H o t l i n e  :  603-3 2 1 3 8 0 4 6  @  0 1 9 - 3 8 8 0 0 9 8   Fax : 603-3 2 1 3 6 5 6 3     Office Hours  : Monday~Saturday :  8.30am~5.30pm.
Bio-Asli Utama Produk Testimoni Daftar Keahli Belian Stokis Mentor
New Product to be released, Masrozel Juice= Mascotek + Misai Kucing + Black Seed + Roselle + Honey
Visitor
Blackberry Pearl
Since: 1/6/2006
 Login                

 

 Katalaluan  
 Masuk

Menu

  . Virgin Coconut Oil

  . Scientific data

  . Health Benefit
  . Power Oil (For men)
  . Sexy Oil (For Wife)
Health Infomation

. VCO as Functional Food

. Antiviral & Anti Microbial

. VCO in diet

. VCO & Lactating Mother

. VCO & Skin

. How VCO Used

. Tips For Using VCO

 
Tahfiz Quran
(Kebajikan Anda)

100 % Asli-Natural

100 % Asli-VCOP + MADU
You all are welcome to regester as members: Malaysia, Brunei, Singapura and others country

 

TESTIMONI PENGGUNA

Anda sangat dialu-alukan mengirimkan email pengalaman anda setelah menggunakan produk Bio-Asli, Email yang sesuai akan disiarkan di halaman web ini dan pihak syarikat akan memberi hadiah istimewa kepada email yang terpilih. Kami juga akan merasiakan latar belakang anda jika diminta-Terima Kasih.

Kes 1 : PENYAKIT ASTHMA

 

PROJEK KHAS             :    MENGUJI KHASIAT & KEUPAYAAN PENYEMBUHAN PRODUK
                                    Bio-Asli Desaku.
PRODUK  UJIAN          :     MINYAK KELAPA DARA  + HABBATUS SAUDA’  (VCO+HABBATUS SAUDA’)
PENERIMA  RAWATAN  :     EN. MAT AMIN BIN MUBIN
NO. K/P                    :     580401 – 08 – 6591
ALAMAT                    :     KG. SUNGAI TENGAR, 45100 SG AIR TAWAR,
                                     SABAK BERNAM, SELANGOR.     
MASALAH DIHADAPI     :     ASTHMA

      RINGKASAN MASALAH YANG DIHADAPI  :

 Penerima rawatan  adalah pekebun kelapa. Melakukan semua kerja-kerja kebun disamping berbagai kerja lain yang terdapat di persekitaran daerah Sabak Bernam.Mula mengalami tanda-tanda  gejala asthma seperti batuk, tidak bermaya, dan yang paling parah kesukaran bernafas, sekitar tahun 1978, ketika berumur 20 tahun. Tidak dapat dipastikan samada penyakit dihidapi dari faktor  luaran atau sebab keturunan, memandangkan bapa pesakit juga mengalami penyakit yang sama.

 Kini sudah mempunyai enam orang anak. Masih melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan kelapa. Malangnya gejala penyakit beliau semakin bertambah parah, sehingga terpaksa sentiasa berbekal kepada alat perawatan ‘inhaler’ dan tablet. Disaat serangan kronik kebiasaannya beliau terpaksa mendapatkan suntikan dari klinik berhampiran. Waktu cuaca sejuk atau cuaca terlalu panas adalah merupakan permasalahan bagi beliau, kerana dalam keadaan tersebut, beliau selalu mengalami sesak nafas dan sering mendapat serangan kronik. Dalam kehidupan harian terpaksa berpantang dari memakan makanan sejuk seumpama tembikai, timun, rambutan dan air batu kerana makanan tersebut sering juga mendatangkan masalah yang sama.

 Diluar waktu serangan penyakit, biasanya beliau hanya mampu menyudahkan mengopek kelapa berjumlah hanya sekitar 50-60 biji sehari. Keadaan ini sebenarnya amat menyukarkan kehidupan beliau sekeluarga, disamping ketidakselesaan beliau sendiri dalam melakukan kerja-kerja harian.

 Atas dasar kebajikan disamping ingin membuktikan keupayaan penyembuhan produk Bio-Asli, kami menawarkan beliau produk percuma (minyak kelapa dara + habbatus sauda’)  untuk rawatan. Pada peringkat awal pengambilan (minum), beliau mengalami pengeluaran kahak pada kadar yang luarbiasa banyak dan ia berlaku sehingga  lebih dari seminggu.

