Login AhliLaman UtamaSyarikatProdukPendaftaranUsahawan OnlinePelan PemasaranStokisHubungi Kami

Ikut Kami Di

  BM Version
  EN Version
 

Rangkaian Stokis

Kami menyediakan pelbagai menu untuk kemudahan anda

 Lupa ID & Kata Laluan
 

HOTLINE STOKIS :

En. Saufi : 019-617 5100

 

USAHAWAN BIOASLI

Senarai Stokis
Senarai Stokis ELIT
Usahawan 360
Syarat Usahawan / Stokis 360
Syarat Stokis ELIT (SE)
Automaintain Ahli Melalui Stokis
Panduan Produk & Penyakit
Kisah Kejayaan Stokis

Manual Panduan Stokis
Senarai Harga Produk
Senarai Harga Produk - Brunei
Senarai Harga Produk - S'pore
 

50 STOKIS PALING AKTIF

 

TAWARAN HADIAH PRODUK PERCUMA

Syarat hadiah, setiap belian RM 120 = PERCUMA 1 produk.

Tawaran dari 24 Disember 2014 hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.

(Khas Untuk Stokis dan Ahli BioAsli SAHAJA)

 

(Untuk Ahli dan Stokis BioAsli Sahaja)

 
 

 
KISAH KEJAYAAN STOKIS BIOASLI
 

Sebelum jadi ahli BioAsli

Selepas jadi ahli BioAsli

 
Amalkan prinsip 4M untuk menjadi stokis berjaya. MENGGUNAKAN SENDIRI PRODUK-PRODUK BIOASLI. MENCERITAKAN KELEBIHAN PRODUK DAN PELAN PEMASARAN BIOASLI, MENAJA PROSPEK.pendekatan terakhir MEMBERI SERVIS................SE642
Mahirkan diri anda dengan segala yang ada di Bioasli,dari segi produk,pelan,kemudahan dan tawaran yang disediakan oleh pihak Bioasli untuk mudah menaja prospek.............SE304
Promosi dan penceritaan yang betul kelebihan produk-produk Bioasli akan membantu anda menarik minat prospek menyertai peniagaan ini. Setelah mereka sertai,barulah ceritakan mengenai pelan-pelan dan tawaran lain..................SE567
Buatlah pilihan perniagaan yang tepat untuk menjadikan anda orang berjaya. Setelah itu, laksanakan perniagaan ini dengan cara yang betul. Seterusnya,buat perniagaan ini dengan betul-betul.....SE633
Berpegang kepada asas dan tidak mudah putus asa,itulah kuncinya. Ketahui dan dalami segala asas dan dahulukannya dalam semua segi. Pasti selepas itu yang lain akan menjadi mudah dan teratur..........SE836

 

Keyakinan pada diri,produk dan syarikat akan menjadi tunjang kejayaan.Jangan kisah dengan tanggapan orang dan tetap pada landasan ini maju terus kehadapan.....SE850

 

Saya Kamal Bioasli (nama gelaran) dan telah lama bergiat dalam perniagan Multilevel. Tapi, hancur luluh hati tatkala usaha bertahun-tahun membina rangkaian dalam sebuah syarikat multilevel (mlm) konvensional menghadapi "tsunami" lebih dahsyat dari bencana yang melanda Aceh dan lebih hancur dari kemusnahan yang disebabkan gempa bumi seperti di Bandung. Cuba anda bayangkan, dengan hanya tinggal RM1000 di dalam tangan, apa yang anda boleh harapkan? Dengan keluarga dan anak-anak yang perlu di tanggung, saya hampir gila memikirkan masa depan yang seumpama malam tanpa bulan, gelap-gelita tanpa cahaya. Pedih sungguh perkataan muflis yang ingin saya sebutkan.

 

Dengan sedikit kekuatan untuk meneruskan kehidupan demi anak dan keluarga, saya membuat analisa dan pemerhatian untuk mencari satu perniagaan yang mudah, stabil dan jujur. Dari penyelidikan yang saya buat, saya dapati Bioasli memiliki ciri-ciri yang saya cari dalam sesebuah perniagaan. Dengan lafaz Bismillah, saya menggunakan separuh dari baki duit saya yang tinggal untuk menyertai Bioasli dan sekaligus menjadi Stokis(SB) kerana modal permulaannya sekadar RM500 sahaja. Modal menjadi stokis paling rendah pernah saya jumpa sepanjang usia saya. Tanpa mahu menoleh kebelakang lagi, saya menyusun strategi untuk menjana pendapatan dengan pantas dan berkesan. Menggunakan kaedah homeparty dan table talk, walaupun hanya ada 3 atau 4 orang saya tetap pergi berjumpa mereka samada di rumah atau kedai kopi untuk memperkenalkan perniagaan Bioasli kepada mereka. Alhamdulillah, dalam masa hanya dua bulan saya sudah mendapat hasilnya.

