BIO-REST AROMA TERAPI
Bio-Rest
Aroma Terapi BioAsli adalah gabungan herba terpilih terbaik dunia,
dirumus dari habbatus sauda, herba hebat yang pernah disebut oleh
Junjungan Besar Rasulullah S.A.W, yang dapat dibuktikan mujarab dalam
kajian sains moden, minyak kelapa dara yang dirumus dari pohon kelapa
(sejenis palma, palma juga pernah disebut oleh Rasulullah bila sahabat
meminta penjelasan kepada Baginda berkaitan pohon yang disebut oleh
Allah dalam Al-Qur'an, Surah Ibrahim, ayat 24) dan ekstrak kulit kayu
manis herba klasik yang dikatakan tercatat dalam buku perubatan herba
China sejak 2700 tahun sebelum masihi yang digunakan untuk rawatan
berbagai jenis penyakit seperti cirit-birit, selsema dan masalah haid,
untuk mengubati penyakit kembung, berupaya meningkatkan imuniti di dalam
badan. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan perlindungan terhadap
penyakit kanser dan mengurangkan toksik penghidap kanser. Hasil kajian
baru, menunjukkan ia boleh mengubati penyakit Sindrom Kekurangan Daya
Ketahanan Penyakit (AIDS) dan kolesterol. Pengamal-pengamal perubatan
herba memperakui kulit kayu manis mampu bertindak memanas dan mengering,
lantaran itu ia baik diamalkan untuk merawat selsema, melancarkan
peredaran darah, penghadaman makanan, membuang angin, mengatasi masalah
loya tekak dan juga masalah berhingus.
Aromaterapi
berfungsi pada asasnya melalui deria bau. Umum memaklumi bahawa
menghidu adalah kaedah terbaik bagi mendapatkan kesan maksima manfaat
dari 'essential oil' dalam pengubatan aromaterapi ini. Ini mudah
dilakukan samada dengan tisu yang telah dibasahkan dengan 'essential
oil', pengewapan dari besin air panas atau kabus dari 'burner' atau
'diffuser'.
Bila
seseorang menghidu wangian, molekul 'essential oil' akan menyebabkan
isyarat (impulses) akan dihantar ke otak, yang mana otak kemudian akan
bertindak balas yang boleh memberi kesan ke berbagai bahagian tubuh.
'Limbic System' di bahagian otak akan terangsang melalui 'olfactory
system' dan ia akan menimbulkan kesan tertentu pada memori dan emosi.
Manakala sesetengah 'essential oil' memberikan kesan reaksi psikologi
yang ketara pada seseorang.
Penggunaan
yang berterusan akan membantu menguatkan sistem imuniti tubuh,
menghindari jangkitan dan penyakit. Secara mudah 'essential oil'
mempunyai dua kelebihan :-
- Ia mampu memusnahkan bakteria yang sudah berada di dalam tubuh.
- Ia boleh merangsang sel dan organ, sehingga ia bersedia, lebih efisien dan bersedia mengatasi serangan bakteria.
BAHAN-BAHAN
Minyak Habbatus Sauda, Cinnamomum Zeylanicum dan Minyak Kelapa Dara.
BERAT: 30ml
Nota : Tidak sesuai disapu pada kulit dan penghidap asthma.