 Kini beliau baru menghabiskan botol pertama minyak berkenaan dengan jadual pengambilan satu sudu makan setiap waktu pagi, tengahari dan malam.

 Berikut adalah jadual charta perkembangan proses perawatan beliau.

 

 

                   

GEJALA

 

 

MASA

BATUK

LETIH

SUKAR B’NAFAS

CATITAN

JANUARI ‘07

 

 

 

 

MINGGU 01

      /

       /

     /

Keluar kahak yang banyak (hijau)

MINGGU 02

      X

       /

     /

Tidak lagi bergantung pada ‘inhaler’

MINGGU 03

      X

       X

     /

Lebih selesa bernafas

MINGGU 04

      X

       X

     /

Mampu mengopek 600 biji kelapa sehari

FEBRUARI ‘07

 

 

 

 

MINGGU 01

 

 

 

 Badan dan dada rasa lebih selesa(sihat)

MINGGU 02

 

 

 

 

MINGGU 03

 

 

 

 

MINGGU 04

 

 

 

 

MARCH ‘07

 

 

 

 

 

KES : SAKIT-SAKIT BADAN  DAN SENDI

PROJEK KHAS                     : MENGUJI KHASIAT & KEUPAYAAN PENYEMBUHAN

                                           PRODUK Bio-Asli Desaku.

 PRODUK  UJIAN                  : MINYAK KELAPA DARA  + HABBATUS SAUDA’

                                         (VCO+HABBATUS SAUDA’)

 PENERIMA  RAWATAN         : EN. MASHOAD BIN MOHAMED

 ALAMAT                           : JALAN HJ. SHUKUR, NO. 4, PPRT SG.TENGAR

                                         UTARA, 45100 SG AIR TAWAR,

                                         SABAK BERNAM, SELANGOR D.E.

 MASALAH DIHADAPI           :  SAKIT-SAKIT BADAN  DAN SENDI

 RINGKASAN MASALAH YANG DIHADAPI  :

 Bekerja di kebun kelapa dengan berbagai tugas sejak dari usia remaja. Semenjak enam tahun terakhir ini, bersama dengan isteri, beliau membuka industri kecil (membuat biskut) untuk musim-musim perayaan, disamping masih lagi melakukan kerja-kerja dikebun kelapa. Dengannya beliau menyara anak-anak seramai 2 orang dan seorang isteri. 

Sekitar pertengahan tahun 2006, beliau mengalami sedikit masalah kesihatan, cepat letih dan kurang bermaya untuk bekerja di kebun. Di waktu tertentu beliau terpaksa tidak pergi ke kebun kerana tidak bertenaga dan hilang semangat. Dengan umur beliau yang kian meningkat, beliau pada mulanya beranggapan bahawa masalah tersebut adalah gejala peningkatan usia tua. Banyak jenis ubat yang telah dicuba. Akhirnya mencuba Minyak kelapa dara + habbatus sauda’ Bio-Asli, DesaKu.

 Sesuatu yang agak memeranjatkan, pada minggu pertama mengkonsumsi minyak kelapa dara + habbatus sauda’, beliau mengalami pendarahan semasa membuang air besar. Bagaimanapun beliau masih meneruskan mengkonsumsi minyak berkenaan, botol pertama. Dalam minggu kedua, pendarahan tidak berlaku lagi. Apa yang menggembirakan beliau, tenaga dan semangat beliau kembali datang, dan beliau mampu bekerja kuat dikebun dan dengan waktu yang panjang. 

Sekarang masih mengkonsumsi minyak kelapa dara + habbatus sauda’. Beliau dan juga kami di Desaku  berharap agar kesihatan beliau berterusan dengan asbab khasiat minyak kelapa dara + habbatus sauda’, khazanah dari alam ciptaan Tuhan.

Kes : Kurang selera makan dan badan terasa lemah.

Nama : Utz Samsudin B Hj. Sakawi @Hj. Abd Hamid

Alamat : No 55 Batu 61 Sg. Lias 45300 Sg. Besar Selangor

Umur :65 Tahun

 Ustad Samsudin dilahirkan pada tahun 1942 di Sg Besar.  Dalam usia mencecah 60-an beliau mengalami masalah sakit dada @ kesukaran untuk bernafas. Beliau juga sering pengsan & pitam. Akibat daripada kejadian pitam & kesukaran bernafas yang berulang kali itu, beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Keputusan pemeriksaan mengesahkan, bahawa beliau sebenarnya menghidap penyakit lemah jantung iaitu kegagalan jantung berfungsi dengan baik kerana urat di sistem jantung   bermasalah. Empat urat utama iaitu Superior vena cava,  Inferior vena cava, pulmonary atery & pulmonary vein telah tepu. Buat makluman anda setiap urat ini bersambung dengan INJAP SABIT, INJAP TRIKUSPID & INJAP BIKUSPID. Kegagalan urat untuk berfungsi akan menyukarkan pengaliran darah beroksigen & tidak beroksigen diantara jantung dan seluruh bahagian tubuh badan yang lain. Seperti yang anda sedia maklum pengaliran darah yang bersistematik adalah perlu untuk memastikan sistem badan yang lain mampu berfungsi dengan baik.

