HOTLINE STOKIS

EN. SAUFI : 019-617 5100

 MENU STOKIS BIOASLI

Halaman Stokis BioAsli

Stokis Bioasli 1 Malaysia

 

Senarai Stokis Bioasli

 

Syarat Usahawan / Stokis 360

 

Panduan Automaintain - Stokis

 

Panduan Produk & Penyakit

 

Testimoni Pengguna

 

Panduan Guna Halaman Stokis

 

Senarai Harga Produk - Malaysia

 

Senarai Harga Produk - S'pore

 

Senarai Harga Produk - Brunei

Profil Stokis

 

Kemaskini Profil Stokis

 

Tukar Katalaluan

Rekod Data Jualan Stokis

 

Rekodkan Belian Ahli

 

Rekod Jualan Stokis Ke Ahli

 

Rekod Jualan RM 150 Ke Atas

 

Rekod Belian Stok Stokis

 

Rekod Tempahan Stok Stokis

 

Imbangan Belian & Jualan

Penghantaran Stok

 

Status Penghantaran Stok

 

Info Penghantaran Stok

Jejak Stok Anda

 

Pos Malaysia Tracking

 

Pos Laju Tracking

 

Gdex Express Tracking

Komisen Stokis

 

Penyata Komisen Stokis
 
IKUT KAMI DI

 

+603-3224 8721 (Pejabat)

+603-3224 2321 (Faks)

desaku_bioasli@yahoo.com

No Akaun Bank Syarikat

Waktu Operasi (8.30AM-5.30PM)

Hari Kerja (Isnin-Jumaat)
  Sabtu (9.00AM - 4.00PM)

 

No. 15 Jalan PPSL 1, Pusat Perniagaan Sungai Lias, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

 
 
 
 
   

BM Version

   

EN Version

  Halaman Utama / Menu Stokis Bio Asli Login Keluar
 Halaman Stokis Bio Asli
 
  PROMOSI & INFO TERKINI
 
 
 

 
Kenali stokis anda
 
 

Sb98- Puan Rosnah Binti Amran merupakan stokis daerah Kamunting, Perak. Mempunyai sebuah kedai komputer sendiri di Kamunting. Menjalankan perniagaan bersama Desaku bioasli sejak Januari 2007.Dengan kemahiran yang ada mengenai internet dan teknologi terkini, Puan Rosnah tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk menceburi dunia perniagaan secara mudah dan pantas ini. Pada awal penglibatan beliau, suami beliau En. Kamaruddin bin Abdullah mencadangkan supaya mereka mencuba perniagaan ini kerana selain ia mudah, produk-produk Bioasli cukup berkhasiat dan baik untuk kesihatan seisi keluarga. Dengan inisiatif mencari sendiri syarikat Desaku Bioasli, beliau terus berminat dan bersetuju untuk menjadi stokis daerah Kamunting, Perak. Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk Bioasli dan ingin berkongsi ilmu peniagaan bersama beliau, boleh hubungi di talian 05-891 6679

 

 
      Sb150- Minggu ini kami memilih stokis dari Kluang, Johor. Puan Siti Syawali binti Ibrahim telah menjadi ahli Bioasli sejak September 2007. Walaupun tidak bekerja dan sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, beliau tidak membuang masanya begitu sahaja. Baginya dengan menjadi ahli Bioasli, masanya terisi dengan perkara berfaedah disamping dapat membantu keluarga dari segi kewangan. Mempunyai 2 cahaya mata hasil perkahwinan beliau dengan Mohd Hanif bin Kasim. Hobinya yang suka melayari internet menemukan beliau dengan perniagaan yang mudah ini. Pada awalnya hanya sebagai ahli biasa, kini telah mendaftar sebagai stokis setelah banyak sambutan yang diterima dari kawan-kawan. Untuk maklumat lanjut mengenai perniagaan ini, boleh hubungi beliau di 016- 601 8551 atau 016- 778 5275

 

