai Online
 
 
MINYAK ARGAN
 
 
Bookmark and Share
    Pengenalan Minyak Argan     Minyak Argan Untuk Kulit  
             
    Komposisi Minyak Argan     Minyak Argan Untuk Rambut  
             
    Kelebihan Minyak Argan     Minyak Argan Untuk Kuku  
             
    Minyak Argan (Anti-Penuaan)     Video Mengenai Minyak Argan  
             
    Testimoni Pengguna     Beli Produk  
         
 Minyak Argan (ARGAN)
 
    Flyers Minyak Argan (Download)        
        (Flyers Argan)         (Risalah Argan)        
                 
 
 

 

 
 

Minyak Argan adalah satu penemuan besar yang diperakui sebagai anti-penuaan yang terbaik. Masa kini, terdapat pelbagai produk di pasaran yang diyakini berfungsi sebagai anti-penuaan dengan menggunakan pelbagai bahan termasuk bahan kimia yang berbahaya dan tidak memberikan kesan yang diharapkan. Minyak Argan ini diperolehi 100% asli terus dari biji argan tanpa sebarang bahan kimia atau sebatian merbahaya yang diperakui oleh pakar-pakar kecantikan di seluruh dunia dan kini mendapat permintaan yang sangat tinggi.

 
 
Apakah itu Anti-Penuaan ?
 
 

Tubuh manusia terdiri dari unit-unit yang tidak terbilang jumlahnya di kenali sebagai sel. Sel ini memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup seperti manusia itu sendiri. Untuk kekal sihat dan kuat, sel ini memerlukan diet atau permakanan yang seimbang dan lengkap dengan semua nutrien yang di perlukan. Tubuh badan manusia akan secara semulajadi membaik pulih dan menggantikan sel-sel yang telah tua atau mati dengan secara sistematik dan teratur. Untuk itu, dua komponen yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas ini ialah bahan mentah dan tenaga yang dihasilkan. Terdapat 3 pilihan untuk penggantian sel-sel ini :-

 

  Akan digantikan dengan sel-sel yang lemah kerana kekurangan makanan yang seimbang dan kurang nutrien. Proses ini dikenali sebagai degenerasi.  
       
  Akan digantikan dengan sel-sel yang berkualiti sama dengan yang asal kerana bekalan makanan yang mencukupi.  
       
  Akan digantikan dengan sel-sel yang lebih baik, lebih kuat dan lebih segar. Dengan permakanan dan nutrien yang mencukupi proses ini dipanggil penjanaan semula. Inilah yang dikenali sebagai anti-penuaan.  
 
 
Minyak Argan (Anti-Penuaan)
 
 

Fakta telah membuktikan dari penyelidik-penyelidik seluruh dunia bahawa anti-penuaan bukan sekadar impian tetapi adalah realiti. Makanan seperti coklat, gula, susu dan karbohidrat yang tinggi boleh menyebabkan kemerosotan fungsi dan kekuatan sel-sel pada tubuh badan manusia. Manakala makanan dari biji benih, buah-buahan segar dan sayur-sayuran dapat mengekalkan dan mengembalikan kekuatan dan fungsi sel-sel tersebut.

 

Minyak Argan yang diekstrak secara terus dari biji argan yang dilindungi kulit yang sangat keras, mengandungi secara teknikalnya bahan kimia organik dalam komposisi yang sangat unik adalah sangat baik untuk pertumbuhan semula sel-sel badan manusia dalam pelbagai cara.

 
  Asid Lemak yang terdapat dalam minyak argan dapat mencegah dan mengurangkan keradangan yang merupakan ejen kemerosotan dan membunuh sel-sel tubuh.  
       
  Kehadiran Squelene dalam sel kulit manusia mengekalkan kelembutan kulit. Disebabkan degenarasi, kulit akan kehilangan kelembutan dan timbul kedutan yang menandakan penuaan. Minyak Argan dapat mengekalkan kelembutan kulit dan memperbaharui squelene.  
       
  Sterols dalam Minyak Argan melindungi protein penting yang terdapat di dalam sendi manusia yang di panggil Kolagen, sekaligus mencegah kulit dan sendi menunjukkan kesan-kesan penuaan.  
       