Lantaran itu, pada tarikh 22.12.05, beliau telah menjalani pembedahan dengan mengambil urat kaki kanan bagi menggantikan 4 urat utama jantung beliau. Pembedahan tersebut AlhamdulilLah telah berjaya, manakala masalah sesak nafas dan sakit dada dapat juga diatasi. Walau bagaimanapun keseluruhan anggota badan masih agak lemah dan pucat. Berat badan beliau sehingga bulan Oktober 2006 hanya sekitar 46 kg. AlhamdulliLah setelah meminum Minyak Kelapa Dara + Habbbatus Sauda  (VCOHS), 1 sudu setiap pagi dan 1 sudu setiap petang selam 2 bulan, selera makan meningkat dan badan terasa lebih segar serta lebih bertenaga. Kini pada Februari 2007 berat badan Utz. Samsudin telah meningkat ke 51 kg. Wajah beliau yang sebelum ini kuning pucat, bertukar lebih bermaya dan ceria seperti yang dipaparkan dalam gambar.

Kes 2 : Resdung

Resdung..!

Kecantikan ku terjejas kerananya, Syukur kini ada penawarnya
 ya Tuhan ku. Minyak Kelapa Dara Pure + Habbatus Sauda (Baru)...Bio-Asli

Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung,  kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka. Kadangkala  ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Diantara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik, keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif.

Menurut Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, Pakar telinga, hidung, dan tekak Hosital Pusrawi, Kuala Kumpur, sekiranya resdung dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Disamping pesakit resdung diurus secara yang baik, pengambilan Minyak Kelapa Dara samada Pure atau + Honey dalam pemakanan  akan dapat membantu daya tahan tubuh terhadap bakteria yang menyerang bahagian hidung dan rongga-rongga didalam tulang muka atau serangan virus yang berasal dari selesema biasa terhadap lapisan dalam hidung dan sinus.

Dari beberapa perakuan testemoni pengguna yang menggunakan /menyapukan  Minyak Kelapa Dara pada seluruh bahagian muka dan telinga, disamping mengamalkan meminumnya setiap hari, mendapati mereka tidak lagi mengalami sebarang tanda serangan berulang. Dan yang paling menggembirakan mereka ialah mereka tidak perlu lagi mengambil ubatan yang selama ini menjadi rutin bulanan mereka.

 

20 Tahun derita mengidap resdung.

Nama saya Ishak Bin Basiran, Pengasas syarikat Desaku Trading, Teknologi Desa Hijau Sdn.Bhd (kilang minuman jus ) dan Mudah Niaga Ent. (Kilang Elektronik ), bekas seorang jurutera kanan syarikat multinasional Jepun dan Korea. Saya mula mengidap resdung  secara ketara pada tahun 1986 (tingkatan 5). Diantara gejala awal ketika itu ialah selalu bersin pada waktu pagi , ketika cuaca sejuk dan terkena kipas angin. Memang memeritkan kerana saya terpaksa membawa saputangan atau kertas tisu setiap hari untuk mengelap lelehan hingus , mata gatal dan berair serta selalu sakit kepala , disamping nafas yang berbau, tidak menyenangkan. Keadaan tersebut berlanjutan semenjak tahun 1986 sehingga 1995).

Saya pernah berjumpa doktor pakar tekak, hidung dan telinga di sebuah hospital swasta di jalan pelabuhan Klang, beliau menyarankan supaya saya menjalani pembedahan tetapi saya tidak bersedia. Pada pertengahan tahun 1999 rakan saya, seorang guru memberitahu supaya saya mengambil sutikan diprospan di klinik swasta Sabak Bernam kerana beliau juga mengidap resdung dan selepas disuntik setiap 30 hingga 40 hari ianya dapat mengawal alahan resdung tersebut. Semenjak itu saya terus mengambil suntikan diprospan dari 18.11.1999 hingga 27.12.2005. Saya juga difahamkan oleh beberapa orang doktor tentang kesan sampingan akibat mengambil suntikan dicspousprin tersebut, Mereka menasihati  saya supaya  mencari ubat altenatif yang lain kerana kesan sampingan jangka panjang diprospan boleh mengakibatkan reput tulang, kerosakan pada buah pingang dan pancreas. Jika diambil secara berterusan selama bertahun-tahun boleh mendatangkan risiko mengidap darah tinggi dan kencing manis.

