Sabun Hitam Kelapa Dara
SABUN HITAM KELAPA DARA
Dirumus
khas dari minyak kelapa dara dan bahan aktif tempurung kelapa,
memberikan khasiat dan kegunaan tambahan bagi tujuan membersih serta
merawat kulit. Menghindar kulit dari cemaran bahan yang boleh menjadikan
kulit kusam, berisiko terhadap jangkitan dan membangkitkan sinar seri
cahaya kulit.
Secara
khusus bahan aktif tempurung kelapa sangat berkesan sebagai agen
penyerap atau adsorbent. "Adsorption" adalah proses pengumpulan bahan
yang dipanggil 'dissolved organic compounds' (DOC), dikeluarkan dari air
cucian mana-mana bahagian tubuh badan manusia, semasa pembersihannya,
terutama yang lumrah asalnya terdapat terapung di udara, kemudian
terikat pada permukaan 'adsorbent' melalui tarikan kimia ataupun tarikan
fizikal.
Keupayaan
ini adalah disebabkan tempurung kelapa yang diaktifkan mempunyai
terlalu banyak liang atau rongga, yang dipanggil 'micropores' liang atau
rongga yang bersaiz kecil sehingga 40 angstroms, selain mempunyai luas
permukaan dalaman yang besar (a large internal surface area), bagi
membolehkan bahan cemaran ditarik dan melekap padanya. Kaedah ini
menjadikan ia sangat berkesan bagi proses pembersihan. Di samping itu,
sifat fizikal bahan aktif tempurung tersebut juga sangat berkesan
sebagai pelulur yang dapat membantu menanggalkan lapisan luar kulit.
Sabun
Hitam Kelapa Dara amat sesuai bagi kegunaan seisi keluarga, terutama
mereka yang mementingkan kebersihan dan kesihatan, lebih-lebih lagi bagi
yang ingin mengekalkan kecantikan.
KELEBIHAN SABUN HITAM KELAPA DARA
- Membantu mengekalkan kimia kulit.
- Mengekalkan kesegaran semulajadi kulit.
- Menjadi perisai kepada sebarang unsur punca jangkitan kulit.
- Berfungsi sebagai bekalan tenaga segera bagi kulit.
- Membantu mempercepat pertumbuhan sel-sel baru kulit.
- Menjadikan kulit lebih anjal dan kelihatan lebih bertenaga.
CARA PENGGUNAAN
Gunakan Sabun Hitam Kelapa Dara ketika mandi. Sabun ini sesuai digunakan pada wajah dan keseluruhan tubuh badan.
BAHAN-BAHAN
Minyak
Kelapa Dara, Natrium Karbonat, Natrium Klorida, Gliserin, Parfum, Asid
Stearik, Butil Hidroksi Toluena, Caustic Soda, Talcum Powder, Activated
Coco Carbon.
BERAT: 80g