  Juzuk lain yang terdapat dalam Minyak Argan ialah sebatian fenolik. Sebatian fenolik melindungi badan daripada pencemaran dan radikal bebas.  
       
  Asid Lemak tidak tepu dalam Minyak Argan dapat melembutkan kulit yang kering dan merekah.  
       
  Penggunaan kerap Minyak Argan membantu mengurangkan kesan parut dan warna tidak sekata kulit.  
       
  Minyak Argan sangat berguna dalam menghapuskan stretch mark, kedutan dan tumit merekah yang muncul disebabkan oleh penuaan.  
 

Daripada fakta ini, Minyak Argan terbukti 100% sebagai agen anti-penuaan terbaik di dunia.

 
 
 
Cara Penggunaan Minyak Argan (Pada Muka)
 
1.Cuci muka dari sebarang alat solek atau kotoran dengan pencuci muka.
2.Titiskan beberapa titis Minyak Argan ke tapak tangan.
3.Ratakan minyak di tapak tangan dan sapukan ke muka.
4.Urut perlahan-lahan untuk ratakan Minyak Argan ke seluruh bahagian muka
5.Berhenti mengurut setelah Minyak Argan rata dan meresap.
6.Biarkan sehingga keesokan pagi dan cuci muka seperti biasa.
 

*Minyak Argan juga sebagai agen pelembab yang akan mengekalkan kelembapan kulit.

*Gunakan hanya pada waktu malam dan tidak sesuai digunakan pada waktu siang kerana tindak balas Minyak Argan yang pantas akan menyebabkan kulit anda menjadi hitam bila terkena cahaya matahari.

*Ia juga boleh digunakan sebagai bahan asas untuk solekan wanita kerana sifatnya yang tidak berminyak.

*Urutan dan Minyak Argan dapat melancarkan pergerakan darah di muka dan menyerikan wajah anda.

 
 
Cara Penggunaan Minyak Argan (Pada Seluruh Badan)
 
  1. Lap keseluruhan badan anda dengan tuala sehingga benar-benar kering.

  2. Titiskan beberapa titisan Minyak Argan ke tapak tangan.

  3. Sapukan pada anggota badan yang boleh dicapai dan urut dengan perlahan sehingga Minyak Argan meresap ke dalam kulit.

  4. Ulang langkah yang sama sehingga keseluruhan badan mendapat Minyak Argan.

  5. Biarkan ia kering sendiri dan semalaman. Cuci dengan biasa keesokan pagi dengan sabun mandian.

*Sebaik-baiknya digunakan pada waktu malam.

*Minyak Argan diselangi dengan aktiviti urutan dapat melancarkan peredaran darah, mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda.

*Minyak Argan juga boleh digunakan dalam mandian wap.

 

 

The information on this website is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace a one-on-one relationship with a qualified health care professional and is not intended as alternative to medical advice or other professional healthcare provider. It is intended as a sharing of knowledge and information from the research and experience of herbal practitioner and our community.  If you may be suffering from any medical condition, or experiencing symptoms or health problems, you should seek immediate medical attention consult  your qualified health care professional. Never delay seeking medical advice, disregard medical advice or discontinue medical treatment because of information on this website.

 
IBU PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3224 8721  Fax : +603-3224 2321 
Email : desaku_bioasli@yahoo.com
DESAKU MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1, IKS Taman Sri BNO
45200 Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3213 8046
BioAsli  ©  Copyright 2005-2014  All Rights Reserved

 

Rangkaian Ahli

Kami menyediakan pelbagai menu untuk kemudahan anda

  Lupa ID & Kata Laluan
  BM Version
  EN Version
  AR Version

Ikut Kami Di

 

Keajaiban Minyak Argan

Video : Klik Foto

Hair-Argan

Moroccan Argan Oil how it works

Eden Allure

Pure Moroccan Argan Oil

Argan Oil Hair Treatment

Review of Organic Argan Oil

Argan Oil

Argan Oil Review

Argan Oil

Reduce & Prevent Stretch Mark

Argan Oil

Anti-Aging

Argan Oil

Pure Argan Oil

Argan Oil

How to made Argan Oil

Argan Oil

BioAsli Argan Oil

Argan Oil

Argan Oil Shampoo