Saya pernah bertanya doktor apakah diprospan? Doktor menjelaskan diprospan ialah sejenis dadah steariods yang dihasilkan secara 'synthetic' bagi membantu menguatkan daya tahan penyakit di mana ia bertindak sebagai 'antibody'. Kenapa saya memerlukannya? Doktor memberitahu 'antibody' badan saya semakin lemah dan beliau menasihati supaya banyak memakan sayuran serta  berpantang beberapa jenis makanan laut untuk mengawal gejala resdung. Dalam pada itu berbagai ubat dan makanan kesihatan telah saya cuba, namun resdung  tetap tidak juga sembuh.

Lebih malang lagi ,setelah hampir 5 tahun mengamalkan suntikan, pada tahun 2003 saya disahkan mengidap darah tinggi      ( sistolis 105 dan distolis 150) . Doktor mewajibkan saya memakan ubat atnolol 50gm setiap hari bagi mengawal tekanan darah tinggi. Bayangkan betapa kecewanya saya, sedangkan bapa dan ibu saya sudah berumur 70 tahun lebih, tidak mengidap darah tinggi atau kencing manis.

Sekitar  awal tahun 2005 saya menghadapi satu lagi masalah keguguran rambut yang pastinya jika tidak di atasi, kepala saya akan jadi botak. Pusing keliling cari ubat, macam-macam petua dah cuba tetapi tidak berhasil. Akhirnya pada satu majlis kenduri kahwin di Sabak Bernam saya bertemu kawan lama yang suatu ketika dahulu berkepala botak (licin) tetapi kini sudah berambut walaupun masih jarang-jarang. Beliau mengesyorkan kepada saya menggunakan 'minyak kelapa' yang beliau gunakan dan hasilkan sendiri. Setelah 3 bulan mencuba, masalah rambut gugur jadi minima. Beliau telah mengajar saya cara membuatnya, alangkah terkejutnya saya rupa-rupanya minyak yang saya pakai itu ialah Minyak Kelapa Dara setelah saya bertanya dengan seorang Prof. Dr di satu ekspo bertempat di Kuala Lumpur walaupun ketika itu kualitinya agak kurang sedikit.

Bermula dari detik itu saya terus membuat kajian demi kajian dan berbagai percubaan untuk menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang berkualiti tinggi kandungan lauric acid dan capric acidnya. Akhirnya saya berjaya menghasilkan minyak yang berkualiti lalu saya namakannya Minyak Kelapa Dara Bio-Asli.

Dari kajian dan pembacaan di internat terlalu ramai pakar-pakar kesihatan memperakui akan khasiat dan kehebatan bagi sesiapa yang meminum atau menggunakan Minyak Kelapa Dara. Ia akan membantu meningkatkan tahap metabolisma dan daya tahan penyakit. Manakala jika disapukan pada kulit tubuh boleh memembunuh berbagai jenis virus, bakteria, kulat dan protozoa. Malahan kulit akan menjadi lebih halus dan segar.

Bermula Oktober 2005 saya mengamalkan secara efektif meminum 2 sudu teh selepas sarapan pagi dan 2 sudu teh setelah makan pada waktu petang . Manakala  untuk kegunaan luaran saya  menyapukannya 2 kali sehari pada waktu pagi dan selepas sembahyang isyak pada waktu malam di seluruh kepala bermula dari dahi, pipi, hidung, telinga luar dan dalam serta rambut sehingga minyak mencecah kulit kepala.(jangan bimbang ia tidak berasa berlengas kerana molikul minyak Kelapa Dara sangat halus dan mudah menyerap ke dalam kulit. Anda akan berasa selesa dan segar seperti menggunakan air  tapi awas jangan terkena mata, agak pedih sedikit tapi tidak bahaya malahan jika anda sakit mata boleh gunakannya sebagai ubat mata ia akan membunuh kuman, untuk sakit mata seeloknya guna sebelum tidur malam).

