BioRest Aroma Terapi | BIO-ASLI

BioRest Aroma Terapi

BioRest Aroma Terapi

RM 47.74 RM 37.74
Not Available

Kod : GST-RESDUNG Berat : 100 gram Share :
BioRest Aroma Terapi

BIO-REST AROMA TERAPI

Bio-Rest Aroma Terapi BioAsli adalah gabungan herba terpilih terbaik dunia, dirumus dari habbatus sauda, herba hebat yang pernah disebut oleh Junjungan Besar Rasulullah S.A.W, yang dapat dibuktikan mujarab dalam kajian sains moden, minyak kelapa dara yang dirumus dari pohon kelapa (sejenis palma, palma juga pernah disebut oleh Rasulullah bila sahabat meminta penjelasan kepada Baginda berkaitan pohon yang disebut oleh Allah dalam Al-Qur'an, Surah Ibrahim, ayat 24) dan ekstrak kulit kayu manis herba klasik yang dikatakan tercatat dalam buku perubatan herba China sejak 2700 tahun sebelum masihi yang digunakan untuk rawatan berbagai jenis penyakit seperti cirit-birit, selsema dan masalah haid, untuk mengubati penyakit kembung, berupaya meningkatkan imuniti di dalam badan. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan perlindungan terhadap penyakit kanser dan mengurangkan toksik penghidap kanser. Hasil kajian baru, menunjukkan ia boleh mengubati penyakit Sindrom Kekurangan Daya Ketahanan Penyakit (AIDS) dan kolesterol. Pengamal-pengamal perubatan herba memperakui kulit kayu manis mampu bertindak memanas dan mengering, lantaran itu ia baik diamalkan untuk merawat selsema, melancarkan peredaran darah, penghadaman makanan, membuang angin, mengatasi masalah loya tekak dan juga masalah berhingus.


Aromaterapi berfungsi pada asasnya melalui deria bau. Umum memaklumi bahawa menghidu adalah kaedah terbaik bagi mendapatkan kesan maksima manfaat dari 'essential oil' dalam pengubatan aromaterapi ini. Ini mudah dilakukan samada dengan tisu yang telah dibasahkan dengan 'essential oil', pengewapan dari besin air panas atau kabus dari 'burner' atau 'diffuser'.

Bila seseorang menghidu wangian, molekul 'essential oil' akan menyebabkan isyarat (impulses) akan dihantar ke otak, yang mana otak kemudian akan bertindak balas yang boleh memberi kesan ke berbagai bahagian tubuh. 'Limbic System' di bahagian otak akan terangsang melalui 'olfactory system' dan ia akan menimbulkan kesan tertentu pada memori dan emosi. Manakala sesetengah 'essential oil' memberikan kesan reaksi psikologi yang ketara pada seseorang.

Penggunaan yang berterusan akan membantu menguatkan sistem imuniti tubuh, menghindari jangkitan dan penyakit. Secara mudah 'essential oil' mempunyai dua kelebihan :-

  1. Ia mampu memusnahkan bakteria yang sudah berada di dalam tubuh.
  2. Ia boleh merangsang sel dan organ, sehingga ia bersedia, lebih efisien dan bersedia mengatasi serangan bakteria.



BAHAN-BAHAN
Minyak Habbatus Sauda, Cinnamomum Zeylanicum dan Minyak Kelapa Dara.

BERAT: 30ml

Nota : Tidak sesuai disapu pada kulit dan penghidap asthma.

Bio-Asli HQ
No. 13 Jalan PPSL 1,
Pusat Perniagaan Sungai Lias,
45300 Sungai Besar, Selangor
+(6011) 3556-0149
Isnin-Jumaat
8:30 pagi - 5.30 petang
bioasli.hq23@gmail.com
24 X 5 online support
TOP