Sb142 - En.Adli Abu Hassan adalah stokis terpilih minggu ini. Sudahpun berkahwin dan kini menetap di Hutan Melintang, Perak. Hasil perkahwinan beliau  mempunyai 3 orang cahaya mata berusia antara satu hingga tujuh tahun. Usaha beliau untuk memartabatkan perniagaan di kalangan bumiputera di mata dunia mendorong beliau untuk menjadi salah seorang ahli stokis Bioasli. Dengan peluang yang ada ini secara tidak langsung membuka ruang untuk beliau menceburi dunia perniagaan disamping menambah pendapatan. Baginya tanpa kejayaan jika tanpa usaha….hubungi beliau untuk keterangan lanjut mengenai Bioasli…019-4022 342

 
      SB108 - Stokis minggu ini adalah kelahiran dari Kedah. Puan Rosnah binti Abdul Latif adalah seorang ahli yang aktif sejak keahliannya pada tahun 2007. Bertugas di Kelana Jaya sebagai Pegawai kerajaan, minatnya untuk berniaga dikongsi bersama suami tercinta, Encik Zulkifli, juga seorang pegawai kerajaan. Dikurniakan 3 cahayamata yang sihat dan comel, minatnya dalam perniagaan ini tetap diteruskan walaupun banyak lagi perniagaan lain yang menguntungkan. Baginya menjalankan perniagaan bersama Desaku Bioasli mudah dan tidak membebankan. Selain produk yang bermutu dan berkualiti, syarikat Desaku lebih mementingkan pelanggannya samada dari segi keuntungan mahupun kepuasan pelanggan. Bagi beliau, tiada apa yang mustahil untuk berjaya sekiranya ada usaha kearah kejayaan. Hubungi beliau untuk keterangan lanjut di talian 016-6236147     

 

Nama Penuh                    Syed Abd Ghani Bin Syed Tuan Chek

Tarikh Lahir                     04 Mac 1952

Tempat Lahir                   Kuala Terengganu

Alamat                            501-A, Taman Seri Kolam,   Jalan Sultan Sulaiman

                                       20000 Kuala Terengganu, TERENGGANU

No ID                             sb23

Log in ID                         sagamaya

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kepong, Kuala Terengganu.  Kemudian belajar di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu sehingga SPM.  Dapat Diploma Kejuruteraan Marin dari Politeknik Ungku Omar pada tahun 1978 dan bekerja dengan sebuah limbongan bina kapal di Kuala Terengganu.  Pada tahun 1980 berpindah kerja ke sebuah organisasi penerbitan akhbar sehingga bersara awal pada September 2004.  Semasa dalam jawatan telah menyambung pelajaran hingga ke peringkat ijazah pertama dalam Kejuruteraan Mekanikal.

Telah dibesar dalam satu keluarga petani kampung yang daif dan serba kekurangan.  Berkahwin dengan Sharifah Najiah binti Syed Omar pada 1988 dan dikurniakan lima orang anak, empat lelaki dan satu perempuan.  Anak pertama sedang menuntut di sebuah IPT di Selangor dan yang bongsu berusia empat tahun.

Setelah bersara melibatkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan menjadi stokis dan mengedar beberapa jenama herba dan minuman di sekitar negeri Terengganu.  Mulai aktif sepenuh masa pada tahun 2006.

Untuk menghabiskan masa terluang, telah berdaftar dengan Universiti Terbuka Malaysia untuk program Sarjana Pengurusan Perniagaan dengan pengkhususan dalam Bidang Pemasaran dan sekaran dalam semester ke empat dari enam semester.

Hobi yang paling digemari memelihara binatang secara ’main-main’ (bukan komersil) seperti kambing, beberapa jenis ayam, burung, ikan dll.  Sekiranya berkelapangan di waktu petang suka menembak tupai di kebun sendiri dan juga kebun sesiapa juga secara percuma.

Satu pengalaman yang paling menarik dalam hidup bilamana telah dua kali tertinggal pesawat dalam perjalanan dari Kuala Lumpur  ke Tempere Holland.  Kali pertama di Lapangan Terbang Heathrow London kerana terlalu lama menghabiskan masa dalam tandas (buang air besar).  Tapi itu tidak menjadi masalah besar kerana saya menaiki pesawat berikut dua jam kemudian.  Kali keduanya pula dari Frankfurt German ke Hilsinki Holland di sebabkan terlalu letih untuk berjalan laju bagi mendapatkan pesawat.  Namun saya telah diberi peluang untuk menaiki pesawat berikutnya empat jam kemudian.  Malangnya, penerbangan terakhir ke Tempere telah terlepas.  Jarak dari Helsinki ke Tempere kira-kira 300km dan saya perlu berada disana awal pagi keesokan harinya.  Kali ini nasib menyebelahi saya, dengan bantuan seorang warga Holland saya menaiki sebuah bas untuk ke sana.  Perjalanan dengan bas mengambil masa selama tiga jam.  Saya tiba kira-kira jam 2 pagi di hotel penginapan.  Dua orang rakan saya yang tidak miss penerbangan agak terkejut bila melihat saya sama-sama bersarapan dengan mereka pagi keesokan harinya walhal pesawat yang mereka naiki ke Tempere petang semalam adalah penerbangan terakhir untuk hari itu...0122056294 