Setelah tekun mengamalkannya, hasilnya sangat menakjubkan. Saya hampir tidak percaya penyakit resdung yang saya tanggung selama hampir 20 tahun kini menunjukkan tanda-tanda untuk pulih. Saya tidak perlu lagi mengambil suntikan dicspousprin yang kebiasaannya perlu saya ambil sekitar 30 hari ke 40 hari (sekali suntikan). bagi mengelakkan saya bersin berulang-ulang, badan menjadi gatal, keluar biji-biji halus seperti nasi yang berbau masam disekitar hidung, dahi ,dagu, celah cuping telinga dan kulit kepala manakala tekak, dan di dalam hidung akan  menjadi bengkak dan gatal serta berkahak berbau dan berwarna keperangan. Syukur kepada Allah s.w.t kerana menemukan saya penawar penyakit yang saya cari selama ini. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Besar dan Maha Berkuasa dan tiap-tiap sesuatu akan tunduk kepadaNya. Yakinlah setiap penyakit itu ada ubatnya hatta Aids melainkan kusta dan kematian.

Dengan iklas saya ingin berkongsi kegembiraan ini bersama anda semua. Alhamdulillah saya mendapati diri saya serasi dengan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli ini. Anda....... saya tidak pasti, tetapi tidak rugi jika anda mencubanya, malahan ia tidak menggandungi sebarang bahan toksin atau kimia yang banyak digunakan dalam ubat-ubatan moden. Minyak Kelap Dara ini 100% organik, tiada campuran lain.

Bagi tekanan darah tinggi yang saya alami, saya masih meneliti dan merekodkan bacaan tekanannya. Saya menjangkakan akan dapat melihat dan mengetahui keputusannya sekitar selepas 6 bulan pengambilannya (meminumnya). Sesungguhnya segala fakta yang saya paparkan adalah benar berlaku pada diri saya .Jika anda ragu ,anda boleh menghubungi saya di talian 03-32138046 -Ishak Bin Basiran.Back

Berikut ialah jadual tarikh saya mengambil suntikan diprospan :

cek kad klinik

 
Bil Tarikh Jarak Hari
1 18/11/99 0
2 22/1/2000 34
3 11/3/2000 48
4 27/4/2000 47
5 29/6/2000 63
6 26/8/2000 58
7 11/10/2000 46
8 25/11/2000 45
9 3/1/2001 39
10 8/3/2001 64
11 14/4/2001 37
12 26/5/2001 42
13 21/7/2001 56
14 15/9/2001 56
15 1/10/2001 16
16 11/12/2001 71
17 5/2/2002 56
18 23/4/2002 77
19 4/6/2002 42
20 14/7/2002 50
21 20/8/2002 36
22 15/10/2002 26
23 27/11/2002 43
24 12/1/2003 46
25 16/2/2003 35
26 26/3/2003 38
27 26/4/2003 31
29 20/5/2003 24
29 25/6/2003 36
30 Hilang Record Nil
31 Hilang Record Nil
32 Hilang Record Nil
33 2/10/2003 Nil
34 15/11/2003 44
35 31/12/2003 46
36 11/2/2004 42
37 9/3/2004 26
38 4/4/2004 26
39 10/5/2004 36
40 14/6/2004 35
41 Hilang Record Nil
42 Hilang Record Nil
43 Hilang Record Nil
44 10/10/2004 Nil
45 20/11/2004 41
46 25/12/2004 35
47 3/2/2005 40
48 12/3/2005 37
49 23/4/2005 42
50 28/5/2005 35
51 4/7/2005 37
52 18/8/2005 45
53 20/9/2005 33
54 16/11/2005 57
55 27/12/2005 41

 

Pengguna 3: Ali Bin Hudzori ; Tmn Seri Nakhoda Omar, B.N.O

Saya seorang pelajar tingkatan enam, dan tinggal di asrama yang persekitarannya adalah ladang kelapa sawit. Adalah menjadi 'rutine' pelajar asrama menjalani 'prep' pada waktu malam. Cahaya terang dalam kelas di mana kami belajar, rupanya mengundang berbagai jenis serangga yang berbagai ke dalam bilik yang sama. Sejenis serangga terbang, kecil seperti 'Semut  Selangor', tetapi ekor berwarna seperti tebuan menjadikan saya dan kawan-kawan gelisah. Gigitannya perit dan meninggalkan kesan ruam dan kemudian bertukar kepada keadaan melecur yang teruk. Kebetulan  cuti hujung minggu sewaktu balik kerumah keadaan saya disedari oleh jiran, yang kemudian mengsyorkan untuk menggunakan minyak kelapa dara (Pure) sebagai ubat sapu. Sekitar seminggu keadaan kulit saya pulih seperti sediakala. Begitu juga kawan-kawan asrama saya yang turut sama menggunakannya.