 

Dari RM500 yang saya modalkan pada permulaan perniagaan ini, saya telah dapat mengumpulkan jualan sebulan sehingga RM10,000 dan jika dikira dengan kalkulator saya dapat pusingkan modal permulaan tadi sebanyak 20 kali untuk membeli produk-produk Bioasli dan dijual. Setelah saya yakin dengan perniagaan ini, saya memohon untuk menjadi Stokis Elit (SE) berdasarkan kelayakan yang telah saya miliki. Dengan berstatuskan SE sekarang ini, langkah saya bertambah panjang dan berjaya memperolehi pendapatan bulanan yang di idam-idamkan. Dengan modal RM3000 pada permulaan, saya telah berjaya memusingkan modal saya itu sebanyak 16 kali dalam sebulan dan setelah dijumlahkan saya mendapat RM50,000 untuk jumlah jualan stok saya. Dan saya telah mensasarkan jualan SE  RM100,000 pada bulan mendatang.

 

Yang saya kisahkan tadi ialah jumlah jualan stok sahaja, belum komisen lagi. Saya telah menyertai kesemua pelan yang disediakan oleh Bioasli. Setiap bulan,jika saya menyemak komisen-komisen saya di setiap pelan dan di campur dengan komisen stokis, saya memperolehi pendapatan atau gaji seperti seorang CEO. Purata pendapatan saya sebulan adalah antara RM10,000-RM20,000. Ternyata, tindakan berani mati saya menyertai Bioasli adalah pecaturan saya yang paling tepat. Segala kerja keras dan keringat yang saya lakukan kini telah membuahkan hasil yang saya bersyukur kerana diberikan kesempatan ini oleh Allah untuk merasai nikmat dunia perniagaan. Siapa sangka, dengan hanya RM500, tanpa perlu membuka kedai, tanpa perlu berkot atau bertali leher saya tetap dapat menghasilkan pendapatan lumayan. Saya hanya bersahaja dengan pakaian biasa, produk di dalam beg atau but kereta dan risalah @ laptop untuk memperkenalkan Bioasli kepada prospek-prospek saya. Dan satu lagi yang membuatkan saya gembira melakukan perniagaan Bioasli ini ialah kebebasan di mana tidak perlu bermesyuarat saban hari, memikirkan maintain PV, BV dan segala macam syarat bulanan yang tinggi untuk melayakkan mendapat komisen. Semuanya adalah terpulang kepada kita empunya diri untuk mencorakkan perniagaan sendiri.  Jom ramai-ramai kita sertai Bioasli.  Mudah, santai, bebas dan realistik.

 
 
 
 

Adalah dengan ini di tegaskan bahawa syarikat berhak untuk menentukan sebarang ketetapan atau sebarang perubahan terhadap semua perkara dan dalam apa juga keadaan dalam sistem ini, samada yang berkaitan dengan sistem pelan pemasaran, sistem pemberian komisen, kadar peratus komisen, jumlah produk, harga, kandungan, saiz dan bentuk persembahan produk, sebarang bentuk, jumlah dan nilai hadiah yang akan diberikan, serta menentukan status keahlian berdasarkan peraturan yang sedia dimaklumi oleh semua ahli, tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan dari mana-mana pihak. Segala hadiah atau komisen atau apa jua imbuhan jika ianya tidak dituntut oleh ahli yang berkenaan selama jangka masa 2 tahun dari tarikh tawaran adalah dianggap ahli berkenaan tidak berminat atau menolak tawaran tersebut dan dengan itu tawaran tersebut akan terbatal  dan syarikat berhak untuk tidak memberi komisen @ hadiah @ ganjaran tersebut. Walau bagaimanapun syarikat tetap berpegang teguh pada prinsip ketelusan, keadilan, kesaksamaan serta kebijaksanaan  dalam menentukan semua perkara di atas.

 
IBU PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3224 8721  Fax : +603-3224 2321 
Email : desaku_bioasli@yahoo.com
DESAKU MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1, IKS Taman Sri BNO
45200 Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3213 8046
BioAsli  ©  Copyright 2005-2015  All Rights Reserved