<% id = Request.QueryString("id") %>
 Login                

 

 Katalaluan  
 Masuk

 

Home Syarikat Produk Testimoni Kenyataan Pakar Herba Terpilih SMS
Menu Sijil Halal Beli Iklan TV Banner  Anda Stokis Akhbar
Daftar -Free Hadiah-Free Pos-Free World Poo-Free Komisyen-20 Level Pertanyaan Katalog
 Bahasa Malaysia English Version
 

 
MENU
 

.Teh Herba Mas Cotek + Stevia

.Jus Mas Madu

. Herba Mas Cotek

. Herba Misai Kucing

. Madu Asli

. Buah Rozel

. Bijirin Habatus Sauda

 

No Telefon Syarikat

 
Darah Tinggi Tairoid Hilang berat badan Sakit Kulit Kronik Buasir Lemah & Lesu

 
Baru-Jus Herba Mas Madu

Khasiat Herba & Tenaga Segera !!!

Kandungan : Herba Mas Cotek + Misai Kucing + Habbatus Sauda + Rozal + Madu Asli

 
Roselle (Rozelle, red sorrel, Jamaica sorrel)
(Hibiscus sabdariffa var sabdariffa -- Family Malvaceae)
 

PENGENALAN

Roselle (Hibiscus sabdariffa) adalah dari species hibiscus, famili Malvaceae. Tumbuhan asal Afrika Barat, dan mula dikenali dan ditanam di Asia pada kurun ke 17. Ditanam secara besar-besaran bermula pada tahun 1920 di Indonesia (dulu dikenali sebagai the Dutch East Indies) Ia adalah sejenis tumbuhan herba tahunan yang boleh hidup lama. Ia sesuai hidup dipersekitaran tanah gembur yang subur, saliran air yang baik, terutama di iklim tropika. Ia hidup subur di kawasan yang mempunyai taburan hujan sekitar 10 inci (25sm) dalam setiap bulan semasa pembesarannya. Asas batangnya sedikit keras berkayu, tumbuh setinggi 2–2.5 meter. Daunnya mempunyai antara 3 hingga 5 cuping (lobed), 8–15 sm panjang, tersusun berselang (arranged alternately) di atas batang dan berwarna antara hijau gelap dan hijau kemerah-merahan

Bunganya berukuran lintang sekitar 8–10 sm, berwarna putih atau putih susu dengan warna merah pekat di bahagian dasar petal, mempunyai fleshy calyx, setebal 1.5–2 sm. Ketebalannya kadang-kadang mencapai ketebalan 3–3.5 sm. Warna buahnya akan bertambah merah, bila buah semakin matang, dan ia akan mencapai tahap kematangan sekitar enam bulan.

Selain panggilan roselle, red sorrel, Jamaica sorrel ia juga dikenali di benua India sebagai meśta/meshta, di Senegal sebagai bissap, Di Congo sebagai wanjo dan di Perancis sebagai oseille rouge/l'oseille de Guinée, di Gambia sebagai zobo di Nigeria, Mesir, Saudi Arabia sebagai karkade, di Sudan sebagai omutete, di Namibia, Caribbean dan Jamaica sebagai sorrel di Amerika Latin, rosela di German sebagi Rosella di Sepanyol sebagai quimbombó chino/sereni, di Portugal sebagai vinagreira/azeda de Guiné, di Thailand sebagai krachiap daeng, bagi masyarakat melayu dikenali sebagai asam susur, dan di Jepun sebagai rozeru

Klasifikasi roselle

Kingdom

Plantae

Division

Magnoliophyta

Class

Magnoliopsida

Order

Malvales

Famili

Malvaceae

Genus

Hibiscus

Species

H. sabdariffa

Nama binomial

Hibiscus sabdariffa

 

KEGUNAAN ROSELLE

Pada asalnya tumbuhan roselle ini ditanam untuk menghasilkan bast fibre dari batangnya. Fibrenya digunakan sebagai bahan ganti untuk jute

Bahagian  calycesnya yang berwarna merah ketika ini banyak di ekspot ke Amerika dan Eropah, (German adalah merupakan pengimpot utamanya) dimana ia digunakan sebagai pewarna makanan. Di Perancis ia juga boleh didapati di pasar dalam bentuk sirap. Daun hijaunya digunakan dan dimakan sebagaimana daun bayam. Kadang-kadang daunnya juga digunakan sebagai penambah rasa hidangan nasi dan ikan bagi masyarakat Senegal yang popular ia itu thiéboudieune.