 

Pengguna 4 : Mohammad ; Bt 1 Jln Feri Sabak Bernam

Anak saya berumur 8 tahun. Kegemarannya memancing ikan dan mencari 'spider' untuk peliharaan. Keadaan ini mendedahkannya kepada risiko gatal dan sakit kulit. Januari 2006 ia mengalami kudis yang agak teruk pada betis dan peha. Seperti yang dimaklumi oleh semua orang ubat yang biasa terdapat di pasaran hanyalah ubat sapu dan krim...... tak tau berapa puluh jenis yang telah saya gunakan untuk anak saya. Akhirnya  seorang kawan  mencadangkan saya untuk mencuba minyak kelapa dara (Pure) sebagai ubat sapu. Kini (19hb Jan 2006) kudis anak saya telah sembuh, dan saya tidak perlu berbelanja lebih untuk ubat-ubatan lain, dan penggunaannya (minyak kelapa dara) pun sangat menjimatkan

 

Pengguna 5 : Hafizah; Sepintas, Sabak Bernam

Sepintas, tempat tinggal saya adalah sebuah kampung yang kebanyakan tanahpersekitarannya adalah terdiri dari kebun kelapa atau kelapa sawit. Keadaan redup dalam kebun tersebut menjadi habitat kegemaran nyamuk. Gigitan nyamuk adalah satu perkara yang mustahil untuk dielakkan, samada siang atau malam. Kadang-kadang gigitan nyamuk tersebut meninggalkan kesan bintik-bintik merah dan menjadikan kulit sentiasa gatal. Keadaan tergaru-garu membuat saya kadang-kadang merasa malu. Mujur terlintas difikiran saya untuk mencuba Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) yang ada dalam simpanan ayah, sebagai ubat sapu. Kini saya lega, kegatalan serta kesan gigitan nyamuk tidak lagi menjadi masalah saya. Lebih menarik lagi kulit saya kelihatan halus dan segar semula.

 

Pengguna 6:  Adam; Tmn Seri Nakhoda Omar, B.N.O   

Anak saya berumur 9 bulan mengalami ruam pada kulit yang teruk. Seluruh anggotanya dipenuhi ruam dan ia sentiasa dalam kegatalan. Keadaannya bertambah parah bila ia berpeluh. Waktu malam ia sentiasa merengek atau menangis yang mengakibatkan saya suami isteri tidak dapat tidur, dan terpaksa bergilir berjaga untuk melayaninya. Keadaan berlanjutan beberapa minggu dan segala ubat sapu dan krim yang saya beli samada dari farmasi dan klinik tidak mendatangkan apa-apa kesan. Akhirnya seorang jiran yang prihatin dan tersedar akan tangisan anak saya yang berterusan waktu malam mengesyorkan saya untuk menggunakan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) sebagai ubat sapu. Alhamdululillah syukur selepas dua hari ruam kulit anak saya hilang samasekali.

 

Pengguna 7 : (Minta nama tidak disiarkan) Sg. Besar, Selangor.

Saya seorang  peniaga. Banyak sudah wang saya laburkan untuk perniagaan saya. Masalah datang bertimpa-timpa, seakan tiada kesudahannya. Namun bayang-bayang untung dan kejayaan masih tidak kelihatan. Disamping perniagaan  banyak perkara lain yang terpaksa saya fikirkan, termasuk keluarga dan anak-anak yang bertebaran tinggal di asrama (termasuk pembelajarannya, perbelanjaannya, serta keselamatannya). Kadang-kadang tidur tidak nyenyak dan selalu terganggu  oleh mimpi-mimpi yang menekan perasaan. Pada peringkat awal kesan ketara yang saya alami ialah  rambut secara keseluruhannya menjadi halus seperti rambut bayi diikuti keguguran rambut yang teruk. Cuma dengan sekadar usapan pada kepala sudah cukup untuk rambut saya gugur. Akhirnya saya dapati bahagian atas kepala saya sudah mula kelihatan kulit, dengan rambut yang sudah terlalu jarang. Risau dengan keadaan tersebut saya berikhtiar mencari penawar. Mujur saya terjumpa Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure dan + Honey) Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) saya sapukan di kepala setiap malam sebelum tidur dan minyak kelapa dara + madu saya minum satu sudu setiap hari. Kini rmasalah rambut gugur saya telah selesai dan secara kseluruhannya rambut saya sudah segar kembali sepertimana ketika saya remaja dahulu - bilah rambut kerasi serta hitam bersinar kembali.