 

Nama   : Leman bin Kadir

Umur    : 40-an

Isteri     : Nor Afssah bt. Ishak

Anak    : 7 orang

No. telefon       : 013-3656580

Asal kelahiran : Selangor

Hobi              : Menonton tv/ Ubahsuai Kereta

Pekerjaan      : Berniaga Sendiri

Tujuan jadi stokis      : Berminat kerana produk mendapat sambutan

Harapan / cita-cita   : Terus berjaya menceburi bidang perniagaan

Alamat             : No.12 Jalan 7, Taman Sri Perepat, Kapar, 42200 Klang, Selangor Darul Ehsan

Tarikh daftar     : 8 April 2008

Leman b. Kadir. Anak jati Selangor ini mempunyai sebuah bengkel kereta di Daerah Kapar, dan memang aktif dengan menjalankan perniagaan. Mempunyai seorang isteri dan 7 orang anak . Bila ditanya bagaimana mengetahui Bio-asli, beliau menjelaskan, En. Kordi stokis Bandar Baru Bangi ada menceritakan tentang keberkesanan produk-produk Bio-asli dan ianya sangat senang dijual kerana harganya murah disamping menggunakan teknologi internet yang canggih. Sepekara yang lebih menarik perniaggan ini mudah dijalankan serta telus, setiap ahli boleh menyemak akaun perniagaan masing-masing secara terus di internet berserta kemudahan lain  dan ianya diberikan percuma.

Bayangkan dengan hanya bermodal RM500 saya sudah layak menjadi stokis, mendapat 5% komisyen berserta halaman web stokis(percuma) yang saya kendalikan sendiri urusan jual belinya. Ianya sungguh mudah dikendalikan. Yang menakjubkan lagi dalam masa seminggu sahaja saya telah membuat jualan yang banyak dan ramai kawan-kawan yang menggunakan produk Bio-asli ini membawa rakan-rakan mereka supaya mendaftar menjadi Ahli(percuma) serta mengamalkan produk ini.

Oleh itu jika anda ingin berkongsi kejayaan bersama saya, jangan segan silu, hubungi 013-365 6580.  saya pasti akan membantu anda. Yakinlah dengan usaha gigih pasti anda juga akan berjaya.

Nota : Beikut ialah testimoni dari pelanggan saya...(sila Klik)

" Saranan saya, cubalah produk set suami isteri bahagia...anda dan pasangan pasti lebih ceria dan luar biasa...."  Keterangan hubungi saya :013-365 6580

       
 

Nama    : Hj. Mohd Kordi B. Sohod

Umur    : 50-an

Isteri     : Nooraini

Anak     : 2 orang ( Adilah & Azlan )

No. telefon         : 0193304186

Hobi                  : Berniaga

Asal kelahiran    : Sepintas, Sabak Bernam

Pekerjaan          : Berniaga

Tujuan jadi stokis           : Pada awalnya hanya untuk mencuba dan terus berminat kerana produk mendapat sambutan

Harapan / cita-cita          : Terus berjaya menceburi bidang perniagaan

Alamat              : No. 4 Jalan 3/4E Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Tarikh daftar      : 7 April 2008

Sejak pertama kali bertemu dengan Tuan Haji Mohd Kordi, kami begitu senang sekali. Dengan senyum dan sikap peramahnya membuatkan kami selesa melayani beliau. Dengan memakai Mercedes berwarna merah pekat orangnya nampak bergaya.