Teh

Di Afrika, roselle selalunya digunakan untuk membuat teh herba manis, dan kerap dijual di pasar-pasar jalanan. Bunganya yang kering boleh didapati disetiap pasarnya Sementara di kepulauan Caribbean minuman dibuat dari buah segarnya. Di Thailand roselle juga diminumsebagai the dan dipercayai mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Di sebahagian tempat di dunia roselle di campurkan dengan daun teh Cina untuk mendapat kelainan rasa. Di Amerika calyces roselle dijual didalam uncang dan dilabelkan sebagai  "Flor de Jamaica" dan boleh didapati di gedung-gedung makanan kesihatan, dipercayai kaya dengan vitamin C. Minuman ini baik untuk mereka yang ada kemungkinan keperluan untuk menstabilkan kadar air dalam tubuhnya. Ia dilapurkan agak sedikit diuretik.    

Kegunaan perubatan

Di India, Africa and Mexico, semua bahagian pohon reselle yang di atas paras tanah bernilai didalam perubatan asli.  Air rendaman daun atau calyces dianggap sebagai bersifat diuretic, cholerectic, febrifugal dan hypotensive, mengurangkan kepekatan darah dan merangsang gerakan peristalsis usus. Pakar Pharmakologi di Senegal menyarankan supaya ekstrak roselle digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Dalam tahun 1962, telah disahkan bahawa calyces mempunyai aktiviti hypotensif dan didapati bahawa ia bersifat antispasmodic, anthelmintic dan antibacterial. Dalam tahun 1964 telah ditemui bahawa ekstrak roselle sangat berkesan terhadap Ascaris gallinarum pada haiwan ternak, dan warna semulajadinya punya kesan pemusnah terhadap Mycobacterium tuberculosis. Ekstrak roselle juga didapati berupaya mengurangkan kadar penyerapan alcohol (bagi peminum minuman keras), jadi ia mengurangkan kesan alcohol terhadap kepada system tubuh. Di Guatemala roselle adalah penawar yang digemari untuk memulihkan ketagihan arak.

Di Afrika Barat, kelopak roselle kering yang dikenali sebagai "Sudan tea", diambil untuk merawat batuk. Jus roselle bersama garam, lada hitam, asafetida getah dammar yang berbau kuat) dan molasses (sejenis sirap), diambil untuk memulihkan  biliousness (kesakitan hempedu dan hati.

Daun roselle yang dipanaskan bila di tampalkan pada tumit kaki yang pecah, atau di atas kulit melecur untuk mempercepatkan maturation (pematangan). Losyen yang dibuat dari daun digunakan juga untuk kesakitan dan luka. Bijinya bersifat  diuretic dan fungsi tonic dan minyak bijinya yang berwarna kuning perang (brownish-yellow) didakwa mampu menyembuhkan kesakitan pada unta. Di India, air rebusan biji roselle dapat melegakan dysuria, strangury,dyspepsia dan debility.

Lain-lain kegunaan

Di benua India, terutama di sekitar lembah Genges roselle yang dipanggil meshta ditanam untuk menghasilkan fibre tumbuh-tumbuhan is cultivated for vegetable fibres. Fibre dari keratan dan perdu mendapat permintaan yang sangat menggalakkan dari industri yang menggunakannya.

Di sebahagian benua Eropah calyses dicampur dalam salad buah-buahan. Di Afrika ia dimasak sebagai hidangan tambahan bersama kacang kisar. Bagi masyarakat barat ia kadang-kadang dijadikan bahan membuat sauce, juice, sirup, jam, marmalade, relish, chutney dan jelly,

Roselle sauce atau sirap boleh di campurkan ke dalam puding, cake frosting, gelatin dan salad dressings, dituangkan ke atas gingerbread, pancakes, waffles atau ice cream. Bagi membuat jelly, tidak perlu dicampurkan pectin untuk memantapkannya, kerana calycesnya mempunyai sekitar 3.19% pectin. Di Pakistan, roselle telah digunakan sebagai sumber pectin untuk industri pengawetan buah-buahan.