 

Kes 8 : Pesakit Jantungnya.

   

TESTIMONI & KES DALAM PENGENDALIAN PROF. JON J. KABARA

Prof. Jon J. Kabara head of Biochemistry and Pharmacologi of Michigan State University.

 Berikut adalah kenyataan Prof. Jon J Kabara terhadap pesakit jantungnya.

 “  Maria, seorang penghidap sakit jantung, diberitahu oleh doktor pakarnya, (ahli kardiologi) bahawa dia hanya mempunyai masa sekitar lima tahun untuk hidup. Diantara salah satu gejala umum sakit jantungnya adalah cardiac arrhythmia, dimana degupan jantungnya berlaku tidak teratur. Arrhytmianya begitu parah sehingga doktor mendesak agar dia memasang pacemaker yang diimplan atau di tanam di dalam dadanya. Dia menolak kerana masih ingin mencuba beberapa kaedah yang lebih alami, tetapi gejalanya tetap sama bahkan semakin buruk. Saya memberitahunya tentang minyak kelapa dara dan dia mulai mengkonsumsinya seperti suplemen lain. Diminum 4 sudu makan setiap hari. Hasil pada hari pertamanya dia melapurkan bahawa arrhytmianya menurun sebanyak 50%. Dia memberitahu dan mengakui bahawa keadaan ini merupakan degup jantung yang paling rendah dan perlahan yang pernah dia rasakan  sejak sekian lama. Dia memperakui bahawa dia tidak pernah menemui sebarang ubat sedemikian baiknya. Sehingga kini dia terus mengkonsumsi minyak kelapa dara dan jantungnya berfungsi dengan secara lebih normal ”.

 

Pengguna 9: (Minta nama tidak disiarkan) Seksyen 3, Shah Alam

Say seorang jurutera lulusan sebuah universiti Jepun. Isteri saya juga seorang warga negara Jepun yang sangat peka tentang pemakanan dan ubat-ubatan dalam keluarga. Sedapat mungkin segalanya mestilah benar-benar dari hasilan organik. Terbaru anak kecil saya mengalami ruam pada kulit. Isteri saya enggan memberikan ubat sapu yang saya perolehi dari klinik berhampiran. Saya bimbang, kalau penyakit kulitnya bertambah parah. Mujur saya menemui Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) yang sesuai dengan cita rasa dan kehendak isteri saya. Hasilnya tidak mengecewakan.

 

ALAMILAH PERBEZAANNYA-PASTI LEBIH JAUH

IANYA TIDAK MAMPU DIGAMBARKAN OLEH KATA-KATA

[

Pengguna 1 :  (Minta nama dirahsiakan) : Bujang kahwin Janda;  Sepang.

" Saya ditakdirkan baru bertemu jodoh (2005) dengan seorang janda. Dalam setiap perhubungan suami isteri, saya sentiasa tewas sebelum isteri menamatkan pusingan pertama. Kini dengan VCO Power 31 Bio-Asli (For Men) saya mampu mengatasinya dengan 3 pusingan berbalas 1. Sehingga kini saya belum pernah tewas lagi."
Pengguna 2 : (Minta nama dirahsiakan) Status : Sudah berkahwin 12 tahun.

" Huuh............dia terpaksa minta 'adjourn' (waktu rehat) sebelum saya menamatkan perlumbaan."

Pengguna 3 : Dari Kuala Lumpur memaklumkan melalui sms

" Marvelous....!. I scored 3-1 last night. Syukur saya bertemu VCO Power 31 Bio-Asli  (For Men) "

Pengguna 4 : Guru dari Kuala Selangor.

" Wow........! sampai saya tersandar kedinding....hebat habis ".

Pengguna 5 : Juruteknik dari Kuala Lumpur

" Isteri saya selalu pesan .......Bang......jangan lupa minyak Power Rangers." (VCO Power 31 Bio-Asli (For Men)

Pengguna 6 : Paramugari dari Subang Jaya (melalui e-mail)

" I always have wonderful Sunday.......dia seakan tidak mahu mendarat . Terima kasih VCO Power 31 Bio-Asli .

 up

Pengguna 7 : Penyelia Tapak dari Puchong

Heeei.....Beb..!..aku  berjaya merentas 3 lautan tanpa henti...lah.............Syabas VCO Power 31 Bio-Asli (For Men)

Pengguna 8 :  Jurutera dari Port Dickson

" Betul-betul Power...... berasap....! " (beliau terus memesan 10 botol lagi untuk diperkenalkan pada kawan-kawan.)