Dilahirkan di Sepintas, Sabak Bernam, kini Tuan Haji Mohd Kordi menetap bersama keluarga di Bandar Baru Bangi. Berusia dalam lingkungan 50-an, beliau yang mempunyai 2 cahayamata bersama isteri tercinta, ternyata masih lagi segak dan ceria. Siapa sangka Tuan haji ini adalah seorang usahawan yang berjaya. Dengan minatnya yang begitu mendalam dalam bidang perniagaan, beliau tetap meneruskan impiannya ingin menjadi usahawan berjaya. Ingin berjaya bersama-sama beliau? Jangan segan silu untuk menghubunginya di talian 019-330 4186, pasti anda tidak akan hampa…

 
       
 

Sb40 – Rahmat bin Ismail adalah stokis bertuah minggu ini. Stokis dari Kuantan ini bukan calang-calang orangnya. Hasil perkahwinan dengan Salwana Mohd Yazid dikurniakan 3 cahayamata (Siti  Nur Atikah,9 tahun; Mohd Fayyad, 6 tahun dan Aishah Natasha, 3 tahun) mempunyai minat melancong ke seluruh dunia yang setakat ini, sudah melancong lebih dari 6 buah negara di Eropah. Mesti seronok dapat melancong ke luar negara lebih- lagi kalau dapat melihat sendiri perlawanan pasukan bola yang diminatinya Chelsea di depan mata.. Walaupun beliau suka melancong, namun masa yang ada tidak dihabiskan di situ sahaja, malah baginya jika ia memberi pendapatan sampingan apa salahnya. Minatnya untuk berniaga tercetus apabila melayari laman web Desaku bioasli. Sekadar mencuba akhirnya tertarik kerana Desaku bioasli menjalankan perniagaan hanya melalui internet. Selain produk yang berkualiti, penghantaran yang efisien ia juga mudah..tak perlu pening kepala beratur untuk membayar….bagi anda yang tinggal di Kuantan, bolehlah hubungi beliau di talian 013-980 7341 untuk mendapatkan barangan Bioasli…

 
       
 

Sb80 – Berusia 35 tahun, En. Shamhari bin Mohd Zin merupakan stokis terpilih minggu ini. Sudah berumahtangga selama 10 tahun. Menetap di Selayang dan merupakan seorang yang ceria. Punya paling banyak hobi, mendengar radio dan menghias laman adalah hobinya. Mesti punya jiwa sentimental.. takpun jiwa rock.. Dan paling yang digemari ketika masa lapang adalah bermain Play Station 2. Khabarnya beliau memang pakar dalam PS 2…. Boleh tahan juga..Kalau lapar beliau gemar ke restoran terkenal terutamanya restoran pantai timur, dan pastinya sup ekor dan siakap 3 rasa pasti di pesan. Dalam diam tak diam aktif juga dalam berniaga, sudahpun mendaftar sebagai ahli bioasli sejak 2006…..mesti dah banyak dapat komisyen… Kalau anda ingin sama-sama ingin mencari pendapatan sampingan boleh hubungi beliau di talian 016-998 4486

 
       
       
 

 

   
 

Panel Stokis Bio Asli

BioAsli © Copyright 2005-2015

All Rights Reserved

 

Adalah dengan ini di tegaskan bahawa syarikat berhak untuk menentukan sebarang ketetapan atau sebarang perubahan terhadap semua perkara dan dalam apa juga keadaan dalam sistem ini, samada yang berkaitan dengan sistem pelan pemasaran, sistem pemberian komisen, kadar peratus komisen, jumlah produk, harga, kandungan, saiz dan bentuk persembahan produk, sebarang bentuk, jumlah dan nilai hadiah yang akan diberikan, serta menentukan status keahlian berdasarkan peraturan yang sedia dimaklumi oleh semua ahli, tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan dari mana-mana pihak. Segala hadiah atau komisen atau apa jua imbuhan jika ianya tidak dituntut oleh ahli yang berkenaan selama jangka masa 2 tahun dari tarikh tawaran adalah dianggap ahli berkenaan tidak berminat atau menolak tawaran tersebut dan dengan itu tawaran tersebut akan terbatal  dan syarikat berhak untuk tidak memberi komisen @ hadiah @ ganjaran tersebut. Walau bagaimanapun syarikat tetap berpegang teguh pada prinsip ketelusan, keadilan, kesaksamaan serta kebijaksanaan  dalam menentukan semua perkara di atas.