Bijinya dianggap sebagai makanan ayam yang baik, sementara keladak selepas selepas pengekstrakan minyaknya bernilai untuk makanan lembu.

Calyces yang kering mengandungi flavonoids gossypetine, hibiscetine dan sabdaretine. Pigment utamanya, dilapurkan sebagai hibiscin, dikenal pasti sebagai  daphniphylline. Juga terdapat sedikit kandungan delphinidin 3-monoglucoside, cyanidin 3-monoglucoside (chrysanthenin), and delphinidin.

Pengeluaran

China dan Thailand adalah pengeluar terbesar dan menguasai sebahagian besar bekalan dunia. Thailand dikatakan melabur dengan banyak bagi pengeluaran roselle dan diperakui bahawa hasinya sangat berkualiti, sementara roselle dari China dihasilkan dengan kawalan kualiti yang agak longgar. Oleh itu kualiti hasilnya kurang meyakinkan. Penghasilan roselle terbaik adalah dari Sudan, tetapi kuantiti pengeluarannya agak rendah sementara sistem pemerosesan yang rendah menjejaskan kualitinya. Mexico, Egypt, Senegal, Tanzania, Mali dan Jamaica juga merupakan antara pengeluar utama roselle,tetapi pengeluarannya hanya untuk kegunaan domestik sahaja.

Nilai pemakanan

Pakar pemakanan mendapati bahawa roselle calyces mengandungi kandungan Kalsium, niasin, riboflavin dan zat besi.

Nilai Pemakanan bagi setiap 100 g yang dimakan.

Calyces, segar.       

Moisture               9.2 g

Protein                 1.145 g

Fat                      2.61 g

Fiber                  12.0 g

Ash                      6.90 g

Calcium               1,263 mg

Phosphorus       273.2 mg

Iron                    8.98 mg

Karotene             0.029 mg

Thiamine             0.117 mg

Riboflavin            0.277 mg

Niacin                 3.765 mg

Ascorbic Acid       6.7 mg

Daun segar    (Analisa dibuat di Guatamela)

Moisture                86.2%

Protein                1.7-3.2%

Fat                          1.1%

Carbohydrates           10%

Ash                             1%

Calcium                  0.18%

Phosphorus             0.04%

Iron                       0.0054%

Malic Acid               1.25%

 

Biji (Analisa dibuat di Philippines)         

Moisture               12.9%

Protein                   3.29%

Fatty Oil               16.8%

Cellulose               16.8%

Pentosans             15.8%

Starch                  11.1%

Amino acids (N = 16 p. 100 According to Busson)*

Arginine                 3.6

Cystine                 1.3

Histidine                1.5

Isoleucine              3.0

Leucine                  5.0

Lysine                    3.9

Methionine              1.0

Phenylalanine          3.2

Threonine               3.0

Tryptophan               -

Tyrosine                 2.2

Valine                     3.8

Aspartic Acid         16.3

Glutamic Acid         7.2

Alanine                  3.7

Glycine                  3.8

Proline                   5.6

Serine                   3.5

 

 

PERINGATAN:-

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa segala maklumat, keterangan dan testimoni yang dipaparkan tidak wajar dijadikan sebagai panduan mutlak (tanpa merujuk kepada ahli perubatan @ doktor) bagi tujuan untuk mengenal pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan khidmat nasihat dan diagnostik ahli perubatan @ doktor yang bertauliah untuk mengenal pasti penyakit dan rawatan. Manakala segala testimoni yang ada, merupakan pengalaman sebenar pengguna. Sebahagiannya sudah diuji secara klinikal, manakala sebahagian lainnya belum lagi diuji sedemikian.   

   

 

.
 
Desaku Maju Marketing
(SA0030870-W)
NO.15 Jalan PPSL1
Pusat Perniagaan Sg.Lias
45300 Sg. Besar, Selangor, Malaysia
Tel : 03-3224 8721  Fax : 603-3224 2321
email : desaku@streamyx.com
© Copyright 2005.   All Right Reserved