Pengguna 9 : Pasangan Warga Emas dari Bangi.

" Kami telah berkahwin sekitar 25 tahun yang lalu. Kami adalah pasangan bahagia, walaupun kami sudah mnghampiri usia senja. Seperti kebanyakan pasangan usia lanjut banyak masalah dalam hal perhubungan. Keintiman kami sangat jauh berbeza berbanding dengan sewaktu muda dahulu. Namun hakikatnya kami masih  menginginkanya. Dengan kemampuan yang kami ada banyak sudah kaedah dan bahan yang kami telah cuba, sehingga kami menemui Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (pure) dan VCO Power 31 Bio-Asli (For Men). Hasilnya kami telah 'muda' kembali.

MINYAK KELAPA DARA PURE + HABBATUS SAUDA

Anda digalakan mencuba menyapu seluruh badan suami dan isteri dengan minyak kelapa dara pure + Habbatus Sauda ( Bio-Asli ) sebelum/semasa perhubungan kelamin. Dan khusus bagi isteri Minyak Kelapa Dara (Pure) + Habbatus Sauda disapukan pada bahagian dalaman isteri  atau alat sulit suami  supaya lebih segar bugar. Jangan bimbang VCOHS akan meresap kedalam kulit seperti air ( tak perlu mandi) . InsyaAllah anda akan menempuh satu pengalaman yang menakjubkan. Janga lupa suami juga hendaklah memakai VCOP31 pada jam 7.00pm , VCO31 akan berkesan dari jam 9.00pm hingga 7.00am.(Lebih elok jika basuh dahalu) .  Selamat Berbahagia.

 ******

Hubungan suami isteri jika menggunakkan VCOHS.
1-Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik)
2-Mampu menghilangkan bau xxx isteri jika disapu ketika bersama atau disapu selalu pagi dan petang.
3-Memperbaiki kandungan asid dalam rahim untuk sperma subur serta   bertindak sebagai agen pelincir alami (natural)
4-Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (seperti masalah keputihan)
 
Berikut ialah antara kelebihan Minyak Kelapa Dara dan Habbatus Sauda.

Memperbaiki kontur buah dada, Sakit puan (mestris, ophoritis, indomeferitis). Melancarkan peredaran haid,Keampuhan lelaki,Sakit tuan(Premature ejaculation).

 

'PENEMUAN TERKINI TENTANG KEUPAYAAN HABBATUS SAUDA’.

 Kajian terkini oleh Gerald W. Gettel, RPh seorang ahli farmasi berdaftar, yang mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman mengkaji tentang ubat-ubatan dan herba, dan menjadi pakar rujuk beberapa pengeluar produk-produk herba serta formulasi, mendapati bahawa habbatus sauda’ sangat membantu menambah jumlah sel mammary bagi haiwan ujikaji makmal. Manusia juga didapati mempunyai kecenderungan serta tindak balas yang serupa terhadap kompaun yang merangsang sel mammary.

 Sehubungan dengan penemuan tersebut telah mendorong Gerald W. Gettel, RPh, memfurmulasikan produk baru, yang berasaskan herba khusus bagi membantu golongan wanita memperbaiki saiz dan kontur payudara mereka. Diolah bersama herba lain seperti Blessed thistle, Fennel, Fenugreek, Mexican Yam dan Saw Palmetto, Nigella sativa (habbatus sauda’) amat berkesan khusus bagi membantu wanita yang bermasalah dalam bentuk payudara. Juga bersama Ashwagandha, Avena Sativa, Damiana, Sativari, Ginger, Ginkgo, L-Histadine dan Niacin ia didapati berkeupayaan meningkatkan keinginan seksual serta meningkatkan tahap orgasma sesaorang. Minyak Habbatus Sauda juga digunakan sebagai bahan utama(base) untuk produk kesihatan dan pembesaran alat kelamin lelaki.

(sila rujuk : http://www.megabust.com)

 

.
Desaku Maju Marketing
(SA0030870-W)
NO.1,2&3 IKS Tmn. Seri B.N.O
45100 Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3213 8046  Fax :  + 603-3213 6563  Email : desaku@streamyx.com @ e_hijau@tm.net.my
atau SMS : desakutanya<jarak>tulis pertanyaan   - hantar ke 32781
© Copyright 2005. DesaKu.net.  All Right Reserved